Kereta kebal Type 69

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Type 69-II
Type 69II rear q Quantico.jpg
Kereta kebal tempur utama Type 69-II berhampiran Quantico
Jenis Kereta kebal tempur utama
Asal China
Sejarah perkhidmatan
Dalam perkhidmatan 1982 – kini
Perang Perang Iran–Iraq, Perang Teluk, Perang Iraq
Sejarah pengeluaran
Pereka Institute Penyelidikan No. 60
Tarikh cipta 1963 – 1974
Pengeluar First Inner Mongolia Machinery Factory/Inner-Mongolia First Machine Group Company Limited
Spesifikasi
Berat 36.7 tonnes[1]
Panjang 6.24 m (Hull)[1]
Lebar 3.3 m[1]
Tinggi 2.80 m
Krew 4

Perisai 203 mm
Senjata
utama
Meriam kereta kebal berpilin 100/105 mm
Senjata
kedua
7.62 mm coaxial dan mesingan belakang, mesingan anti pesawat 12.7 mm
Enjin disel
580 hp[1] (430 kW)
Kuasa/berat 15.8 hp/tonne[1]
Sistem
ampaian
torsion-bar
Jarak
operasi
440 km[1]
Kelajuan 50 km/h[1]


Kereta kebal Norinco (North Industries Corporation) China Type 69 merupakan kereta kebal utama yang dikeluarkan oleh China.

Kereta kebal siri Type 69 merupakan pembangunan lanjut oleh NORINCO (North Industries Corporation) China bagi kereta kebal Type 59 dan pertama kali diperlihatkan kepada orang ramai pada tahun 1982. Ia telah di eksport dalam jumlah yang besar ke Iraq. Tatarajahnya adalah konventional, dengan pemandu di sebelah hadapan kanan, sebahagian amunisi di sebelah kanannya, turet di bahagian tengah, enjin dan transmisi di belakang. Komander dan jurumeriam duduk disebelah kiri turet, pemuat kanan. Kedua pemuat dan komander memiliki cupola.

Kereta kebal Type 69 1 memiliki meriam laras licin. Kereta kebal Type 69 II memiliki laras berpilin.

Kedua-dua jenis memiliki dongakan berkuasa dari -5° hingga +18° dengan turet berputar penuh 360°. Jenis amunisi bagi kereta kebal Type 69 II termasuk HEAT, HE, APDS dan APFSDS. Satu mesingan 7.62mm dipasang sepaksi dengan persenjataan utama dan senjata serupa dikendali pemandu dipasang pada glacis plate menembak kehadapan. Meriam anti pesawat 12.7mm dikendalikan oleh pemuat.

Kereta kebal Type 69 menyebarkan tabir asapnya sendiri dengan menyuntik bahan api disel ke dalam paip ekszos di sebelah kiri badan di atas tempat roda jalan terakhir.

Selain itu terdapat juga kereta kebal utama Type 79 dengan meriam 105mm yang sama dengan kereta kebal Type 59/Type 69.

Variasi[sunting | sunting sumber]

Kereta kebal Type 80 anti pesawat gerak sendiri adalah milik Chinese yang setara dengan Soviet ZSU-57-2 tetapi menggunakan rangka Type 69, 37mm SPAAG berkembar, masih pada tahap prototaip, memiliki rangka Type 69 dipasang dengan turet dua orang dengan meriam 37mm berkembar.

Dua versi sistem ini telah dibangunkan, satu dengan sistem tembakan kawalan radar dan satu lagi sistem cuaca baik. Type 84 AVLB memiliki rangka Type 69 dan pelancar hidrolik mekanisma sama dengan konsep seperti Biber AVLB Jerman pada rangka Leopard 1, yang melancarkan jambatan sepanjang 18m.

Type 653 ARV memiliki rangka Type 69 tetapi turet digantikan dengan superstruktur, penstabil/bilah jentolak dihadapan badan dan kren hidrolik disebelah kanan badan. Dalam perkhidmatan dengan Tentera China. Tambahan lagi Myanmar, Pakistan (dengan pengeluaran tempatan), Thailand dan Zimbabwe. Pembangunan lanjut telah menghasilkan kereta kebal utama Type 80 dan Type 85 (qv).

Status[sunting | sunting sumber]

Dalam pengeluaran. Berkhidmat dengan Bangladesh, China, Iran, Iraq.

Pengilang[sunting | sunting sumber]

Persenjataan negeri China.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • TANK & COMBAT VEHICLE RECOGNITION GUIDE, Christopher F. Foss, Harper Collins Publishers, cetakan pertama 2000.
  1. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan TGelbart tidak disediakan

Pautan luar[sunting | sunting sumber]