Lumba kuda

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Lumba kuda di Arlington Park, 2007

Lumba kuda ialah sukan menunggang kuda yang telah diamalkan selama berabad-abad. Lumba rata zaman Rom merupakan salah satu contoh yang awal, sebagaimana juga dengan pertandingan kuda dewa Odin dan Hrungnir raksasa dalam mitologi Norse. Sukan lumba kuda tidak dapat dilarikan daripada perjudian. Nama gelaran umum untuk kuda belima ialah Sukan untuk Raja.

Jenis lumba kuda[sunting | sunting sumber]

Salah satu jenis perlumbaan kuda utama yang popular di banyak kawasan di seluruh dunia ialah lumba kuda belima. Lumba kuda abah-abah bagi kuda baka baku juga popular di Australia, New Zealand, Amerika Syarikat timur dan lebih popular daripada lumba kuda belima di Kanada dan sesetengah kawasan di Eropah. Perlumbaan kuda diadakan pada tanah rata atau secara melompat, sebagaimana dengan lumba kuda berhalang atau lumba kuda lompat pagar. Lumba kuda baka Quarter Horse juga popular di Amerika Syarikat barat dan Florida. Perlumbaan dengan kuda Arab baka tulen wujud di banyak negeri di Amerika Syarikat, serta juga di kebanyakan kawasan Eropah dan Timur Tengah, dengan bentuk perlumbaan ini dikenali sebagai perlumbaan ketahanan.

Kepelbagaian jenis perlumbaan kuda kesemuanya berkait dengan baka kuda yang berbeza. Kuda belima amat sangat laju pada jarak yang sederhana, manakala kuda baka baku berupaya meligas dengan dilengkapi abah-abah, berbanding dengan menderap dengan dilengkapi pelana. Kuda baka Quarter Horse memecut pada jarak pendek, manakala kuda Arab terlibat dalam lumba ketahanan. Keempat-empat baka kuda yang berbeza itu memiliki struktur otot yang berlainan yang menyebabkan masing-masing sesuai untuk jenis perlumbaan yang berbeza. Kuda-kuda itu juga berlumba di atas permukaan balapan yang berbeza, daripada jalan tanah sehingga permukaan buatan seperti viskorida atau polibalapan.

Pembiakbakaan, latihan, dan perlumbaan kuda di banyak negara kini merupakan satu aktiviti ekonomi yang penting dan pada takat yang lebih besar, juga industri perjudian yang sebahagian besar disokongnya. Masa yang dihabiskan untuk melatih kuda-kuda itu sangat panjang dan berbeza-beza mengikut jenis lumba kuda yang terlibat. Selain daripada memenangi berjuta-juta dolar, kuda yang luar biasa juga boleh mendapatkan jutaan dolar lagi menerusi perkhidmatan seperti pembiakbakaan kuda.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]