Kereta kabel Bukit Larut

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kereta kabel Bukit Larut dirancang dibina bagi memudahkan pengunjung naik ke puncak Bukit Larut, Taiping, negeri Perak. Dari kaki Bukit Larut ke puncak sejauh 3.5 kilometer dan dijangka mengambil 12 minit untuk sampai ke atas. Kosnya RM65 juta.

Pada 26 Mei 2010, Kerajaan negeri Perak menandatangani perjanjian konsesi dengan syarikat tempatan Taiping Cable Car Sdn Bhd bagi membina dan mengusahakan sistem kereta kabel di Bukit Larut. Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menyaksikan perjanjian antara Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Dr Abdul Rahman Hashim dan Pengerusi Eksekutif Taiping Cable Car, Datuk Seri Talaat Husain dan Timbalan Pengerusinya Ibrahim Hamzah di ipoh.

Semasa pembinaan, alam sekitar tidak akan dirosakkan kerana menggunakan helikopter bagi pembinaan struktur tiang kereta kabel. Teknologi kareta kabel dari Austria dan Switzerland yang mempunyai sistem dan standard yang sangat tinggi pernah digunakan untuk membina kereta kabel di pulau Langkawi. Projek ini mempunyai 46 gondola yang boleh membawa lapan orang bagi setiap gondola.[1]

Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) tidak diperlukan. Namun laporan Kenyataan Kesan Alam Sekitar (EIS) akan membuat formula pengurusan alam sekitar.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]