Kereta kebal Char B1

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Char B1
Char-B1bis-Saumur.0004axt0.jpg
Kereta kebal Char B1 bis Rhône di Muzium des Blindés di Saumur
Jenis Kereta kebal berat
Asal Bendera Perancis Perancis
Sejarah perkhidmatan
Dalam perkhidmatan 1936-1940 (Perancis)
Digunakan oleh Perancis, Jerman
Perang Perang Dunia Kedua
Sejarah pengeluaran
Tarikh cipta 1921–1934
Pengeluar Renault dan yang lain
Spesifikasi
Berat 28 tan
Panjang 6.37 m
Lebar 2.46 m
Tinggi 2.79 m
Krew 4

Perisai 40 mm
Senjata
utama
47 mm SA 34
Senjata
kedua
75 mm ABS SA 35 howitzer and 2 × 7.5 mm mesingan Reibel
Enjin Renault inline 6 silender 16.5 litre petrol
272 hp
Kuasa/berat 9.7 hp/tan
Transmisi 5 gear kehadapan, 1 undur
Sistem
ampaian
bogie dengan campuran spring pilin menegak dan daun
Kapasiti bahan api 400 L
Jarak
operasi
200 km
Kelajuan 28 km/h (17.4 mph)
21 km/h (13 mph) luar jalan
Sistem
pengemudi
pembezaan berkembar


Kereta kebal berat Char B1 merupakan kereta kebal berat Perancis yang dihasilkan sebelum Perang Dunia Kedua.

Kereta kebal berat Char B1 merupakan kenderaan penembus berat khas, pada asalnya direka sebagai meriam gerak sendiri dengan 75 mm howitzer pada badan; kemudian meriam 47 mm pada turet ditambah, bagi membenarkannya untuk juga berfungsi sebagai Char de Bataille, "kereta kebal tempur " menentang perisai musuh, melengkapkan division perisai Cabang Infantri. Bermula pada awal dua puluhan, pembangunan dan pengeluarannya tertangguh beberapa kali, menyebabkan kenderaan yang dari kedua-dua segi adalah berteknologi rumit dan mahal, dan telahpun lapuk apabila versi hasilan dihasilkan secara pukal, Char B1 "bis", bermula pada akhir tiga-puluhan. Sungguhpun dengan versi perisai dipertingkatkan, Char B1 "ter". dibangunkan, hanya dua prototaip dihasilkan.

Antara yang paling kuat bersenjata dan berperisai pada masanya, jenis ini amat berkesan dalam pertembungan langsung dengan perisai Jerman pada tahun 1940 semasa Pertempuran Perancis, tetapi ia terlalu perlahan dan banyak menggunakan bahan api menjadikannya tidak sesuai bagi perperangan bergerak yang sedang berlangsung. Selepas kekalahan Perancis, kereta kebal Char B1 (bis) yang ditawan telah digunakan oleh pihak Jerman, dengan sesetengah darinya dibina semula sebagai penyembur api atau artileri mekanikal.

Pembangunan dan pengeluaran[sunting | sunting sumber]

Kereta kebal Char B1 berasal dari konsep Char de Bataille yang dibayangkan oleh Jeneral Jean Baptiste Eugène Estienne pada tahun 1919, contoh. dalam memorandumnya Mémoire sur les missions des chars blindés en campagne. Ia perlu sebagai "Kereta kebal Tempur" yang mampu menembusi barisan musuh dengan memusnahkan perkubuan, penempatan meriam dan kereta kebal musuh. pada Januari 1921 satu momisen yang diketuai oleh Jeneral Edmond Buat memulakan projek bagi kenderaan sedemikian. Bagi menghadkan kos, ia perlu dibina seperti meriam gerak sendiri, dengan senjata utama dalam badan. Bagi mengurangkan saiz kenderaan meriam ini hanya mampu bergerak ke atas dan kebawah dengan bidikan sisi dilakukan dengan menggerakkan keseluruhan kenderaan. Spesifikasi termasuk: berat maksima pada tiga belas metrik tan; ketebalan perisai maksima 25 milimeter; badan serendah mungkin bagi membolehkan meriam menembak pada liang penglihatan kubu; turet mesingan kecil bagi mematahkan serangan infantri musuh, pada masa yang sama sebagai pos pemantauan bagi komander dan krew paling ramai tiga orang. Dua versi perlu dibina, satu sebagai kereta kebal sokongan dekat dilengkapi dengan 75 mm howitzer, sebaliknya satu lagi sebagai kenderaan anti kereta kebal dengan meriam 47 mm.

Industri Perancis amat berminat dengan projek ini. Pada masa lalu ini sering membawa kepada persaingan yang kurang baik. Estienne, yang semasa perang melihat sendiri kesan menyedihkan situasi sebegitu, berazam untuk mengelak ia berulang lagi. Dia mengunakan kedudukannya sebagai Inspector-Jeneral bagi Kereta kebal untuk melaksanakan apayang dikenali sebagai "Persefahaman Estienne" pada pemilik industri, memerintah mereka untuk "mencapai persefahaman, bebas dari sebarang semangat persaingan industri". Bagi dibenarkan menyertainya mereka perlu bersetuju sebelumnya bagi menyerahkan sebarang paten kepada Tentera, yang bebas untuk menggabungkan semua projek pada satu jenis. Sebagai pertukaran industri dijanjikan tempahan yang besar tidak kurang dari seribu kenderaan.

