Kerajaan Langit
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kerajaan Langit ialah sebuah kumpulan agama yang dituduh oleh JAKIM sebagai ajaran sesat yang diasaskan oleh Ariffin Mohamad atau lebih dikenali sebagai Ayah Pin. Kumpulan ini berpusat di Terengganu, Malaysia. Semasa mereka memohon sebidang tanah untuk kegunaan kegiatan agama mereka, mereka menyatakan dalam permohonan mereka bahawa tanah itu adalah kegunaan pertanian.
Penggunaan tanah mereka didapati tidak menepati permohonan mereka, kerana tanah itu langsung tiada apa-apa yang berkaitan dengan pertanian. Malah terdapat beberapa hiasan besar seperti periuk besar. Akhirnya kumpulan ini telah ditumpaskan oleh kerajaan Malaysia pada 30 Julai 2005.
| Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |