Kia Motors

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kia Motors Company
Jenis Subsidiari
Industri Pengeluar automobil
Ditubuhkan 1944
Ibu pejabat Seoul, Korea Selatan
Bilangan lokasi Main Plant Locations: Hwasung Plant, Kooni, South Korea; Sohari Plant, Nearest to Anyang, South Korea; Kwang-Ju Plant, Gwangju, South Korea; Seosan Plant, Seosan, South Korea; Slovakian Plant, Žilina, Slovakia
Tempat dibekalkan Antarabangsa
Perancang utama Byung Mo Ahn: Group President and CEO Kia Motors America and Kia Motors Manufacturing Georgia
Produk Automobiles; over 1,000,000 sold last year.
Induk Hyundai Kia Automotive Group
Laman web kia.com

Kia Motors ialah sebuah pengeluar kereta dan automobil dari Korea Selatan. Slogannya adalah "The Power to Surprise".

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kia ialah syarikat kereta paling lama di Korea Selatan dan diasaskan pada tahun 1944. Ia kemudiannya menghasilkan beberapa model Mazda (mempunyai lesen berbuat demikian), termasuklah Mazda Pride (berdasarkan Mazda 121) dan Avella, yang dijual di Amerika Utara dan Australasia sebagai Ford Festiva dan Ford Aspire. Nama "Kia" (기아, 起亞) bermaksud "terbit dari Asia" dalam Bahasa Korea.

Pada tahun 1993, ia memulakan operasi di Amerika Syarikat, dengan berfokus di California. Pengedar pada tahun 1994 menjual model Sephia, dan beberapa tahun kemudian jualan di AS berkembang dengan penjualan model Sportage. Kenderaan Kia dianggap kurang "menyengat" berbandig kenderaan pesaingnya. Dalam tahun terdekat ini Kia berusaha untuk memperbaiki lagi kualiti kenderaannya dan sekarang "ranking" Kia lebih tinggi daripada kenderaan keluaran syarikat pesaingnya (ratingnya hanyalah kurang sedikit daripada General Motors, Ford, Chrysler pada tahun 2004 dalam pasaran Amerika Syarikat.

Masalah yang dihadapi Kia semasa krisis kewangan Asia pada tahun 1997 menyebabkan ekonomi Kore Selatan juga terheret sama. Hal ini menyebabkannya ia dibeli oleh Hyundai Motor Company pada tahun 1998.

Oleh kerana banyak pencapaian yang dicapai oleh Kia selepas Hyundai mengambil alihnya, jualan Kia telah berkembang dengan drastik sekal di antara tahun 1998-2005. Pada 6 Spetember 2005, Kia mengumumkan bahawa ia akan membina kilangnya yang baru di Mississippi, AS untuk mengatasi permintaanya dalam pasaran Amerika, yang sedang meningkat. Adalah dijangkakan bahawa lebih kurang 290,000 buah kenderaan akan terjual pada tahun 2005 di Amerika Syarikat.

Subsidari[sunting | sunting sumber]

Kia ialah salah satu daripada anak syarikat Hyundai Motor Group dan mempunyai empat buah subsidiri:

Model[sunting | sunting sumber]

Kia Sedona (a.k.a Kia Carnival), 2006.
Kia Sportage, 2005.
Kia Optima, 2006.
Kia Opirus (a.k.a Kia Amanti), 2006.

Kereta penumpang[sunting | sunting sumber]

Kia Motors Group

SUV/van[sunting | sunting sumber]

Kia Motors Group

Kenderan komersial[sunting | sunting sumber]

Kia Motors Group

Kereta konsep[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]