Di bawah keadaan ini empat projek bermula pada tahun 1921: dua melalui kerjasama antara Renault dan Schneider: SRA dan SRB, satu oleh FAMH (Forges et Aciéries de la Marine et d'Homécourt, lebih dikenali sebagai Saint Chamond) dan yang terakhir oleh FCM (Forges et Chantiers de la Méditerranée), FCM 21. Renault dan Schneider setiap satu dapat tempahan sebanyak 250 unit, FAMH dan FCM setiap satu 125. Pengeluar kelima, Delaunay-Belleville, yang projeknya (peningkatan kereta kebal FT-17) telah ditolak sebelumnya, akan dibenarkan menghasilkan 83 kereta kebal; baki 167 akan diagih menurut kemahuan Negeri Perancis.

Pada 13 May 1924 ke empat prototaip ditunjukkan di Atelier de Rueil, di mana mereka dibandingkan, setiapnya perlu dipandu sejauh laluan ujian dua puluh kilometer. Serta merta ia menjadi jelas bahawa pembangunan teknikalnya tidak mencukupi, kebanyakannya rosak; SRA malah mula terlerai. Penyelenggaraan sukar kerana enjin tidak dapat dicapai. Kesemuaprojek menggunakan tiga orang krew tetapi jauh berbeza dari segi saiz, bentuk dan penyelesaian yang dipilih bagi meriam hala menegak.

The SRA

SRA merupakan kenderaan terberat dengan berat 19.5 metrik tan. Panjangnya adalah 595 sentimetre, Tingginya 226 cm dan lebarnya 249 cm. Ia memiliki 75 mm howitzer pada sebelah kanan badan dan memiliki turet acuan setebal 30 mm dengan dua mesingan. Ia dipandu dengan transmisi episikal ("cyclical transmission") digabung dengan cakera brek hidrolik—diperkukuh, bagaimanapun semasa ujian, ia gagal memberikan kejituan yang diingini.

Pandangan sisi SRA

Di lihat dari hadapan ia hampir sama dengan model terakhir, tetapi pandangan sisi kelihatan lebih menyerupai kereta kebal serdahana Mark D British, termasuk system-trek ular, dengan roda pandu tinggi dari idler di hadapan. Sistem gantungan yang digunakan adalah sistem gantungan daun. Enjin Renault enam silinder 180 hp (enjin kapal terbang 12V dibelah dua) membenarkan kelajuan maksima 17.5 km/j; dan satu tangki bahan api empat ratus liter memberikan julat 140 kilometre.

SRB

SRB merupakan kenderaan yang agak besar, sepanjang enam meter, setinggi 228 sentimeter dan selebar 2,5 meter. Ia bagaimanapun lebih ringan 18.5 tan, dengan memiliki meriam 47 mm lebih kecil—ia dengan itu merupakan versi anti-kereta kebal. Menggunakan enjin yang sama, kelajuannya dengan itu lebih tinggi sedikit pada 18 km/j. Simpanan bahan api lebih terhad mengandungi 370 liter mengurangkan julat kepada 370 kilometer. Ia menggunakan system gantungan hidraulik maju dan system gandar Naeder hidraulik dari syarikat Chaize digabung dengan kluch Fieux dan kotak gear Schneider. Ia menggunakan trek FT 17 diubah suai. Trek atas adalah lebih tinggi memberikan ruang yang cukup untuk pintu pada sisi kiri.

Prototaip FAHM.

Prototaip FAHM menyerupai kereta kebal serdahana Vickers semasa. Ia seberat tujuh belas tan, sepanjang 520 sentimeter, setinggi 240 cm dan selebar 243 cm. Ia menggunakan system gantungan hidropneumatik. Sungguhpun memiliki enjin Panhard 120 hp yang lebih lemah ia masih mencapai kelajuan 18.2 km/j. Simpanan bahan api hanya 230 liter menghadkan julatnya pada sekadar tujuh puluh kilometer. Howitzer 75 mm diletakkan ditengah badan dan dibidik dengan memberikan setiap trek ular dengan tyransmisi hidraulik Jeannynya sendiri. Di atas terletak turet mesingan kimpal dengan perisai 25 mm.

FCM 21

Prototaip paling ringan adalah FCM 21 seberat 15.64 tan. Ia menyerupai kereta kebal gergasi Char 2C skala kecil, yang dihasilkan oleh syarikat yang sama. Ia amat panjang dengan panjang 6.5 meter dan kelebaran 205 sentimeter. Turet kimpal yang agak besar dengan stroboscopic cupola, diambil dari Char 2C, membawa ketinggian pada 252 sentimeter. Seperti kereta kebal super berat ia tidak memiliki system spring sebenar bagi dua belas roda kecil setiap sisi. Klutch berasingan bagi setiap trek ular membenarkan menunding howitzer 75 mm menegak di tengah badan. Ia menggunakan enjin Panhard yang sama seperti jenis FAHM dan kelajuannya paling rendah pada 17.4 km/j. Bagaimanapun, simpanan lima ratus liter bahan api memberikannya julat terbaik pada 175 kilometer.

