Kontroversi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kontroversi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia wujud kerana ia adalah pelaksana dan penguatkuasaan undang-undang. Sebagai sebuah suruhanjaya yang ditubuhkan oleh kerajaan, segala tindak-tanduknya diperhatikan oleh rakyat. Persepsi negatif ini bukan baru dan bukan tidak ada bukti. Sejarah menunjukkan Badan Pencegah Rasuah ini telah diubah beberapa kali dan kini dinamakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Kematian Teoh Beng Hock[sunting | sunting sumber]

Kematian Teoh Beng Hock di Plaza Masalam, Shah Alam semasa SPRM sedang menyoal siasat beliau memberi buah keras kepada SPRM. Dikatakan belum pernah berlaku dalam sejarah, seseorang mati terjun bangunan ketika dalam sesi soal siasat SPRM. Selama ini hanya terdengar tentang kematian banduan di penjara dan lokap polis. [1]

Pakatan Rakyat mendapat kemenangan moral apabila hakim memutuskan pegawai penyiasat hanya boleh menyiasat dari jam 8.00 pagi hingga 4.00 sahaja. Jika lebih masa , ia akan dianggap sebagai menyalahgunakan kuasa dan melanggar undang-undang. Keputusan hakim ini akan memberi refleksi kepada siasatan oleh pegawai polis, bomba, imigresen, pegawai perhutanan dan sebagainya.


Kurangnya orang Cina dalam SPRM[sunting | sunting sumber]

Pada 26 November 2009, Timbalan Presiden Gerakan, Datuk Chang Ko Youn tidak puas hati dengan bilangan bukan Melayu yang bekerja dengan SPRM. Kajian dilakukan mengapa bilangan orang Cina dan India amat sedikit bekerja di dalam jabatan kerajaan seperti SPRM, PDRM, tentera dan kakitangan awam yang lain. Penjelasan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan bahawa soal gaji, masa dan disiplin sebagai punca mereka tidak berminat tidak memuaskan hati Chang Ko Youn.[2] Tetapi beliau tidak pula memberikan alternatif jawapan yang lain. Di negara China, Hong Kong, India, Taiwan dan lain-lain , nampaknya orang Cina dan India cukup berminat dengan kerjaya di sektor awam ini. Dalam filem Bollywood dan Hong Kong memaparkan anggota polis menjadi hero dalam sesebuah masyarakat. Sebaliknya kaum Cina di Malaysia lebih berminat menjual aiskrim, VCD cetak rompak dan tidak mahu bekerja bagi jawatan gaji rendah dan tinggi tanggungjawabnya.

Kemungkinannya ialah persekitaran tempat kerja, sistem naik pangkat dan struktur perkhidmatan awam. Jadi JPA hendaklah meningkatkan pengambilan bukan Melayu menyertai perkhidmatan awam, termasuk SPRM supaya ia mencerminkan komposisi rakyat Malaysia. Pengambilan pekerja di sektor swasta juga tidak menggambarkan komposisi penduduk di Malaysia.[3]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Ean Yong's political secretary dead at MACC HQ". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-09-04. Dicapai pada 2009-11-27.
  2. ^ [http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2006/9/26/TERKINI/Mutakhir/Polis_kurang_penyiasat_kes_jenayah_tergendala&sec=mstar_berita Polis kurang penyiasat, kes jenayah tergendala.
  3. ^ ‘Cari punca bukan Melayu tak minat sertai SPRM'