Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
Ringkasan agensi
Ditubuhkan 1991
Agensi terdahulu Kumpulan Wang Pekerja (1951)
Di bawah tanggungjawab Kementerian Malaysia
Ibu pejabat Bangunan KWSP, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Malaysia
Eksekutif agensi Samsudin Osman, Pengerusi
Agensi pusat Kementerian Kewangan Malaysia
Tapak web
kwsp.gov.my

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau nama pendeknya KWSP merupakan sebuah institusi keselamatan sosial yang ditubuhkan di bawah Undang-Undang Malaysia, Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 (Akta 452) yang menyediakan faedah persaraan kepada ahlinya melalui pengurusan simpanan mereka secara cekap dan boleh dipercayai. KWSP juga menyediakan sistem yang efisien dan mudah bagi memastikan para majikan memenuhi tanggungjawab undang-undang serta kewajipan moral mereka untuk mencarum kepada KWSP bagi pihak pekerja mereka.

Anggota[sunting | sunting sumber]

Kenggotaan wajib kepada pekerja sektor swasta dan pekerja tidak berpencen sektor awam. Sehingga Jun 2011, KWSP mempunyai seramai 12.9 juta ahli. Bilangan ahli aktif dan masih mencarum adalah seramai 6.11 juta. Bilangan majikan aktif pula adalah seramai 481,886.[1]

Pelaburan[sunting | sunting sumber]

Caruman adalah wang yang dikreditkan ke akaun individu ahli di KWSP. Amaun tersebut terdiri daripada caruman pekerja dan caruman majikan dan dikira berdasarkan gaji bulanan pekerja. Kadar caruman semasa adalah 23% daripada gaji pekerja dimana 11% adalah caruman pekerja yang dipotong daripada gaji bulanan pekerja manakala 12% adalah caruman oleh majikan .

Caruman bulanan anggota dilaburkan melalui beberapa instrumen kewangan yang diluluskan untuk menghasilkan pendapatan. Ini termasuklah Sekuriti Kerajaan Malaysia, Instrumen Pasaran Wang, Bon & Pinjaman, Ekuiti dan Hartanah.

KWSP memastikan simpanan anggota selamat dan mendapat dividen yang berpatutan. KWSP menjamin dividen sebanyak 2.5 peratus setahun. Untuk memastikan bayaran dividen, KWSP melaburkan caruman melalui instrumen kewangan yang diluluskan bagi mendapatkan pulangan yang optimum.

Dividen dimasukkan ke dalam akaun pencarum setiap tahun. Kadar dividen yang diisytiharkan oleh KWSP adalah tertakluk kepada pulangan pelaburan yang dibuat melalui instrumen-instrumen yang diluluskan.

Dividen tahunan dikira berdasaran baki pembukaan simpanan pencarum setakat 1hb Januari setiap tahun. Dividen nulanan pula dikreditkan ke akaun anggota berdasarkan jumlah caruman bulanan yang diterima.

Saiz dana KWSP setakat 30 Jun 2010 adalah sebanyak RM407 bilion.[2]

Akaun[sunting | sunting sumber]

Sejak 1 Januari 2007, simpanan anggota KWSP dibahagi dalam dua akaun. Akaun pertama, digelar "Akaun I", menyimpan 70% daripada caruman anggota, manakala akuan kedua, digelar "Akaun II", menyimpan baki selebihnya (30%). Pengeluaran Akaun I terhad kepada pengeluaran mencapai 55 tahun, kehilangan upaya, meninggalkan negara atau meninggal dunia. Akaun II pula membenarkan pengeluaran untuk bayaran pendahuluan atau penyelesaian pinjaman rumah pertama, tujuan pendidikan dan belanja perubatan, pelaburan dan apabila mencapai 50 tahun.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]