Pada bulan March 1925 Estienne memutuskan untuk menggunakan asas jenis pengeluaran masa hadapan pada SRB, dari segi bentuk umum dan bahagian mekanikal. Bagaimanapun, ia akan dipasangkan dengan meriam 75 mm, trek Holt akan dibangunkan oleh FCM, yang telah menyiapkan program penyelidikan khas bertujuan bagi mengoptimum taburan berat, dan system gantungan-FAMH (ia kemudian diketepikan). Estienne turut memiliki keinginnan istimewa: ketegangan trek yang [patut dipasang dan disesuaikan dari dalam, dan laluan kecil dari ruang tempur patut ditingkatkan bagi memudahkan capaian ke ruang enjin. Tambahan lagi perisai hadapan patut ditingkatkan sehingga 40 milimeter.

Model olok-olok daripada kayu

Pada November 1925 Renault diberikan tempahan bagi membina model kayu yang disiapkan pada awal 1926. Pada 27 Januari 1926 ia diputuskan bagi membina tiga prototaip yang digelar Tracteur 30, reka bentuk akhir oleh jurutera Alleaume dari Syarikat Schneider, bekerjasama dengan STCC (Section Technique des Chars de Combat). Prototaip yang pertama dihantar oleh Renault, dua yang lain diserahkan oleh FCM dan FAHM berturutnya.

Pada tahun yang sama Direction de l'Infanterie dalam Pelan 1926 mentakrifkan konsep 'Char de Bataille. Akan terdapat lebih banyak tekanan pada sokongan infantri, membayangkan keupayaan anti kereta kebal adalah soal kedua dan tiada peningkatan perisai diperlukan. Beratnya akan di hadkan pada 22 tan metric dan kelajuan serendah 15 km/h. Bagaimanapun, set radio perlu dipasang bagi memudahkan kerja sama langsung semasa beraksi, dengan itu anggota keempat diperlukan.


Pada 18 March 1927 kontrak bagi ketiga-tiga prototaip ditandatangani. Badan kenderaan Renault pertama, dibuat dari kepingan dandang lebih lembut menggantikan keluli perisai bagi memudahkan perubahan, kemudian pada Januari 1929 disiapkan kecuali persenjataannya. Ia dihantar pada March. Turet yang dihasilkan berasingan secara acuan dihantar pada 23 April. Meriam howitzer hanya dapat dipasang pada April 1930. Prototaip ini diberikan nombor siri N° 101. N° 102, pengeluarannya dipindahkan ke Renault oleh FAMH, akan dihantar kemudian; pada September 1930 FCM menghantar N° 103, dibina oleh Atelier de Mépanti di Marseille. Salah satu kenderaan dipasangkan dengan meriam ganti 75 mm Schneider dan bukannya 75 mm St Chamond M 21 dari FAMH.

Prototaip N° 101, di sini dalam keadaan asal dengan turet kecil mesingan

Ujian pada prototaip pertama telahpun bermula sebelum dua yang lain dihantar, malah sebelum persenjataan utamanya dipasang, ia terlebih berat 24,750 kilogram dari apa yang ditetapkan tetapi masih mampu memecut sehingga 24 km/j. Dari 6 May sehingga Ogos 1930 Commission d'Experiences des Matériels de Chars melakukan program ujian lanjut pada apa yang secara rasmi dikenali sebagai Char B—"B" bukannya merujuk pada Bataille tetapi pada kod kelas awam. Jawatankuasa tersebut berpuas hati dengan kenderaan prototaip tersebut sungguhpun banyak masalah kecil dikesan yang perlu diperbetulkan. Prototaip FCM berciri beberapa teknologi sampingan: tranmisi Winterthur, Citroën clutch dan enjin disel Sulzer, kemudian digantikan dengan enjin disel Clerget. Kesemua system ini terbukti lebih lemah berbanding konsep awal dan akhirnya ditolak.

Ketiga kenderaan bukan sahaja digunakan bagi ujian teknologi tetapi juga bagi ujian taktik. Bersama dengan pra siri Char D1 ia mewakili kereta kebal moden di Perancis dan pihak Tentera pastinya amat berminat dengan apa yang mereka boleh pelajari darinya untuk perperangan masa hadapan, melakarkan konsep Char de Manoeuvre. Tidak Char de Bataille mahupun Char de Manoeuvre adalah nama jenis rasmi; ia dirujuk semata-mata konsep taktikal sahaja.. Pada Oktober 1931 satu unit kecil yang dikenali sebagai Détachement d' Experimentation dalam mana prototaip dihimpunkan sejak Disember,menggunakan Camp de Châlons sebagai pangkalan bagi melihat bagaimana ia boleh digunakan dalam keadaan musim sejuk. Selepas itu ia bergerak sendiri ke Atelier de Rueil untuk diperbaiki. Pada September mereka terbabit dalam Champagne gerakan musim panas sebagai Détachement Mécanique de Combat; dari 4 May 1933 N° 102 en 103 bersama membentuk Détachement d'Engins Blindés bagi melakukan ujian taktikal di pengkalan tentera di Coëtquidan dan Mourmelon sebagai sebahagian division ringan bermotor, diikuti dengan ujian setara pada April 1934 di Sissonne. Aspek teknikal tidak dilupakan semasa ujian ini dan ia ditetapkan bahawa mereka mampu mencapai kelajuan atas jalan purata 19 km/j, menyeberangi parit selebar 2,4 meter dan mengharungi anak sungai sedalam 105 sentimeter.

