Key (syarikat)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Key
Jenis Syarikat terhad
Industri Permainan video komputer
Ditubuhkan 1998
Ibu pejabat Osaka, Jepun
Produk Novel visual
Laman web key.visualarts.gr.jp

Key merupakan sebuah studio novel visual Jepun di bawa Visual Art's, terkenal dalam mencipta judul-judul novel visual yang penuh drama dan berorientasikan plot. Kanon merupakan judul penampilan pertama Key, yang menggabungkan sebuah penceritaan yang mendalam, gaya lakaran berasaskan anime moden, dan gubahan lagu yang telah membantu mencipta sebuah pengalaman novel visual yang unik buat para pemain. Permainan video kedua Key, iaitu Air mempunyai sebuah cerita yang seakan-akan Kanon namun mungkin lebih kompleks, termasuklah kaedah permainan yang lebih terperinci. Kanon dan Air masing-masing dihasilkan pada asalnya sebagai permainan video dewasa, namun mempunyai versi yang disunting untuk keluaran umum buat konsol-konsol seperti Dreamcast, PlayStation 2 dan PlayStation Portable. Setakat bulan Julai 2007, Key telahpun mengeluarkan enam buah judul permainan video, dan telah menghasilkan karya-karya mereka dahulu bersama-sama Interchannel, dan Prototype untuk keluaran pengalihan judul-judul sebelumnya. Dalam berita terkini, Key telah mengumumkan judul mereka yang ketujuh, Rewrite.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Laman web rasmi novel visual Rewrite" (dalam bahasa Jepun). Key. Diperoleh pada 2008-03-31. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]