Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Saban musim lagu nyanyian asal Misha Omar diberikan sebagai tugasan kepada pelajar-pelajar Akademi Fantasia. Sejak musim pertama kebanyakkan lagu-lagu Misha menghantui para pelajar kerana kesukaran untuk membawakan lagu-lagu tersebut tanpa ada sebarang pengaruh Misha yang sangat kuat identitinya.
Ketika minggu ke 9 Akademi Fantasia 2 Misha dijemput sebagai pengkritik jemputan sekaligus menjadikan beliau sebagai pengkritik paling muda yang pernah diundang Akademi Fantasia (22 tahun).
Setakat ini belum ada peserta AF yang mendapat 100% kritikan positif apabila mendendangkan lagu-lagu Misha. Berikut adalah senarai peserta AF yang pernah mendapat lagu-lagu Misha. 19 peserta pernah menyanyikan 11 lagu Misha dan yang menariknya 14 daripada mereka bergelar finalis AF.
| Lagu-lagu Misha sebagai tugasan di Akademi Fantasia |
| Musim |
Peserta |
Lagu |
Minggu Persembahan |
Nota |
| AF1 (2003) |
Nana (Nurul Hana Che Mahazan) |
Halaman Cinta |
5 |
- Nana menghabiskan lagu ini dengan tangisan kerana gagal menyampaikan dengan baik selain diganggu hurungan lalat ketika menyanyi.
- Kudsia Kahar, Azwan Ali & Siti Nurhaliza sekadar memberi kritikan sederhana terhadap persembahan Nana.
|
| Liza (Nurlizawaty Mohd Ismail) |
Bunga-bunga Cinta |
7 |
- Liza merupakan finalis AF1.
|
| AF2 (2004) |
Linda Nanuwil |
Semoga Abadi |
2 |
- Linda menyanyi sambil diserikan dengan buih sabun.
- Pengkritik undangan, Yusof Haslam memberikan gelaran Pesona Bintang kepada Linda manakala Farihin Abdul Fatah menyelar masalah low note Linda yang merosakkan lagu ini.
- Linda tersingkir minggu ke 8 dan diserapkan semula ketika final.
|
| Zarina Zainoordin |
Pulangkan |
5 |
- Zarina menyanyi bersama Sahri AF1 untuk lagu ini.
- Andy (Flop Poppy) mengkritik nyanyian sengau Zarina, manakala Shuhaimi Baba yang juga penulis lirik lagu ini memberi komen sederhana.
|
| AF3 (2005) |
Idayu (Nur Farah Idayu) |
Tiada Lagi Tangisan |
4 |
- Persembahan mendapat pujian pengkritik, namun Idayu tersingkir.
- Penyanyi Aishah hadir memberi sokongan, biarpun beliau merupakan penyanyi semula lagu ini.
|
| Marsha (Marsha Milan Londoh) |
Destiny |
6 |
- Marsha mempersembahkan lagu ini dengan iringan piano yang dimainkannya sendiri
- Pengkritik Adlin Aman Ramli 'menobatkan' Marsha sebagai 'juara'.
|
| Akma (Asiahtunakma Abdullah) |
Hati Keliru |
6 |
- Akma menambah bahagian rap yang dinyanyikan seorang lagi peserta, Aidil.
- Pengkritik Iman Wan dan Sharifah Aini memberi komen membina.
|
| Amylea Azizan & Marsha Londoh |
Bunga-bunga Cinta secara medley bersama 3 lagu lain. |
9 |
- Minggu terakhir sebelum final dimana lagu BBC diletakkan dalam medley lagu-lagu ciptaan Adnan Abu Hassan selain Jerat Percintaan, Gubahan Rindu Puisi Syahdu, & Tangisan Dalam Kerinduan.
- Amylea & Marsha mendapat komen sederhana daripada Suraya Alatas & Vince Chong.
- Kedua-dua peserta ini mara ke final.
|
| AF4 (2006) |
Farhan Azizan |
Tak Ingin Lagi |
4 |
- Noraniza Idris memperbetulkan beberapa patah nyanyian Farhan manakala Harun Salim Bachik berpuas hati.
- Farhan mara ke final AF4
|
| AF5 (2007) |
Heliza Helmi |
Nafas Cahaya |
6 |
- Fauziah Ahmad Daud, Hattan, Fauziah Latiff dan Kudsia Kahar menyifatkan nyanyian Heliza mirip Siti Nurhaliza serta kepayahan membawa lagu ini.
- Fauziah Latiff mengkritik nada suara Heliza yang sedikit mendatar.
- Heliza mara ke final AF5.
|
| Candy (Candra Clement) |
Dedebu Cinta |
10 (Final) |
- Semua pengkritik sekadar berpuas hati dengan persembahan vokal Candy.
- Candy merupakan peserta pertama menyanyikan lagu Misha di final AF.
|
| AF6 (2008) |
Mama Rina (Harina Abdul Halim) |
Ku Seru |
2 |
- Aidit Alfian menyifatkan nyanyian Mama Rina sekadar cukup makan.
|
| Top 6 (Nadia, Nubhan, Stacy, Stanley, Toi & Riz) |
Sembunyi |
8 |
- Pengkritik sekadar berpuas hati.
- Semua mara ke final AF6 kecuali Stanley.
|
| AF7 (2009) |
Isma (Ismaliza Ismail) |
Cinta Adam dan Hawa |
10 (Final) |
- Edrie Hashim, Khatijah Ibrahim & Hattan menyifatkan suara Isma tidak kena dengan lagu yang sukar ini.
- Isma peserta AF yang kedua membawakan lagu Misha di final.
- Misha melawat Isma di akademi pada minggu terakhir untuk memberi tunjuk ajar dan semangat.
|
|
|
|
|
|
|
| Album studio |
|
|
| Album kompilasi |
|
|
| Single |
|
|
| Lagu-lagu lain |
|
|
| Filem |
|
|
| Teater |
|
|
| Pengacaraan TV |
|
|
| Mentor |
|
|