Kuprum(II) oksida

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kuprum(II) oksida
Kuprum(II) oksida
Nama sistematik Kuprum(II) oksida
Nama-nama lain kuprik oksida
Formula molekul CuO
Jisim molar 79.545 g/mol
Nombor CAS [1317-38-0]
Ketumpatan 6.31 g/cm3
Keterlarutan (air) ~0 g/l
Takat lebur 1200 °C +
Takat didih xx.x °C
Penafian dan rujukan

Kuprum(II) oksida atau kuprik oksida (CuO) adalah oksida tembaga yang lebih tinggi nombor pengoksidaannya. Ia merupakan satu pepejal hitam dengan struktur ionik yang melebur pada suhu melebihi 1200°C sambil kehilangan beberapa oksigennya. Ia dapat dihasilkan dengan memanaskan tembaga dalam udara, tetapi dalam kes ini ia akan terbentuk bersama-sama dengan kuprum(I) oksida; maka, adalah lebih baik untuk menyediakannya melalui pemanasan kuprum(II) nitrat, kuprum(II) hidroksida atau kuprum(II) karbonat:

CuCO3 → CuO + CO2

Kuprum(II) okida adalah oksida bes, maka ia larut dalam asid mineral seperti asid hidroklorik, asid sulfurik atau asid nitrik. Tindak balas ini menghasilkan garam-garam kuprum (II) yang berpadanan:

CuO + 2 HNO3 → Cu(NO3)2 + H2O

Ia juga boleh diturunkan menjadi logam kuprum menggunakan hidrogen atau karbon monoksida:

H2 + CuO → Cu + H2O

Kuprum (II) oksida juga digunakan sebagai semikonduktor jenis P, dengan jurang jalur sempit berukuran 1.2 eV.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]