Kuih nekbat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Nekbat
Kuih nekbat adalah makanan pembasuh mulut yang diperbuat daripada tepung beras dan telur.

Nekbat
Asal
Negara asal Brunei, Indonesia, Malaysia, Singapura
Kawasan Asia Tenggara
Maklumat hidangan
Jenis hidangan Pencuci mulut
Suhu dihidangkan Sejuk
Ramuan utama Tepung, air gula, cengkih

Kuih nekbat merupakan sejenis kuih tradisional pembasuh mulut yang diperbuat daripada tepung beras dan telur, yang popular di Malaysia, terutama di Pantai Timur iaitu di Kelantan dan Terengganu. Kuih nekbat biasanya disediakan dalam dua fasa. Pada fasa pertama, adunan tepung dibakar dan dimasak sehingga gebu seperti buahulu tetapi tawar dan lebih keras. Nekbat yang telah dimasak akan disimpan kering atau dijual kepada pelanggan yang akan menyediakannya sebelum dihidangkan. Nekbat kering ini tahan lebih lama dan boleh disimpan di dalam peti sejuk.

Pada fasa penyediaan akhir, nekbat ini akan disira dalam air gula yang dimasak dengan daun pandan dan cengkih bagi memberi bau wangi, dan dibiarkan jelira sebelum dihidangkan berkuah dengan air gula tersebut. Apabila ia kembang dan bertukar kekuningan ia sedia untuk dihidangkan. Nekbat yang telah disira tidak boleh dibiarkan lama, kerana ia akan menjadi kembang dan hancur.

Istiah ini juga digunakan bagi menggelar mereka yang bertubuh gempal sebagai seperti nekbat kembang.


Pautan luar[sunting | sunting sumber]