Prototaip ini sekali lagi ditukar bagi memenuhi perubahan pada spesifikasi. Pada 6 April 1934 tempahan pertama diberikan bagi tujuh kereta kebal Char B1. "B1" merujuk pada fakta bahawa terdapat projek serentak bagi memperelokkan jenis: Char B2, B3 dan B B.

Char B1 dikilangkan oleh beberapa firma: Renault (182), AMX (47), FCM (72), FAMH (70) dan Schneider (32). Sungguhpun ia pengeluar utama, Renault tidak mereka kereta kebal secara ekslusif. Dengan itu nama rasmi bukanlah Renault B1 sebagaimana sering silap disebut. Ia merupakan kereta kebal amat mahal untuk dibina: kos setiap unit sekitar 1.5 juta frank Perancis. Di Perancis masa itu dua aliran fikiran bertembung: yang pertama ingin membina kereta kebal amat kuat dan berat, yang satu lagi kereta kebal ringan dan murah. Kedua pihak Berjaya mempengaruhi polisi ambilan sehinggakan tiada kereka kebal yang mencukupi dibina untuk kedua kategori, menimbulkan kejengkelan pada orang seperti Kolonel Charles de Gaulle yang ingin membina lebih banyak kereta kebal serdahana Char D2, dengan satu pertiga kos Char B1 bis, tetapi dilengkapi dengan meriam 47 mm yang sama.

Fungsi teknikal[sunting | sunting sumber]

Prototaip ini sekali lagi ditukar bagi memenuhi perubahan pada spesifikasi. Pada 6 April 1934 tempahan pertama diberikan bagi tujuh kereta kebal Char B1. "B1" merujuk pada fakta bahawa terdapat projek serentak bagi memperelokkan jenis: Char B2, B3 dan B B.

Char B1 dikilangkan oleh beberapa firma: Renault (182), AMX (47), FCM (72), FAMH (70) dan Schneider (32). Sungguhpun ia pengeluar utama, Renault tidak mereka kereta kebal secara ekslusif. Dengan itu nama rasmi bukanlah Renault B1 sebagaimana sering silap disebut. Ia merupakan kereta kebal amat mahal untuk dibina: kos setiap unit sekitar 1.5 juta frank Perancis. Di Perancis masa itu dua aliran fikiran bertembung: yang pertama ingin membina kereta kebal amat kuat dan berat, yang satu lagi kereta kebal ringan dan murah. Kedua pihak Berjaya mempengaruhi polisi ambilan sehinggakan tiada kereka kebal yang mencukupi dibina untuk kedua kategori, menimbulkan kejengkelan pada orang seperti Kolonel Charles de Gaulle yang ingin membina lebih banyak kerekebal serdahana Char D2, dengan satu pertiga kos Char B1 bis, tetapi dilengkapi dengan meriam 47 mm yang sama.

Fungsi taktikal[sunting | sunting sumber]

B1 bis, n° 323, Var ditawan di Belgium selepas ditinggalkan akibat kerosakan mekanisma stering. Var adalah dari Platun ke-3, Kompeni ke-2 dari 37th BCC, 1re DCR
B1 bis musnah, n° 401, Bearn II, salah satu dari dua kenderaan gantian 37th BCC , sebelum ini dinamakan Vaux

Bentuk luaran kereta kebal Char B1 membayangkan fakta bahawa pembangunannya bermula sejak 1920’an lagi: seperti kereta kebal terkenal pertama, kereta kebal Mark British semasa Perang Dunia Pertama, ia masih memiliki trek besar yang melingkungi sekeliling badannya dan serisai tebal yang melindungi system gantungannya—dan sebagaimana semua kereta kebal abad tersebut tidak memiliki perisai badan petri atau acuan. Persamaan disebabkan sebahagiannya dari fakta bahawa kereta kebal Char B1 merupakan senjata penyerang khusus, kereta kebal penembus bagi membuka ruang pada pertahanan perparitan yang kukuh, dengan itu ia direka bagi keupayaan menyeberang parit yang baik. Tentera Perancis berpendapat bahawa menyingkir musuh dari sector hadapan utama akan memutuskan kempen dan membanggakan diri sebagai satu-satunya tentera di dunia yang memiliki perlindungan kereta kebal berat dalam bilangan yang mencukupi. Fasa peluang pertempuran dilihak perkara kedua dan paling baik dilakukan melalui pergerakan terkawal dan mengikut kaedah bagimemastikan kelebihan bilangan, dengan itu bagi kereta kebal pergerakan merupakan perkara kedua. Sungguhpun kereta kebal Char B1 pada masa pembinaannya memiliki kelajuan yang baik, tiada usaha serius dilakukan bagi meningkatkan kelajuannya apabila kereta kebal lebih pantas muncul.

