Keratopati jalur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Keratopati jalur
Wikipedia tidak memberikan nasihat perubatan profesional Penafian perubatan
Nama lain
Keratopati garisan
PengkhususanOftalmologi Sunting ini di Wikidata
TempohBerbulan-bulan atau bertahun-tahun
JenisPenyakit mata
Melalui ujian lampu celahan
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Keratopati jalur atau keratopati garisan (bahasa Inggeris: band keratopathy) merupakan sejenis penyakit yang terjadi pada bahagian mata. Keratopati jalur muncul melalui kemunculan garisan dan jalur yang berada ditengah-tengah bahagian kornea mata yang berasal daripada kehadiran kalsium pada kornea.[1] Ini merupakan contoh kalsifikasi metastatik, yang mengikut definisi dan berlaku dengan kehadiran hiperkalsemia.[2] Keratopati jalur merupakan penyakit degeneratif yang kronik yang dicirikan oleh pemendapan kekaburan yang berwarna kelabu iaitu kalsium dalam kornea mata secara beransur-ansur selama berbulan-bulan atau bertahun-tahun.[3][4]

Punca-punca[sunting | sunting sumber]

Keratopati jalur dapat dikesan melalui kehadiran suatu garisan atau lajur pada bahagian kornea mata mangsa melalui alat lampu celahan. Mekanisme kehadiran garisan atau lajur yang dikenali sebagai kalsium terjadi di kawasan interpalpebra kornea yang disebabkan oleh beberapa faktor seperti pemendakan garam semasa air mata sedang dalam proses penyejatan, serpihan nekrotik dari keratitis cetek, perubahan keadaan keradangan dalam pH permukaan mata serta berlaku pecahan fosfat.[3][4] Kecederaan dan pembedahan pada bahagian mata juga mampu menyebabkan keratopati jalur. Kehadiran darah yang terlampau banyak yang dikenalai sebagai hiperkalsemia juga merupakan punca bagi keratopi jalur yang kebiasaanya disebabkan oleh penyakit sistemik seperti sarkoidosis, penyakit buah pinggang serta hiperparatiroidisme.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Kathleen Koviak (Februari 2015). "Band Keratopath" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). University of Michigan Health System. Dicapai pada 3 Julai 2023.
  2. ^ "Digital Reference of Ophthalmology". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-02-18. Dicapai pada 2007-07-29.
  3. ^ a b Magdalena Zuzanna Popiela; Nick Hawksworth (2014). "Corneal calcification and phosphates: do you need to prescribe phosphate free?" (dalam bahasa Inggeris). 30 (10). J Ocul Pharmacol Ther: 800–2. doi:10.1089/jop.2014.0054. PMID 25244111. Dicapai pada 3 Julai 2023. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  4. ^ a b Ahmad M Mansour; Randa Haddad (2016). "Optical coherence tomography of band keratopathy" (dalam bahasa Inggeris). BMJ Case Rep. doi:10.1136/bcr-2016-218216. PMC 5237787. PMID 28039348. Dicapai pada 3 Julai 2023. Cite journal requires |journal= (bantuan)CS1 maint: PMC format (link)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]