Laluan Jingga (Metro Montreal)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Laluan Jingga لالوان جيڠݢ
Logo Laluan Jingga Metro Montreal
Stesen Snowdon di laluan Jingga
Stesen McGill yang terletak di Laluan Jingga
Umum
Nama asalLigne orange
Ligne 2
JenisAlihan laju
Sistem Metro Montreal
StatusBeroperasi
LokasiMontreal
 Quebec
 Kanada
TerminalCôte-Vertu
Montmorency
Stesen31
Operasi
Dibuka14 Oktober 1966
Sambungan terakhir28 April 2007
PengendaliPerbadanan Pengangkutan Montreal (STM)
Stok kereta apiMR-73, MPM-10
Teknikal
Panjang aliran30.0 km (18.6 bt)
Tolok landasan1,435 milimeter (4 ka 8.5 in) (tolok piawai)
PengelektrikanRel ketiga, 750 V DC pada bar panduan di kedua-dua sisi landasan
Kelajuan operasi40 km/j (25 mph)

Laluan Jingga (Perancis: Ligne orange) atau juga dikenali sebagai Laluan 2 merupakan salah satu daripada empat laluan kereta api bagi Metro Montreal di Montreal, Quebec, Kanada. Ia membentuk sebahagian daripada rangkaian asal dan telah dilanjutkan dari tahun 1980 hingga 1986. Pada 28 April 2007, tiga stesen baru di Laval dibuka, menjadikannya laluan kedua yang menjangkau dari pulau Montreal.

Panjang laluan Jingga ialah 30 kilometer (19 bt) dan ia mempunyai 31 buah stesen. Laluan ini merupakan laluan kereta api bawah tanah (metro) terpanjang di Montreal dan yang kedua terpanjang di Kanada selepas Laluan Yonge–University bagi Kereta Api Bawah Tanah Toronto. Seperti rangkaian metro yang lain, laluan ini juga sepenuhnya berada di bawah tanah. Ia mempunyai bentuk seperti huruf U, dari stesen Côte-Vertu di barat laut Montreal sehingga ke Montmorency di Laval, timur laut Montreal.

Stesen[sunting | sunting sumber]

Stesen Tarikh pembukaan Nama jalan Asal-usul nama
Côte-Vertu 3 September 1986 Jalan Côte-Vertu Notre-Dame-de-la-Vertu (Our Lady of Virtue), nama kawasan itu pada abad ke-18
Du Collège 9 January 1984 Jalan Du Collège Kolej Pendidikan Umum dan Profesional Saint-Laurent
De La Savane Jalan De la Savane savane - "savana" atau "paya" dalam bahasa Perancis Quebec
Namur Jalan Namur Namur, Belgium
Plamondon 29 Jun 1982 Lebuh Plamondon Antoine Plamondon, pelukis Québécois atau Rodolphe Plamondon,[1] seniman lirik Québécois
Côte-Sainte-Catherine 4 Januari 1982 Jalan Côte-Sainte-Catherine Côte Sainte-Catherine, nama abad ke-18 bagi kawasan Outremont
Snowdon

Pertukaran ke laluan Biru Laluan 5 – Biru

7 September 1981 (Laluan Jingga)
4 Januari 1988 (Laluan Biru)
Jalan Snowdon

Kejiranan Snowdon

Nama bekas tuan tanah di kawasan itu
Villa-Maria 7 September 1981 Sekolah Tinggi Villa-Maria Bentuk bahasa Latin untuk "Ville-Marie," nama lama bagi Montreal
Vendôme

Pertukaran ke perkhidmatan kereta api komuter AMT Kereta api komuter AMT

Lebuh De Vendôme Duke dari Vendôme
Place-Saint-Henri 28 April 1980 Place Saint-Henri Sebuah gereja yang dinamakan sempena Saint Henry II, untuk memperingati Father Henri-Auguste Roux
Lionel-Groulx

Pertukaran ke laluan Hijau Laluan 1 – Hijau

3 September 1978 (Laluan Hijau)

28 April 1980 (Laluan Jingga)

Lebuh Lionel-Groulx Father Lionel Groulx, sejarawan Quebec
Georges-Vanier 28 April 1980 Lebuh Hias Georges-Vanier Georges Vanier, Gabenor Jeneral Kanada
Lucien-L'Allier

Pertukaran ke perkhidmatan kereta api komuter AMT Kereta api komuter AMT

Jalan Lucien-L'Allier Lucien L'Allier, Pengurus Besar Suruhanjaya Transit ketika metro dibuka
Bonaventure

Kereta api komuter AMT

13 Februari 1967 Place Bonaventure Stesen Bonaventure
Jalan lama Bonaventure
St. Bonaventure, paderi dari Bagnoregio, Itali
Square-Victoria-OACI 7 Februari 1967 Dataran Victoria

Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa

Ratu Victoria

Berdekatan ibu pejabat ICAO

Place-d'Armes 14 Oktober 1966 Place d'Armes Tapak perhimpunan bersejarah untuk pertahanan bandar
Champ-de-Mars Champ de Mars Park Istilah biasa untuk tapak latihan ketenteraan (Mars, dewa peperangan)
Berri-UQAM

Pertukaran ke laluan Hijau Laluan 1 – Hijau Pertukaran ke laluan Kuning Laluan 4 – Kuning

14 Oktober 1966 (Laluan Hijau dan Jingga)

1 April 1967 (Laluan Kuning)

Jalan Berri

Universiti Quebec di Montreal

Nama diberikan oleh Migeon de Branssat pada 1669
Sherbrooke 14 Oktober 1966 Jalan Sherbrooke John Coape Sherbrooke, Gabenor Jeneral Amerika Utara British
Mont-Royal Lebuh Gunung Royal Gunung Royal
Laurier Lebuh Laurier Wilfrid Laurier, Perdana Menteri Kanada
Rosemont Lebuh Hias Rosemont

Kejiranan Rosemont

Dinamakan oleh pemaju U.-H. Dandurand sempena nama ibunya, née Rose Phillips
Beaubien Jalan Beaubien Keluarga pemilik tanah yang terkenal
Jean-Talon

Laluan 5 – Biru

14 Oktober 1966 (Laluan Jingga)
16 Jun 1986 (Laluan Biru)
Jalan Jean Talon Jean Talon, intendant Perancis Baru
Jarry 14 Oktober 1966 Jalan Jarry Stanislas Blénier dit Jarry père, pemilik tanah atau Honoré-Bernard Bleignier Jarry
Crémazie Lebuh Hias Crémazie Octave Crémazie, pemuisi Quebec
Sauvé Jalan Sauvé Nama seorang pemilik tanah
Henri-Bourassa Lebuh Hias Henri Bourassa Henri Bourassa, penulis jurnal dan ahli siasah Québécois
Cartier 28 April 2007 Lebuh Hias Cartier Sir George-Étienne Cartier ahli siasah Québécois dan Bapa Gabungan
De La Concorde

Pertukaran ke perkhidmatan kereta api komuter AMT Kereta api komuter AMT

Lebuh Hias De la Concorde Place de la Concorde di Paris
Montmorency Kolej Montmorency François de Montmorency-Laval, Biskop Roman Katolik Quebec dan pemilik tanah pulau Jesus (Laval)

Stok kereta api[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ McMillan, Barclay; Keillor, Elaine (25 Februari 2015). "Joseph-Marcel-Rodolphe Plamondon". The Canadian Encyclopedia.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]