Kontena pendingin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Reefer dibawa oleh sebuah lori kontena
Kontena-kontena reefer ditindan bersama kontena biasa di atas sebuah kapal kontena

Kontena pendingin, kontena penyejuk atau reefer ialah sejenis kontena yang digunakan dalam pengangkutan antara mod yang mempunyai alat pendingin terbina untuk menyimpan kargo yang sensitif kepada suhu dan mudah rosak.

Kontena jenis ini bergantung kepada sumber kuasa dari soket elektrik di laman kontena atau di atas kapal kontena. Untuk penghantaran menggunakan lori kontena, ia dikuasakan oleh sebuah penjana elektrik berkuasa diesel yang dipasang pada badannya.

Sesetengah reefer dilengkapi dengan sistem pendingin air yang boleh digunakan jika reefer itu dimuatkan di dalam palka ( bawah dek) yang tidak memiliki pengudaraan mencukupi, untuk menyingkir haba. Bagaimanapun, sistem ini sangat mahal dan kebanyakan kapal moden tidak lagi menggunakan sistem ini tetapi beralih kepada pengudaraan untuk menyingkir haba di dalam palka.

Kontena reefer memberi impak besar kepada industri pengangkutan, ia membolehkan pengguna di seluruh dunia menikmati produk dan makanan segar dari seluruh dunia.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]