Ulser kornea

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ulser kornea
Wikipedia tidak memberikan nasihat perubatan profesional Penafian perubatan
Nama lain
Keratitis ulseratif, keratitis
Ulser kornea
PengkhususanOftalmologi
GejalaKepekaan cahaya, sakit mata
KerumitanLelas kornea, vaskularisasi, perforasi, glaukoma, astigmatisme, katarak, endoftalmitis, dan kehilangan penglihatan[1]
PuncaJangkitan baketria, kulat, virus atau parasit
Pemeriksaan melalui alat lampu celahan melalui tintisan fluoresein[2]
Lelas kornea, bola mata reptur[3]
RawatanAntibiotik, titisan mata antikulat
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Ulser kornea, juga dikenali sebagai keratitis ulseratif atau keratitis sahaja, ialah keradangan di bahagian kornea atau keadaan jangkitan terhadap kornea yang melibatkan gangguan pada lapisan epitelium dengan kehadiran stroma kornea.[4][5][6] Ulser kornea merupakan keadaan biasa yang terjadi pada manusia terutama yang menetap di kawasan tropika atau terlibat dalam pekerjan saling kait pertanian.[7] Di negara yang sedang membangun, kanak-kanak yang mengalami kekurangan vitamin A akan berisiko lebih tinggi terkena jangkitan ulser kornea dan memungkinkan untuk menjadi buta pada kedua-dua mata yang berterusan sepanjang hayat.[5] Dalam bidang oftalmologi, ulser kornea biasanya merujuk kepada jangkitan, manakala istilah lelas kornea lebih merujuk kepada kecederaan calar.[8]

Pengelasan[sunting | sunting sumber]

Ulser kornea merupakan penyakit mata yang biasa dialami manusia.[5] Ia disebabkan oleh luka atau trauma, akibat bahan dari sayuran, kecederaan kimia, pengaplikasian kanta sentuh dan jangkitan. Keadaan mata yang lain boleh menyebabkan ulser kornea, ialah seperti entropion, distikiasis, distrofi kornea, dan keratokonjunktivitis sika (sindrom mata kering).

Terdapat banyak mikroorganisma yang boleh menyebabkan jangkitan ulser kornea.[5] Antaranya ialah bakteria (termasuk juga jenis Chlamydia trachomatis), kulat, virus dan protozoa:[6]

  • Keratitis bakteria disebabkan oleh jangkitan bakteria seperti Staphylococcus aureus, Streptococcus viridans, Escherichia coli, Enterococci, Pseudomonas, Nocardia, Neisseria gonorrhea, Chlamydia trachomatis dan sebagainya.
  • Keratitis kulat mampu menyebabkan ulser kornea yang dalam dan teruk. Ia disebabkan oleh kulat Aspergillus sp., Fusarium sp., Candida sp., serta Rhizopus, mukor, dan sebagainya. Ciri-ciri keratitis kulat ialah permulaan jangkitan yang perlahan dan perkembangan secara beransur-ansur, di mana tanda-tanda lebih daripada gejala. Lesi/luka seperti satelit kecil di sekeliling ulser merupakan ciri biasa keratitis kulat dan hipopion biasanya kelihatan.
  • Keratitis virus juga boleh menyebabkan ulser kornea. Kebiasanya, keratitis virus dijangkiti oleh virus herpes (atau herpes simpleks), kayap (atau herpes zoster) dan adenovirus. Ia juga boleh disebabkan oleh koronavirus dan banyak lagi virus lain. Virus herpes boleh menyebabkan ulser dendritik, yang berulang dan jadi semula sepanjang hayat seseorang.
  • Jangkitan protozoa seperti keratitis Acanthamoeba dapat dicirikan melalui kesakitan yang teruk dan dikaitkan dengan penggunaan kanta sentuh ketika berenang di kolam.

Tanda dan gejala[sunting | sunting sumber]

Kesakitan ulser kornea diakibatkan oleh pendedahan saraf, dan boleh menyebabkan koyakan, mata menjuling, dan kecacatan terhadap penglihatan.[5][6] Terdapat juga beberapa tanda-tanda radang uvea anterior, seperti miosis, kilauan akueus (protein yang terkandung dalam gelemair), dan mata menjadi kemerah-merahan. Refleks akson mungkin berkait untuk pembentukan radang uvea dengan rangsangan reseptor sakit dalam bahagian kornea, lalu merangsang pengantara radang seperti prostaglandin, histamin, dan asetilkolina. Kepekaan kepada cahaya (iaitu fotofobia) juga merupakan gejala biasa bagi ulser kornea. Kemerahan pada mata yang terjejas juga merupakan perkara umum. Sakit di bahagian kening, sakit kepala dan pembengkokan kelopak mata juga kemungkinan ada.[5][6]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Liza B. Byrd; Nathan Martin (2023). "Corneal Ulcer". StatPearls (dalam bahasa Inggeris). StatPearls Publishing. PMID 30969511.
  2. ^ Prashant Garg; Gullapalli N Rao (1999). "Corneal Ulcer: Diagnosis and Management". Community Eye Health (dalam bahasa Inggeris). 12 (30): 21–23. PMC 1706003. PMID 17491983.CS1 maint: PMC format (link)
  3. ^ Ahmed F, House RJ, Feldman BH (September 2015). "Corneal Abrasions and Corneal Foreign Bodies". Primary Care. 42 (3): 363–75. doi:10.1016/j.pop.2015.05.004. PMID 26319343.
  4. ^ Cabrera-Aguas M, Khoo P, Watson SL (July 2022). "Infectious keratitis: A review". Clinical and Experimental Ophthalmology. 50 (5): 543–562. doi:10.1111/ceo.14113.
  5. ^ a b c d e f "Corneal ulcer". Cleveland Clinic. 8 March 2022. Dicapai pada 6 February 2023.
  6. ^ a b c d David Turbert (13 October 2022). "What is corneal ulcer (keratitis)?". American Academy of Ophthalmology. Dicapai pada 6 February 2023.
  7. ^ Ung L, Bispo PJ, Shanbhag SS, Gilmore MS, Chodosh J (2019). "The persistent dilemma of microbial keratitis: Global burden, diagnosis, and antimicrobial resistance". Survey of Ophthalmology. 64 (3): 255–271. doi:10.1016/j.survophthal.2018.12.003. PMC 7021355. PMID 30590103.
  8. ^ "Corneal abrasion (scratch): First aid". Mayo Clinic. 12 August 2022. Dicapai pada 6 February 2023.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]