Keserongan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jarak hamal dan keserongan seperti yang dilihat pada sfera cakerawala. Hala tuju utama sistem ini ialah ekuinoks musim bunga dengan nod naik bergerhana (merah) pada khatulistiwa cakerawala (biru). Keserongan diukur ke arah utara atau selatan dari khatulistiwa cakerawala di sepanjang bulatan jam yang melalui titik yang berkenaan.

Keserongan (Jawi: کسيروڠن; atau dikenali sebagai deklinasi atau sudut istiwa; Inggeris: Declination, simbol: δ) dalam bidang ilmu falak merupakan salah satu daripada koordinat arah titik pada sfera cakerawala (sfera samawi) dalam sistem koordinat khatulistiwa dan yang lain sama ada jarak hamal (penaikan mustakim) atau sudut jam. Jarak sudut keserongan diukur pada utara atau selatan khatulistiwa cakerawala di sepanjang bulatan jam melalui titik yang berkenaan.[1]

Penerangan[sunting | sunting sumber]

Keserongan dalam ilmu falak adalah boleh dibandingkan dengan garis lintang geografi yang diunjurkan ke sfera cakerawala.[2] Titik utara khatulistiwa cakerawala mempunyai keserongan yang positif, manakala di titik selatan pula ia mempunyai keserongan negatif. Sebarang unit ukuran sudut boleh digunakan untuk keserongan tetapi lazimnya ia menggunakan ukuran perenampuluhan yang diukur dalam darjah (°), minit (') dan saat (") dengan nilai 90° bersamaan ¼ bulatan. Keserongan dengan nilai magnitud lebih besar daripada 90° adalah tidak berlaku, kerana titik pada kutub adalah titik paling utara dan paling selatan sfera cakerawala.

Suatu jasad di

Tanda pada keserongan lazimnya ditulis nilainya positif atau negatif.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Balai Cerap Tentera Laut Amerika syarikat, Pejabat Almanak Nautika (1992). P. Kenneth Seidelmann (penyunting). Explanatory Supplement to the Astronomical Almanac [Penerangan Tambahan kepada Almanak Ilmu Falak]. University Science Books, Mill Valley, CA. m/s. 724. ISBN 0-935702-68-7.
  2. ^ Moulton, Forest Ray (1918). An Introduction to Astronomy [Pengenalan kepada Ilmu Falak]. Macmillan Co., New York. m/s. 125, art. 66. di Buku Google

Pautan luar[sunting | sunting sumber]