Richard Olaf Winstedt

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Sir Richard Olaf Winstedt (2 Ogos 1878 - 2 Jun 1966), atau juga dikenali sebagai R. O. Winstedt, merupakan pakar pengkaji dari Timur Inggeris dan pentadbir koloni dengan kemahiran Malaya British.

Kehidupan awal dan pendidikan[sunting | sunting sumber]

Winstedt dilahirkan di Oxford, mendapat pendidikan di Magdalen College School and New College, Oxford, dari mana dia menerima MA. Pada 1902 dia menjadi kadet dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan Tanah Melayu, dan ditempatkan di negeri Perak di mana dia mempelajari bahasa dan budaya Melayu. Pada 1913 dia dilantik sebagai Pegawai Daerah di Kuala Pilah, dan pada 1916 menyertai jabatan pendidikan. Pada 1920 Winstedt menerima DLitt daripada Oxford.

Kerjaya kemudiannya[sunting | sunting sumber]

Winstedt pada mulanya berkhidmat sebagai Presiden pertama Kolej Raffles, Singapura, 1921-1931. Semasa menjawat sebagai Presiden, dia turut bertindak sebagai Setiausaha kepada High Commissioner, 1923; Pengarah Pendidikan, Negeri-negeri Selat dan Persekutuan Tanah Melayu (FMS), dan ahli kepada Majlis Legislatif, Negeri-negeri Selat, 1924-1931; ahli kepada Majlis Kebangsaan FMS, 1927-1931.

Selepas sepenggal sebagai Penasihat Umum kepada Johor, 1931-1935, Winstedt bersara dari Perkhidmatan Kerajaan Malaysia dan dilantik sebagai pensyarah, dan kemudiannya felo kehormat, dalam bidang Melayu di School of Oriental and African Studies, di mana dia turut berkhidmat sebagai ahli Badan Penyelia, 1939-1959. Semasa Perang Dunia Kedua, dia membuat siaran dalam bahasa Melayu ke Malaya yang diperintah Jepun. Dia bersara dari pendidikan aktif pada 1946.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Beliau diketahui telah memelihara banyak hasil tulisan kesusasteraan Melayu termasuklah Sejarah Melayu dan menulis pelbagai karya penting yang melibatkan Melayu dan bahasanya di dalam A History of Malaya dan A Dictionary of Malay Language.

Hasil kerjanya[sunting | sunting sumber]

Berikut adalah hasil karya beliau dan buku berkaitan dengannya

  1. Cherita jenaka : ya-itu Pa Kadok, Pa Pandir, Lebai Malang, Pa Belalang, Si Lunchai, Singapore : Methodist Publishing House, 1908.
  2. The Circumstances of Malay Life. The kampong. The house. Furniture. Dress. Food, 1909.
  3. Fishing, Hunting and Trapping, 1911.
  4. Hikayat Anggun Che Tunggal, Singapore : Methodist Publishing House, 1914.
  5. An English-Malay Dictionary, Kelly & Walsh: Singapore, 1914-17.
  6. Malayan memories, Singapore : Kelly and Walsh, 1916.
  7. A Malay Reader, Clarendon Press: Oxford, 1917.
  8. Misa Melayu, Singapore : Methodist Publishing House, 1919.
  9. Dictionary of Colloquial Malay. Malay-English & English-Malay, Singapore : Kelly & Walsh, 1920.
  10. Malaya : the Straits Settlements and the Federated and Unfederated Malay States, London : Constable, 1923.
  11. Shaman, Saiva and Sufi. A study of the evolution of Malay magic, London : Constable, 1925.
  12. A Malay History of Riau and Johore, etc. (Malay text of the Tuḣfat al-nafīs), Singapore, 1932.
  13. A History of Johore, Singapore, 1932.
  14. Right Thinking and Right Living. A primer on moral & social topics, etc., Singapore : Malaya Publishing House, 1933.
  15. A History of Perak, Singapore, 1934.
  16. A History of Malaya, Singapore, 1935.
  17. A Simple Malay Reader, London : Kegan Paul & Co., 1944.
  18. Britain and Malaya, 1786-1941, London, 1944.
  19. The Malays: a cultural history, Singapore : Kelly & Walsh, 1947.
  20. The Malay magician : being shaman, saiva and sufi  : Oxford University Press, 1993.
  21. A History of Malaya : Marican & Sons (Malaysia), 1982.
  22. A history of Johore, 1365-1895 : Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society by Art Printing Works, 1979
  23. Sejarah Melayu = The Malay Annals / disusun oleh Cheah Boon Kheng, dirumikan oleh Abdul Rahman Haji Ismail : The Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society 1998.
  24. A history of classical Malay literature  : Council of the Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society, 1996.
  25. An unabridged English-Malay dictionary : Marican & Sons, 1963.
  26. Malaya : the Straits settlements and the federated and unfederated Malay states : Constable & Co., 1923.
  27. The Malays : a cultural history : Routledge & Kegan Paul, 1950
  28. Hikayat Anggun Cik Tunggal / oleh Pawang Ana dan Raja Haji Yahya ; naskhah oleh Sir R.O. Winstedt dan A.J. Sturrock: Fajar Bakti, 1985.
  29. Hikayat Bayan Budiman / diusahakan oleh R. O. Winstedt. : Penerbit Fajar Bakti, 1985.
  30. Hikayat Awang Sulung Merah Muda / oleh Pawang Ana dan Raja Haji Yahya ; naskhah, Sir R.O. Winstedt dan A.J. Sturrock : Fajar Bakti, 1985.
  31. Malay proverbs  : Graham Brash, 1981.
  32. The Malays : a cultural history: Graham Brash (Pte) Ltd., 1981.
  33. The Malay : a cultural history.
  34. A History of Malaya : Marican & Sons (Malaysia) Sdn. Bhd. , 1982.
  35. A history of classical Malay literature : Oxford University Press , 1969.
  36. Malayan and Indonesian studies, essays presented to Sir Richard Winstedt on his eighty fifth birthday / edited by John Bastin and R. Roovink : Clarendon Press, 1964.

Rujukan[sunting | sunting sumber]