Teoh Beng Hock

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Wisma Majlis Peguam dalam Kuala Lumpur: ‘Teoh Beng Hock dalam kenangan’.

Teoh Beng Hock (Cina Ringkas: 赵明福; Cina Tradisional: 趙明福; pinyin: Zhào Míngfú) (1979–16 Julai 2009) merupakan seorang pegawai khas kepada Exco kerajaan negeri Selangor, Ean Yong Hian Wan. Teo merupakan seorang daripada saksi dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan penyalahgunaan peruntukan negeri Selangor yang diperintah oleh Pakatan Rakyat.

Beliau pernah menjadi wartawan bagi surat khabar berbahasa Cina Sin Chew Jit Poh. Teo dilahirkan di Alor Gajah, Melaka dan akan berkahwin dengan tunangnya, Soh Sher Wei pada 17 Julai 2009.

Siasatan rasuah[sunting | sunting sumber]

Yong merupakan antara tujuh anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) dan anggota Exco yang disiasat oleh SPRM berhubung dakwaan penyalahgunaan peruntukan negeri Selangor.Pada 15 julai 2009, SPRM menyerbu pejabat Yong di bangunan Sekretariat Negeri di Shah Alam untuk mencari dokumen berhubung cara peruntukan negeri dibelanjakan.

Turut disiasat ialah Teresa Kok (Kinrara), Hannah Yeoh (Subang), Elizabeth Wong (Bukit Lanjan), Dr Cheah Wing Yin (Damansara Utama) and Edward Lee (Bukit Gasing). Wakil rakyat Pakatan Selangor diberi RM500,000 setahun setiap seorang untuk membiayai program kemasyarakatan di kawasan masing-masing. SPRM mendakwa dana tersebut telah disalahguna. [1]Pada 15 Julai, sebuah komputer riba milik Teo dan sebuah komputer meja telah dirampas dari pejabat Ean.Pejabat ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San turut diserbu oleh SPRM.


Pengarah Siasatan SPRM , Datuk Mohd Shukri Abdull menyatakan Teo datang ke pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14, Plaza Masalam pada 5 petang hari Rabu 15 Julai 2009 untuk memberi keterangan dan dibenarkan pulang pada pukul 3.45 pagi ini. Walau bagaimanapun, telefon bimbit milik Teo masih berada di tangan pegawai SPRM semasa mayat teo ditemui pada 1.30 tengah hari.

Teo berjanji membawa beberapa dokumen bagi membantu siasatan. Pada pukul 6 pagi dia masih kelihatan tidur di atas sofa .Teo memberi kerjasama kerana dia bukan orang yang dituduh tetapi dia adalah saksi.

Mati jatuh bangunan[sunting | sunting sumber]

Pada 16 Julai 2009, jam 1.30 tengah hari Khamis, Teo Beng Hock ditemui mati di bahagian koridor tingkat lima bangunan Plaza Masalam ,Shah Alam,Selangor dipercayai akibat terjatuh dari tingkat 14, bangunan itu. Mayat Teo, 30-an ditemui dalam keadaan terlungkup . [2] SPRM tidak jelas sama ada beliau mati akibat terjatuh atau terjun dari bangunan.

Teng Chang Khim selaku Speaker DUN Selangor mahu SPRM bertanggungjawab kerana Teo mati semasa masih disiasat. Sebelum ini beberapa kes tahanan mati semasa dalam siasatan polis.[3]

Bedah siasat dilakukan oleh pakar patologi dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Dr N. Prashant dan seorang lagi pakar patologi dari HTAR. Selepas bedah siasat, mayatnya dibawa pulang ke rumah ibu bapanya di Alor Gajah, Melaka dan dijangka dikebumikan di Taman Peringatan Semenyih.[4]

Demonstrasi[sunting | sunting sumber]

Pada 16 Julai 2009, seramai 150 orang mengadakan demonstrasi di Plaza Masalam.Kemudian 7 orang termasuk Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam dan Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dr. Xavier Jayakumar ditahan polis Selangor kerana adakan perhimpunan tanpa permit.Mereka ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam. Kemudian mereka dibebaskan dengan jaminan polis. Seksyen 112 (2) Kanun Acara Jenayah membenarkan sesiapa yang disoal berdiam diri apabila disoal.[5]

Pada 19 Julai 2009, Lebih 3,000 orang membanjiri Stadium Kelana Jaya menuntut keadilan bagi Teoh Beng Hock.Lim Kit Siang, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, ahli jawatankuasa PAS pusat, Datuk Husam Musa berucap kepada hadirin. Kain rentang bertulis 'Keadilan untuk Beng Hock" dipasang sekitar stadium .[6]

Setiausaha Politik kepada perdana menteri Dr Oh Ei Sun menyatakan keluarga mendiang di Taman Seri Kelemak ,Alor Gajah mahu suruhanjaya diraja ditubuhkan.

