Dinasti Ayubiyyah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kerajaan Ayubbiyyah)
Lompat ke: pandu arah, cari
Rencana ini adalah sebahagian dari siri
Sejarah Kurd dan Budaya
Moyang awal
Sejarah purba
Sejarah medieval
Sejarah moden
Budaya
Timur Tengah, c. 1190. Empayar Salahuddin ditunjukkan dalam merah; wilayah yang diambil dari negeri Salib 1187-1189 ditunjukkan dalam merah jambu. Hijau muda menunjukkan wilayah salib yang masih ada selepas kematian Salahuddin.

Ayubiyyah atau Dinasti Ayubiyyah adalah dinasti orang Islam dari bangsa Kurd[1] yang memerintah Mesir, Syria, Yaman (kecuali untuk Pergunungan Utara), Diyar Bakr, Makkah, Hijaz dan utara Iraq pada abad ke-12 dan 13. Ayubiyyah juga dikenali sebagai Ayoubites, Ayyoubites, Ayoubides atau Ayyoubides.

Dinasti Ayubiyyah diasaskan oleh Salahuddin Al-Ayubbi (Salah al-Din), di mana, bersama bapa saudaranya Shirkuh, menakluk Mesir untuk Raja Zengiyyah Nur ad-Din dari Damsyik pada 1169. Nama ini datang dari ayah Salahuddin dan abang Shirkuh, Najm ad-Din Ayyub. Pada 1171, Salahuddin menggulingkan Khalifah Fatimiyyah terakhir, tetapi dia beransur menjadi renggang dari bekas tuannya. Apabila Nur ad-Din meninggal pada 1174, Salahuddin mengisytiharkan perang terhadap anak lelaki muda Nur ad-Din, As-Salih Ismail, dan menawan Damsyik. Ismail melarikan diri ke Aleppo, di mana dia terus berjuang hingga terbunuhan pada 1181. Selepas ini, Salahuddin mengambil alih kawasan pedalaman sehingga seluruh Syria, dan menakluki Jezirah di Utara Iraq. Pencapaian terhebatnya, adalah mengalahkan tentera salib dalam Pertempuran Hattin dan penaklukan Baitulmuqaddis pada 1187. Salahuddin meninggal pada 1193, sebaik selepas menandatangani satu perjanjian dengan Richard I dari England yang memberi kawasan pesisiran dari Askalan ke Antioch kepada kawalan tentera salib.

Berikutan kematian Salahuddin, anak lelakinya jatuh bertengkar atas pembahagian Empayar, hingga pada 1200 adik Salahuddin, Al-Adil, berjaya dalam mengambil alih atas seluruh empayar. Proses yang sama diulangkan pada kematian Al-Adil pada 1218, dan pada anak lelakinya Al-Kamil yang meninggal pada 1238, tetapi negeri Ayubiyyah sebagai seluruh tinggal cukup kuat. Pada 1250 Turanshah, Sultan Mesir Ayubiyyah terakhir, telah dibunuh dan digantikkan oleh jeneral-hamba Mamluknya Aibek, yang mengasaskan Dinasti Bahri.

Kejatuhan[sunting | sunting sumber]

Dinasti Ayubiyyah mula merosot apabila ia mula bergantung kepada hamba yang dibawa dari Turki dan Mongol sebagai tentera. Hamba-hamba ini mula bertambah kuat dan dikenali sebagai Mamluk. Kekuasaan Ayubiyyah merosot teruk selepas kehilangan Mesir kepada Mamluk pada tahun 1250. Ayubiyyah terus memerintah Damsyik dan Aleppo sehingga tahun 1260 apabila mereka diusir keluar oleh orang Mongol. Kemaraan Mongol bagaimanapun dapat disekat di Ain Jalut oleh tentera Mamluk dan ini menjadikan Mamluk semakin kuat. Tahun berikutnya hampir seluruh Syria jatuh ke tangan Mamluk. Kerajaan Ayubiyyah tempatan terus memerintah sebahagian kecil kawasan Syria seperti Hamah untuk 70 tahun berikutnya sehingga mereka diserap oleh Mamluk.

Sultan Mesir Ayubiyyah[sunting | sunting sumber]

Sultan Damsyik Ayubiyyah[sunting | sunting sumber]

Amir Aleppo Ayubiyyah[sunting | sunting sumber]

Amir Hamah Ayubiyyah[sunting | sunting sumber]

Amir Homs Ayubiyyah[sunting | sunting sumber]

Amir Yaman Ayubiyyah[sunting | sunting sumber]

Pemerintah Jezirah Ayubiyyah (Senarai tak lengkap)[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. Saladin. The Columbia Encyclopedia, Sixth Edition

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]