Kobalt-60

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kobalt-60

Kobalt-60

General
Nama, simbol Kobalt-60,60Co
Neutron 33
Proton 27
Data nuklid
Kelimpahan semula jadi Surih
Separuh hayat 5.27 tahun[1]
Jisim isotop 59.9338222 u
Spin 5+
Mod pereputan Tenaga pereputan
β (pereputan beta) 0.317[2] MeV
γ (sinar gama) 1.1732,1.3325 MeV

Kobalt-60 (60Co) ialah suatu isotop sintetik kobalt dengan separuh hayat of 5.2713 years.[3] Isotop ini dihasilkan dalam reaktor nuklear. Penghasilan isotop ini dalam industri bergantung kepada pengaktifan neutron isotop kobalt-59.[4] Kuantiti yang elok juga dapat dihasilkan sebagai hasil sampingan operasi janakuasa nuklear lazim, dan boleh dikesan dari luar sekiranya ada kebocoran. Dalam kes ini, kobalt-60 secara utamanya dihasilkan melalui pengaktifan neutron berperingkat isotop besi dalam struktur keluli reaktor[5] melalui penghasilan isotop kobalt-59 pendahulu. Kobalt-60 mengalami pereputan beta menjadi isotop nikel-60 yang stabil.

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Aplikasi-aplikasi utama kobalt-60 ialah:

  • Penunjuk kobalt dalam tindak-tindak balas kimia.
  • Pensterilan peralatan perubatan.[6]
  • Sumber radiasi rawatan radioterapi[7] dan terapi kobalt dengan mesin teleterapi untuk merawat kanser.
  • Sumber radiasi bagi radiografi industri.[7]
  • Sumber radiasi bagi peralatan perataan dan pengukuran ketebalan.[7]
  • Sumber radiasi bagi penghapusan serangga perosak.[8]
  • Sumber radiasi bagi penyinaran makanan dan darah.[6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ National Institute of Standards and Technology. "Radionuclide Half-Life Measurements". Dicapai pada 2011-11-07.
  2. ^ National Nuclear Data Center, Brookhaven. "Chart of Nucleids". Dicapai pada 2018-10-25.
  3. ^ "Nuclear Decay Data for Dosimetric Calculations". Annals of the ICRP. ICRP Publication 107. 38 (3). 2008.
  4. ^ Malkoske, G. R. Cobalt-60 production in CANDU power reactors
  5. ^ US EPA Radiation Protection: Cobalt
  6. ^ a b Gamma Irradiators For Radiation Processing (PDF). IAEA. 2005.
  7. ^ a b c "Cobalt | Radiation Protection | US EPA". EPA. Dicapai pada April 16, 2012.
  8. ^ "Croatia fruit farmers fight flies". Reuters.