Ketan bintul

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Ketan bintul merupakan makanan berbentuk nasi dari beras yang popular di Serang, Banten, Indonesia. Makanan ini merupakan juadah seharian di sana, namun lebih mudah didapati semasa bulan Ramadhan. Mengikut cerita orang-orang lama, makanan ini merupakan kegemaran semasa berbuka oleh Sultan Maulana Hasanuddin, pemerintah kerajaan Banten. Dikatakan Sultan tersebut memiliki budi pekerti yang tinggi dan selalu menjadi contoh ahlak serta perilakunya di mata rakyatnya. Jadi, budaya berbuka puasa dengan makanan ini telah menjadi tradisi bagi menghormati kegemaran Sultan tersebut.