Lebih penting lagi berbanding kekurangan kereta kebal dalam pergerakan taktikal, adalah kelemahannya dalam pergerakan strategik. Julat pratikal yang rendah membayangkan keperluan bagi sering mengisi minyak, menghadkan keupayaan operasinya. Ini sekali lagi membayangkan bahawa division perisai bagi infantri, Divisions Cuirassées de Réserve, adalah—disebalik namanya sekadar membayangkan fakta bahawa mereka pada asalnya dirancang ditubuhkan sebagai kerahan kedua—tidak begitu berkesan sebagai simpanan mobil dan dengan itu kekurangan kelenturan strategik. Ia tidak dicipta bagi memenuhi peranan sedemikian pada mulanya, yang dibayangkan oleh saiz kecil komponen artileri dan infantri division itu.

Turet satu orang[sunting | sunting sumber]

Satu lagi penjelasan mengenai persamaan nya dengan Mark I British adalah spesifikasi asal kereta kebal Char B1 bagi mencipta meriam gerak sendiri yang mampu memusnahkan infantri dan artileri musuh. Senjata utama kereta kebal tersebut adalah howitzer 75 mm, dan keseluruhan reka bentuk kenderaan tersebut bertujuan menjadikan meriam ini seberapa berkesan yang mungkin. Menjelang awal 1930-an ia menjadi jelas bahawa kereta kebal Char B1 juga perlu menewaskan kenderaan berperisai musuh, ia terlalu lewat untuk merombak keseluruhan reka bentuk. Penyelesaiannya adalah untuk menambah turret APX-1 acuan piwaian yang juga digunakan bagi kereta kebal Char D2. Sebagaimana kebanyakan kereta kebal Perancis masa itu (pengecualian adalah kereta kebal AMC 34 dan kereta kebal AMC 35) kereta kebal Char B d hanya memiliki turet satu orang. Hari ini ia dilihat sebagi satu dari kecacatannya yang terbesar.[1] Komander berseorangan dalam turet tidak hanya perlu memerintah kereta kebal, tetapi turut membidik dan mengisi meriam. Sekiranya dia merupakan ketua unit, dia juga perlu memerintah kereta kebal unitnya yang lain juga. Ini bertentangan dengan polisi semasa Jerman, British dan Soviet bagi menggunakan turet krew dua atau tiga orang, di mana tugasan dibahagi di antara beberapa orang. Negara lain merasakan bahawa sekiranya tidak komander akan terlebih tugasan dan tidak mampu melaksanakan mana-mana tugasannya sebaik dengan komander kereta kebal dengan dua atau tiga krew turet.

Samaada hal ini menjadikan kereta kebal Char B1 kurang merbahaya dalam pertempuran sebenar berbanding penilaian yang dicadangkan oleh statistic yang mengkagumkan, sukar dipastikan. Pada tahun 1940, sebahagian besar kehilangan kereta kebal Char B1 dalam pertempuran disebabkan artileri dan meriam anti kereta kebal Jerman. Dalam pertembungan dengan kereta kebal Jerman, kereta kebal Char B1 biasanya mendahuluinya, kadang kala dengan begitu cemerlang sebagaimana pada 16 May kereta kebal tunggal, Eure, menyerang secara bersemuka dan memusnahkan tiga belas kereta kebal Jerman yang berada dalam kedudukan menyerang hendap di Stonne, kesemua mereka adalah kereta kebal Panzer III dan kereta kebal Panzer IV, dalam tempih hanya beberapa minit. Kereta kebal itu kembali dengan selamat sungguhpun ditembak sebanyak 140 kali. Sama juga, dalam bukunya Pemimpin Panzer, Heinz Guderian menceritakan kejadian tersebut, yang berlangsung semasa pertempuran kereta kebal di selatan Juniville: "Ketika pertempuran kereta kebal berlangsung, Saya cuba, tetapi gagal, untuk memusnahkan sebuah kereta kebal Char B dengan meriam anti kereta kebal 47-mm; kesemua peluru yang saya tembakkan padanya hanya melantun dari perisainya yang tebal. Meriam 37-mm dan 20-mm juga tidak berkesan pada musuh ini. Akibatnya, amat menyedihkan, ramai yang terkorban ".

Pasukan Perancis cenderung pada turet kecil disebalik dakwaan kekurangannya, kerana ia membenarkan kenderaan lebih kecil dan murah. Sungguhpun perbelanjaan Perancis ke atas kereta kebal agak besar berbanding Jerman, pihak Perancis pada asasnya kekurangan keupayaan pengeluaran bagi menghasilkan kereta kebal berat dalam bilangan yang mencukupi. Kereta kebal Char B1 cukup mahal sebagaimana yang ada, menggunakan hampir separuh dari budget kereta kebal infantri.[2]

Variasi[sunting | sunting sumber]

Char B1[sunting | sunting sumber]

