Khojeh Shamsuddin Muhammad Hafez Shirazi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Cendiakawan Parsi
Zaman Pertengahan
Hafiz Shiraz
Nama: Khojeh Hafiz Shirazi
Kelahiran: 1310/1337 M
Mazhab: Sufi
Minat utama: Syair, Mistik, Sufi, Metafizik, Etik

Khojeh Shamsuddin Muhammad Hafiz Shirazi (juga dieja Hafez) ( خواجه شمس‌الدین محمد حافظ شیرازی ) adalah seorang ahli sufi dan penyair Parsi. Merupakan seorang putera Bahuddin, beliau dilahirkan antara 1310 hingga 1337 di Shiraz, Iran atau Parsi. Beliau terkenal dengan keindahan syair-syair sufi dan ghazal beliau. Malahan, syair-syair beliau mempunyai ciri-ciri surealisme moden.[1]

Kehidupan[sunting | sunting sumber]

Tidak banyak maklumat diketahui mengenai riwayat awal Hafiz. Berdasarkan syair-syair beliau, Hfiz mungkin mendapat pendidikan awal yang sempurna atau beliau sendiri yang mendidik dirinya. Ayahanda beliau pula merupakan seorang pedagang arang batu yang wafat ketika Hafiz masih lagi kecil dan menyebabkan keluarga beliau berhutang. Hafiz kemudiannya meneruskan pengajian dengan Attar Shiraz, seorang cendiakawan Parsi. Selepas itu, beliau menjadi penyair di Istana Abu Ishak dan mendapat pengaruh yang kuat di bandar kelahirannya. Hafiz juga turut mendapat jawatan sebagai guru di sekolah pengajian Quran.

Pada umurnya awal 30 tahun, tentera Muzaffarid menawan Shiraz dan Mubariz Muzaffar menyingkirkan Hafiz daripada jawatannya. Ketika pemerintahan Shah Shuja al-Din Muzaffar, Hafiz sekali lagi dilantik penyair dan guru al-Quran tetapi kemudiannya beliau terpaksa melarikan diri kerana fitnah daripada pesaing-pesaing beliau. Hafiz melarikan diri dari Shiraz ke Isfahan dan Yazd

KEtika berumur 52 tahun, hafiz sekali lagi mendapat jawatan di Istana, dan kali ini adalah atas jemputan Shah Shuja. Shah Shuja kemudiannya kalah dalam peperangan dengan Tamerlane dan terbunuh. Ketika usia tua Hafiz, beliau terpaksa bertemu dengan Tamerlane bagi mempertahankan syairnya yang dituduh sebagai syirik. Beliau wafat pada umur 69 tahun dan dimakamkan di Shiraz.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]