Kereta kebal AMX-13

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
AMX-13
AMX-13-.jpg
AMX-13 dipamerkan
Jenis kereta kebal ringan
Asal Bendera Perancis Perancis
Sejarah pengeluaran
Pereka Atelier de Construction d'Issy-les-Moulineaux
Tarikh cipta 1946
Pengeluar Atelier de Construction Roanne
Tarikh pengeluaran 1952 – 1987
Jumlah dibina 7,700 (Total)
3,400 (Eksport)
4,300 (Diguna dalam tentera Perancis)
Spesifikasi
Berat 13.7 t (30,000 lb) empty
14.5 t (32,000 lb) combat
Panjang 4.88 m (16 kk 0 in) hull
6.36 m (20 kk 10 in) dengan meriam
Lebar 2.51 m (8 ka 3 in)
Tinggi 2.35 m (7 ka 9 in)
Krew 3 (Komander, jurumeriam dan pemandu)

Perisai 10–40 mm (0.39–1.6 in)
Senjata
utama
75 mm (or 90 mm or 105 mm) dengan 32 peluru
Senjata
kedua
7.5 mm (or 7.62 mm) coaxial MG dengan 3,600 peluru, 7.62 mm AA MG (pilihan), 2×2 pelancar grenet asap
Enjin SOFAM Model 8Gxb 8-cyl. sejukan air petrol
250 kk (190 kW)
Kuasa/berat 15 hp/tonne
Sistem
ampaian
Torsion bar suspension
Jarak
operasi
400 km (250 bt)
Kelajuan 60 km/j (37 bsj)


Kereta kebal AMX-13 merupakan kereta kebal ringan buatan Perancis.

Pembangunan[sunting | sunting sumber]

Sejurus selepas Perang Dunia Kedua, pihak Perancis melakar keperluannya bagi kenderaan tempur berperisai yang baru termasuk kereta kebal ringan yang baru. Ia kemudiannya dibangunkan oleh Atelier de Construction d'lssyles-Moulineaux dengan nama AMX-13. Prototaip pertama disiapkan pada lewat 1940-an, pengilangan bermula di Atelier de Construction Roanne pada tahun 1952. Ketika pengeluaran kereta kebal AMX-30 berjalan, pengeluaran AMX-13 dan pelabagai variasinya dipindahkan ke Creusot-Loire. Pengeluaran keseluruhan kereta kebal ringan AMX-13 meningkat sehingga lebih 3,000.

Kesemua versi AMX-13 memiliki tatarajah yang serupa, pemandu di hadapan kiri, enjin disebelah kanannya dan turet dibelakang. AMX-13 Model 51 dilengkapi dengan meriam 75mm yang kemudiannya digantikan dengan meriam 90mm dengan sarung haba. Versi yang dilengkapi dengan meriam 105mm dibina bagi tujuan eksport.

Turetnya berputar penuh 360°. Bahagian atas turet mengandungi persenjataan utama, dongakan dari -5° hingga +12.5°. Turet FL-10 dan FL-12 keduanya jenis berayun, komander duduk di sebelah kiri, jurumeriam di sebelah kanan. Pemuat automatic dimuatkan pada bonggol belakang turet termasuk dua kelopak jenis berputar, setiap satunya memegang enam biji peluru, katrij kosong dilanting dari bonggol belakang turet.

Selepas 12 tembakan, kelopak peluru perlu diisi semula secara insani. Sejumlah besar peralatan pilihan ditawarkan, termasuk peralatan pandang malam pasif, perlindungan perisai tambahan, sistem kawalan tembak dipertingkatkan. Sejumlah besar syarikat menawarkan pakej peningkatan tambahan bagi AMX-13, termasuk Giat Industries (Perancis), GLS (Jerman), NIMDA (Israel) dan Singapore Technologies Automotive. AMX-13 boleh dipasang dengan enjin lain termasuk Detroit Diesel, Baudouin and Poyaud.

Variasi[sunting | sunting sumber]

Singapore Technologies Automotive telah membina kebanyakan dari armada kereta kebal AMX-13 kepunyaan Tentera Singapura pada tatarajah SMI yang termasuk enjin baru, sistem penyejukan baru dan sistem gandar baru.

  • Pelancar roket: Venezuela memiliki kerangka AMX-13 dengan pelancar roket berganda 160mm LAR Israel.
  • AMX-13 ARV.
  • AMX-13 AVLB.

Status[sunting | sunting sumber]

Dihasilkan menurut permintaan. Berkhidmat dengan Argentina, Republik Dominican, Ecuador, Indonesia, Persisiran Ivory, Lebanon, Peru, Singapura dan Venezuela.

Pengilang[sunting | sunting sumber]

Creusot-Loire Industrie di Chalon sur Saone; Atelier de Construction Roanne, Roanne, Perancis. (GIAT Industries kini mengambil alih Creusot-Loire.)