Peninggalan kereta kebal Char B1 terakhir yang terselamat

Kereta kebal Char B1 yang asal memiliki perisai hadapan dan sisi sehingga ketebalan 40 mm. Kenderaan itu memiliki turet APX1 berputar sepenuhnya dengan selaras meriam 47 mm L/27.6 SA 34. Ini memiliki keupayaan anti kereta kebal yang lemah: tiga puluh peluru Perobek Perisai Letupan Tinggi (APHE-Armour Piercing High Explosive) antara limapuluh yang di bawa kereta kebal memiliki kuasa perobekan maksima sekitar 25 mm. Tambahan lagi, ia dilengkapi dengan meriam 75 mm ABS 1929 SA 35 dipasang pada sebelah kanan kerangka hadapan dan dua mesingan 7.5 mm Châtellerault M 1931: satu di kerangka dan satu lagi di turet. Meriam 75 mm L/17.1, mampu menambakkan kedua-dua peluru HE dan APHE Obus de rupture Modèle 1910M, memiliki julat bidikan hanya satu darjah ke kiri atau kanan (bersamaan sekitar 18 meter pada julat 500 m). Ia dibidik pada sasaran oleh pemandu (dibekalkan dengan pembidik meriam) melalui tranmisi tepat hidrolik Naeder. Alihan hanya boleh dilakukan untuk membidik laras meriam dengan tepat selepas meriam di hala pada sasaran. Meriam 75 mm memiliki pengisinya sendiri—baki dua krew adalah pengoperasi radio dan komander, yang perlu mengisi, membidik, dan menembakkan meriam 47 mm bersendirian sambil memimpin kenderaan (dan bagi kes ketua platun, memimpin kenderaan lain juga). Ruang tempur turut memiliki set radio di sebelah kiri dan pintu keluar di sebelah kanan. Kesemua kenderaan memiliki set radio telegrafi ER53, yang menggunakan kod Morse sahaja. Pintu di ruang atas belakang memberi capaian pada koridor (di mana sembilan belas peluru 75 mm dari keseluruhan lapan puluh di simpan) di bilik enjin di sebelah kanan enjin, yang secara rasmi dinilai 250 hp (190 kW), tetapi memiliki kuasa sebenar 272 hp (203 kW). Setiap kereta kebal memiliki pasukan tiga orang mekaniknya sendiri; dalam pertempuran sesetengah dari mereka mungkin menyertai krew biasa semasa pertempuran.

Sistem gantungannya amat rumit dengan enam belas roda jalan setiap sisi. Terdapat tiga bogie pusat besar, diapung oleh spring bergelung menegak. Setiap bogie tengah mendukung dua lebih kecil. Tiga spring menegak meggerak melalui lubang pada palang melintang, pada kedua penghujung tempat letak roda jalan dilekat pada spring daun: tiga di hadapan dan satu di belakang. Trek tinggi memberikan gambaran gaya lama, menunjukkan masa pembangunannya yang panjang. ia memiliki kelajuan maksima 28 km/j dan seberat 28 tan metrik. Julatnya sekitar 200 km. Keseluruhan 34 kenderaan dibina dari Disember1935 sehingga Juli 1937. ia memiliki nombor siri 102 hingga 135. Rangka nombor 101 disimpan bagi membina prototaip Char B1 ter.

Char B1 bis[sunting | sunting sumber]

Kereta kebal Char B1 bis merupakan variati dipertingkat dengan perisai lebih tebal 60 mm maksima (55 mm pada sisi) dan turet APX4 dengan laras meriam lebih panjang (L/32) 47 mm SA 35, memberikan kereta kebal tersebut keupayaan anti-kereta kebal sebenar. Ia merupakan jenis keluaran utama: dari 8 April 1937 sehingga Jun 1940 369 unit dihantar dari jumlah tempahan 1144 keseluruhan, dengan nombor siri 201 hingga 569. Sebelum perang pengeluaran adalah perlahan: hanya 129 dihantar pada 1 September 1939. Penghantaran bulanan tidak melebihi lima belas pada Disember; ia memuncak pada March 1940 dengan bilangan 45 buah.

Kereta kebal Char B1 bis memiliki kelajuan tertinggi 25 km/h (16 mph) dibekalkan oleh enjin petrol 307 bhp (229 kW). Kumpulan pertama 35 buah kereta kebal Char B1 bis menggunakan enjin asal tetapi dari 1938 hingga May 1940 ia beransur-ansur diganti. Beratnya sekitar 31.5 tan metrik. Julat operasi sekitar 180 km (110 bt) yang setara dengan kereta kebal lain masa itu. Pada kelajuan 20 km/h (12 mph) tiga tanki bahan api (keupayaan keseluruhan 400 l (88 imp gal) akan habis dalam tempoh enam jam. Bagi meningkatkan keupayaan, pada mulanya, trailer dengan tangki bahan api tambahan 800 liter ditunda tetapi amalan ini kemudiannya ditinggalkan. Sebaliknya unit kereta kebal Char B1 termasuk sejumlah besar lori tangki dan kenderaan bertrek berperisai TRC Lorraine 37 L direka khusus bagi mengisi minyak pantas. Kereta kebal terakhir dihasilkan pada Jun memiliki tangki bahan api tambahan dalaman 170 l (37 imp gal). Bagi menyejukkan enjin lebih berkuasa, kereta kebal Char B1 bis memiliki liang masukan udara disebelah kiri diperbesarkan. Terdapat dakwaan bahawa ini membentuk titik kelemahan pada perisai, berdasarkan satu kejadian pada 16 May berhampiran Stonne di mana dua meriam 37 mm PAK Jerman mendakwa memusnahkan tiga kereta kebal Char B1 dengan menembak liang kemasukan udara pada jarak dekat. Lian masukan udara adalah kepingan melintang setebal 6-inci (150 mm) dipasang berselang sudut ke atas dan ke bawah antara perisai setebal 28 mm, dan bertujuan sekuat perisai sisi 55 mm normal.