Siasatan Kematian[sunting | sunting sumber]

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar menyatakan ketua siasatan ialah Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Hasnan Hassan.Rakaman kamera CCTV dari kawasan lif dan tempat letak kereta Plaza Masalam diambil.Dia mati disebabkan pelbagai kecederaan akibat terjatuh dari paras tinggi.Dua ahli patologi iaitu dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) dan Pusat Perubatan Universiti Malaya mengendalikan bedah siasat.Polis telah mengambil kenyataan daripada 23 saksi, termasuk 17 pegawai SPRM.[7]Pada 21 Julai 2009, Ketua Polis Malaysia, Tan Sri Musa Hassan berkata bahawa siasatan kes kematian beliau telah mencapai 60%.[8]

Suruhanjaya Diraja[sunting | sunting sumber]

Pada 22 Julai 2009, Kabinet Malaysia setuju menubuhkan Suruhanjaya diraja bagi mengkaji peraturan soal-siasat yang digunakan suruhanjaya itu semasa menyoalsiasat Teoh Beng Hock.[9]Inkues diketuai oleh seorang majistret akan dijalankan mulai 27 Julai 2009 bagi menentukan punca kematian.[10]

Sebelum dua suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menyiasat :

  • Tragedi Terminal Feri Pulau Pinang runtuh.
  • Kilang mercun Bright Sparklers Fireworks terbakar

Pada 24 Julai 2009, Peguam Negara ,Tan Sri Abdul Gani Patail menyatakan tindakan mengikut Seksyen 339 (1) Kanun Prosedur Jenayah (CPC) untuk mengarahkan seorang Majistret mengadakan inkuiri mengenai kematian Teoh, dan Majistret itu wajib mengadakan inkuiri.Jangan keliru mengenai fungsi Suruhanjaya Diraja yang ditubuhkan oleh kerajaan dengan inkuiri mengikut CPC.Seksyen 2 Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 jelas merujuk kepada penyiasatan terhadap tatalaku dan pengurusan pegawai dan jabatan kerajaan atau bagi kebajikan awam. Inkuiri oleh Majistret mengikut Kanun Acara Jenayah adalah lebih sesuai dan disokong oleh undang-undang.Inkuiri mengikut Kanun Acara Jenayah dibenarkan oleh undang-undang dan penyiasatan di bawah Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 adalah mekanisme untuk mengetahui kebenaran secara adil dan saksama.

Sewajarnya Mahkamah yang menentukan punca kematian dan perkara yang berkaitan berbanding Suruhanjaya Diraja.Kanun Prosedur Jenayah (CPC) adalah cara yang memadai dan venue yang sesuai bagi kes sebegitu. Pertindihan akan berlaku jika Suruhanjaya turut menyiasat.[11]

Demo menyokong SPRM dan Polis[sunting | sunting sumber]

Pada 22 Julai 2009, 60 penyokong Umno dan parti komponen BN menyertai demonstrasi di Ampang Point untuk menyatakan sokongan kepada SPRM) dan polis untuk meneruskan siasatan terhadap kematian Teoh Beng Hock.Ia diketuai oleh ketua Umno bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo. Perhimpunan tanpa permit polis itu membawa kain rentang bertulis 'Umno bahagian Ampang yakin kredibiliti SPRM dan polis untuk teruskan siasatan' dan 'Umno bahagian Ampang menyokong tindakan SPRM dan polis".[12]

Dapat anak lelaki[sunting | sunting sumber]

Balunya Cikgu Soh Cher Wei (28) melahirkan bayi lelaki seberat berat 2.9 kg di Hospital Pantai, Batu Pahat jam 8 pagi, 21 Februari 2010. Nama bayi itu akan didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara. Teoh ditemui mati sehari sebelum beliau mendaftarkan perkahwinannya dengan Soh Cher Wai. Soh menjadi guru di SRJK (C) Sin Ming, 43500 Semenyih, Selangor.[13] JPN mungkin perlukan DNA untuk pengesahan.

Teater 'Beng Hock'[sunting | sunting sumber]

Satu produksi teater bertajuk 'Beng Hock' - yang menceritakan kematian tragik setiausaha politik Teoh Beng Hock - dijadualkan dipersembahkan pada Julai 2012. Polis dari Balai Polis Jinjang telah menghubungi Faisal Mustaffa selaku produser teater dan pengendali Rumah Anak Teater (RAT) diminta menyerahkan skrip serta sinopsis teater itu. Teater tersebut tidak memerlukan permit dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana ia percuma,tiada sebarang tiket masuk .Permit polis tidak perlu kerana ia diadakan di tempat milik persendirian dan didakwa tidak bersifat politik. Teater itu memaparkan misteri yang menyelubungi kematian Teoh dan untuk mewujudkan kesedaran awam bagi memastikan kejadian seperti itu tidak berulang.[14]

Rujukan[sunting | sunting sumber]