KnAAPO

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Persatuan Pengeluaran Pesawat Komsomolsk-on-Amur
Industri Penerbangan
Ditubuhkan 1927
Ibu pejabat Komsomolsk-on-Amur
Produk Pesawat komersial dan ketenteraan
Laman web http://www.knaapo.ru/eng/index.wbp

Persatuan Pengeluaran Pesawat Komsomolsk-on-Amur (KnAAPO), adalah sebuah firma yang berpangkalan di Komsomolsk-on-Amur, di Timur Jauh Rusia. Ia merupakan sebuah syarikat pengeluar pesawat terbesar di Rusia.[1]

Ringkasan[sunting | sunting sumber]

Syarikat ini kini mengeluarkan pesawat pejuang Su-27SM/SKM, Su-30MK2, Su-33 dan Su-27KUB.[2] KnAAPO juga terlibat di dalam pembangunan pesawat komersial baru Sukhoi Superjet 100 dan akan mengeluarkan pesawat pejuang generasi ke-5 Rusia pada masa depan.[2][1][3]

Pada tahun 1999 dan 2001, "Kesatuan Industri dan Usahawan Rusia" dan "Dewan Perdagangan dan Industri Republik Rusia" telah menganugerahkan anugerah "Usahawan Terbaik Rusia" kepada KnAAPO.[1]

Syarikat ini adalah di antara perusahaan paling berjaya Khabarovsk Krai dan selama bertahun-tahun menjadi pembayar cukai terbesar di wilayah ini.[4]

Pemegang saham KnAAPO (JSC) terdiri dari[1]:

  • JSC “UAC” (25.5% dari jumlah saham)
  • “Sukhoi Company“ JSC (74,5% dari jumlah saham)
  • KnAAPO (JSC) memiliki 5.42% saham di dalam Biro Rekabentuk Sukhoi (JSC)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]