Sepanjang pengeluarannya ia dipertingkan secara berterusan. Kereta kebal nombor 306 hingga 340 membawa 62 peluru 47-mm (dan bersama 4,800 peluru mesingan); kereta api kemudian 72 dan 5,250. Bagaimanapun kereta kebal B1 bis ini memiliki kurang peluru 75 mm berbanding B1 terdahulu: hanya 74 berbanding lapan puluh, biasanya hanya tujuh darinya merupakan peluru APHE. Pada awal 1940 satu lagi perubahan dilakukan apabila radio ER53 digantikan dengan ER51 yang membenarkan perhubungan perbualan tanpa wayar. Kereta kebal pemerintah kompeni dan batalion turut memiliki ER55 bagi perhubungan dengan pemerintah atasan. Krew 1re DCR mengekalkan set lama mereka, kerana suara manusia ditenggelami oleh bising enjin.

Kereta kebal Char B1 ter[sunting | sunting sumber]

Pembangunan kereta kebal Char B1 ter bermula pada mas a yang sama ketika belanjawan diberikan pada bis bertujuan memberikan kereta kebal perisai sehingga 75mm.[3] Reka bentuk perisai 70 mm cerun dan dipetri, seberat 36.6 tan metric dan memiliki enjin 350 hp (260 kW) bertujuan menggantikan B1 bis untuk mempercepatkan pengeluaran pada musim panas 1940. Dalam langkah reka semula, ruang disediakan bagi ahli krew kelima, "mekanik".[3]

Kos dikurangkan dengan menggantikan transmisi Neader yang rumit dan sebaliknya memberikan meriam badan pergerakan lima darjah ke setiap sisi. Prototaip pertama ditunjukkan pada tahun 1937.[3] Hanya dua prototaip disiapkan sebelum kekalahan Perancis. pada May 1940 ia dipersetujui untuk menghantar Sembilan kereta kebal Char B1 setiap bulan ke Britain sebagai pertukaran pengeluaran bulanan British bagi "H 39".

Sejarah operasi[sunting | sunting sumber]

Char B1 bis dari 1 DCR dilupuskan di Beaumont, Belgium pada May 1940
kereta kebal Char B1 bis dilumpuhkan pada tahun 1940 di utara Perancis.

Kereta kebal Char B1 berkhidmat dengan division perisai Infantri, Divisions Cuirassées de Réserve. Ini merupakan unit penyerang khas, dioptima bagi merobek kedudukan kubu lawan. Fasa pergerakan pertempuran dilakukan oleh division perisai Kavalri, dilengkapi dengan kereta kebal Somua S35. DCR Pertama dan Kedua memiliki 69 kereta kebal Char B1 setiap satu; Ketiga 68. Bataillon de Chars de Combat ke 37,berkhidmat dengan 1DCR, pada mulanya dilengkapi dengan B1 asal;kenderaan ini kemudiannya ditukar dengan meriam SA 35 lebih panjang pada musim bunga 1940. Reka bentuk jenis turet ditukar pada APX1A. Batalion ini dilengkapi kembali dengan kereta kebal Char B1 bis dan pada May diperkukuh dengan lima kereta kebal asal.

Selepas penjajahan Jerman beberapa unit ad hoc dibentuk: 4DCR dengan 52 kereta kebal Char B1 dan lima kompeni automoni (347e, 348e, 349e, 352e dan 353e Compagnie Autonome de Chars) dengan jumlah keseluruhan 56 kereta kebal: 12 kereta kebal B1 dan 44 kereta kebal B1 bis. Juga 28BCC dibentuk kembali dengan 34 kereta kebal. Division biasa memusnahkan agak banyak kereta kebal Jerman, tetapi ketiadaan artileri dan infantri organik (bersepadu) untuk berfungsi sebagai simpanan bergerak yang berkesan. Sebilangan kereta kebal Char B1 (161) telah ditawan oleh pihak Jerman semasa Kejatuhan Perancis. Ia kemudiannya diambil dalam perkhidmatan sebagai barisan kedua dan kenderaan latihan di bawah nama Panzerkampfwagen B-2 740 (f). Enam puluh menjadi pelantar bagi penyembur api bergelar Flammwagen auf Panzerkampfwagen B-2 (f). Enam belas ditukar menjadi artileri gerak sendiri 105 mm. Versi kereta kebal biasa juga sering diubah suai. Sebagai contoh, perisai tambahan diletakkan di bahagian atas meriam, dan mekanisma penarik ditambah di belakang turet. Satu unit, Panzer-Abteilung 213, dilengkapi dengan kereta kebal Char B1 bis dan ditempatkan di Pulau Channel dari 1941 hingga 1945. Salah satu dari kereta kebal mereka dipaparkan di Muzium Kereta kebal Bovington, sungguhpun dicat semula dengan warna Perancis.

