Koninginnedag

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Koninginnedag
Koninginnedag
Orang ramai berpakaian jingga sedang menari-nari di terusan Amsterdam ketika sambutan Hari Ratu pada tahun 2007
Diraikan oleh Belanda
Jenis Perayaan Kebangsaan
Tarikh 30 April (29 April jika 30 hb jatuh pada hari Ahad)
Sambutan Permainan kanak-kanak, pasar borong, konsert
Berkaitan dengan Hari kelahiran rasmi Ratu Beatrix (hari kelahiran sebenar ibunya yang juga pendahulunya Ratu Juliana)

sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Koninginnedag (Mengenai bunyi ini sebutan ) atau Hari Ratu ialah hari cuti umum kebangsaan di Belanda dan negara-negara bahagiannya, Aruba, Curaçao dan Sint Maarten, yang jatuh pada 30 April (atau pada 29 jika 30 adalah hari Ahad). Sambutan ini diadakan untuk menyambut hari kelahiran Ratu Belanda dan merupakan hari untuk perpaduan kebangsaan dan "bersatu hati" (Bahasa Belanda: saamhorigheid). Tradisi ini dimulakan pada 31 Ogos 1885 pada hari kelahiran Puteri Wilhelmina, kemudiannya Ratu Wilhemina. Sejak 1949, selepas Ratu Juliana menaiki takhta, Hari Ratu disambut pada hari lahir Ratu Juliana iaitu pada 30 April. Walaupun hari lahir sebenar Ratu Beatrix adalah pada 31 Januari, baginda menyambut hari lahir secara rasmi pada 30 April.

Hari Ratu terkenal dengan "pasar borong" nya (Bahasa Belanda: vrijmarkt) di seluruh negara, di mana semua orang dibenarkan untuk menjual barang-barang di jalanan. Aktiviti lain pada Hari Ratu ialaah permainan kanak-kanak, persembahan muzik individu, dan konsert muzik. Malam sebelum Hari Ratu disambut juga di kebanyakan bdanar, dan ia dikenali dengan nama "Malam Ratu" (Bahasa Belanda: Koninginnenacht). Sambutan terbesar Hari Ratu diadakan di Amsterdam, Malam Ratu di The Hague dan "Tari-menari Ratu" (Bahasa Belanda: Koninginnedans) di Rotterdam. Bersempena dengan warna rasmi Kerabat Orange-Nassau, rakyat memakai pakaian berwarna oren atau jingga pada hari sambutan ini, oleh kerana itu sambutan ini juga dikenali dengan nama "kegilaan oren" (Bahasa Belanda: oranjegekte).

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sambutan hari lahir Ratu Wilhelmina merupakan Hari Ratu pertama di Belanda

Tujuan asal sambutan Hari Ratu yang dianjurkan oleh Kesatuan Liberal adalah sebagai hari perpaduan kebangsaan di Belanda. Ia bermula dengan sambutan hari lahir Puteri Wilhelmina pada 31 Ogos 1885. Dari 1885 hingga 1850, perayaan ini digelar Prinsessedag yang bermaksud "Hari Puteri", sehingga hari pertabalan Wilhelmina pada 1890. Sejak 31 Ogos 1891, perayaan ini dikenali dengan nama Koninginnedag atau "Hari Ratu". Hari Ratu bukan hanya merupakan hari lahir Ratu, tetapi juga jatuh pada hari terakhir cuti musim panas, menjadikannya sangat popular di kalangan kanak-kanak. Tidak seperti pengganti-penggantinya, Ratu Wilhelmina hampir tidak pernah hadir ke sebarang pesta pada Hari Ratu.[1][2]

Pada bulan September 1948 Ratu Juliana menaiki takhta Belanda dan sejak tahun 1949, tarikh Hari Ratu ditukar kepada hari lahirnya, 30 April. Apabila 30 April jatuh pada hari Ahad, Hari Ratu akan disambut pada 29 April.[3] Pada hari ini, Ratu Juliana menerima bunga yang disembahkan di Istana Soestdijk, di mana baginda bersemayam.[1] Ratu dan keluarga baginda akan berdiri di pentas khas dan barisan panjang rakyat akan melaluinya, mengucapkan tahniah dan memberikan hadiah dan bunga. Perarakan ditayangkan di saluran televisyen kebangsaan sejak tahun 1950. Apabila semakin ramai orang menerima cuti pada hari ini, Hari Ratu menjadi cuti umum kebangsaan untuk "bersatu hati" (Bahasa Belanda: saamhorigheid).[1]

Ratu Beatrix berbual dengan Datuk Bandar The Hague Wim Deetman di Scheveningen ketika Hari Ratu pada tahun 2005

Apabila Ratu Beatrix menggantikan ibunya Ratu Juliana pada 30 April 1980, baginda membuat keputusan mengekalkan sambutan ini pada 30 April sebagai tanda penghormatan kepada ibunya[1] dan juga atas sebab-sebab praktikal, kerana hari lahir sebenar baginda (31 Januari) jatuh pada musim sejak yang tidak memungkinkan pesta-pesta tradisional diadakan di luar, manakala keadaan cuaca pada 30 April adalah lebih baik. Berbeza dengan ibunya, Juliana, Beatrix tidak hanya menerima tetamu di kediamannya tetapi membuat kunjungan bertemu dengan rakyat di seluruh pelusuk negara. Sejak menaiki takhta, Ratu Beatrix dan keluarganya melawat satu, dua atau kadang-kadang tiga tempat pada Hari Ratu,[4] di mana versi setempat tarian tradisional Belanda dan demonstrasi kraftangan lama dipertunjukkan kepada baginda. Pada 2001, lawatan keluarga diraja pada Hari Ratu telah dibatalkan atas sebab kebimbangan mengekalkan langkah-langkah kuarantin bagi mengawal penularan penyakit kaki dan mulut.[5] Ratu Beatrix telah melawat bandar-bandar berikut pada Hari Ratu:[4]



Rujukan[sunting | sunting sumber]

External links[sunting | sunting sumber]