Kegunaan Jerman[sunting | sunting sumber]

Panzerkampfwagen B-2, menunjukkan perisai hadapan tambahan di atas meriam utama. Contoh ini adalah Nombor 114 dari Panzer-Abteilung 213. Ia kini dimiliki oleh Muzium Kereta kebal Bovington, dan gambar ketika pameran di Terowong perang Jersey

Unit utama Jerman yang menggunakan Char B1 bis:

  • Panzer-Brigade 100
  • Panzer-Regimente 100
  • Panzer-Ersatz-Abteilung 100
  • Panzer-Abteilung (F) 102
  • Panzer-Abteilung 213
  • SS-Panzer-Abteilung "Prinz Eugen"
  • Panzer-Kompanie z.b.V. 12
  • Panzer-Abteilung 223
  • Beutepanzer-Kompanie 223
  • I./Artillerie-Regiment 93 of 26. Division Panzer
  • II./Panzer-Regiment 1 of 1. Division Panzer
  • Panzer-Regiment 2 of 16. Division Panzer
  • I./Panzer-Regiment 36 of 14. Division Panzer
  • Panzer-Abteilung 205
  • Panzer-Kompanie 206
  • Panzer-Kompanie C (ND) 224
  • Panzerjäger-Abteilung 657 (PK 224)

Contoh terselamat[sunting | sunting sumber]

Hari ini sebelas kenderaan terselamat, satu kereta kebal Char B1 dan sepuluh kereta kebal Char B1 bis.[4]

Kereta kebal Char B1 terakhir boleh dilihat di "Association pour la Sauvegarde du Patrimoine Historique et Militaire" (ASPHM), berhampiran Strasbourg, di Perancis. Ia sebelumnya terletak di Fort de Seclin. Ia berada dalam keadaan teruk, dengan bahagian seperti meriam utama hilang. Ia diambil kembali dari padang sasar dan dibaikpulih oleh pemiliknya.

Sepuluh kereta kebal Char B1 bis berada di beberapa tempat di Great Britain dan di Perancis:

  • Satu kenderaan di Muzium Kereta kebal Bovington, England. Ia diubahsuai bagi perkhidmatan Jerman sebagai variasi B2.
  • Tiga terdapat di Musée des Blindés di Saumur, Perancis. Sebuah, Flandres, berada dalam keadaan berfungsi, satu lagi, Rhône, dalam pameran kekal di muzium. Yang ketiga, kereta kebal pengelek periuk api, dalam simpanan
  • Satu kenderaan digunakan sebagai peringatan di bandar Stonne, Perancis, di mana semasa Pertempuran Perancis kereta kebal B1 milik Division Perisai ke-3 (Perancis) ("3rd Division Cuirassée de Réserve") memainkan peranan utama bagi melewatkan kemaraan Division Panzer ke-10 (Wehrmacht) selama dua hari.
  • Tiga dimiliki oleh ASPHM, yang membeli satu darinya pada masa yang sama dengan B1, dari Fort de Seclin. Kereta kebal B1 bis juga berada dalam keadaan teruk, dengan beberapa bahagian, termasuk meriam utamanya, hilang. Diambil kembali dari padang sasaran, ia bertujuan untuk dibaik [pulih oleh pemiliknya. Dua yang lain didapati pada 2009 dan rosak teruk.[5] Ia kemungkinannya digunakan sebagai "penderma organ" bagi membaik pulih kereta kebal B1 dan salah satu kereta kebal B1 bis. Satu dari dua kereta kebal B1 bis telah dikenal pasti sebagai n° 243 Intrépide, yang kepunyaan 8th BCC dan dilumpuhkan dari pertempuran pada 1 Jun 1940, di Moreuil.[6]

Dua dipamerkan di Regimen Kereta kebal ke-501-ke-503 di Mourmelon-le-Grand, Perancis. Satu dari kereta kebal ini sebelum ini dipamerkan di ERGMEB, Gien.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Kereta kebal ARL 44

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. Spencer Tucker, 2004, Tanks: An Illustrated History of Their Impact, ABC-CLIO, p. 58
  2. François Vauvillier, 2008, "Pourquoi n'avoir pas généralisé les deux hommes en tourelle?", Histoire de Guerre, Blindés & Matériel N°84, p. 25
  3. 3.0 3.1 3.2 Bingham p6
  4. http://the.shadock.free.fr/Surviving_French_Tanks.pdf
  5. http://the.shadock.free.fr/Surviving_French_Tanks.pdf
  6. http://www.chars-francais.net/new/index.php?option=com_content&task=view&id=266

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Pierre Touzin, Les Engins Blindés Français, 1920–1945, Volume 1, Paris 1976
  • Pierre Touzin, Les véhicules blindés français, 1900–1944, EPA, 1979
  • Jean-Gabriel Jeudy, Chars de France, E.T.A.I., 1997
  • Bingham, Charles "French Infantry Tanks Part 1" AFV Weapons No. 58. Profile Publications, Windsor 1973

Pautan luar[sunting | sunting sumber]