Laluan Kuning (Metro Montreal)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Laluan Kuning
لالوان كونيڠ
Logo Laluan Kuning Metro Montreal
Stesen Jean-Drapeau
Stesen Jean-Drapeau yang terletak di Laluan Kuning
Umum
Nama asalLigne jaune
Ligne 4
JenisAlihan laju
Sistem Metro Montreal
StatusBeroperasi
LokasiMontreal
 Quebec
 Kanada
TerminalBerri-UQAM (utara)
Longueuil–Université-de-Sherbrooke (selatan)
Operasi
Dibuka1 April 1967
28 April 1967 (dibuka kepada orang awam)
PengendaliPerbadanan Pengangkutan Montreal (STM)
Stok kereta apiCanadian Vickers MR-63
Teknikal
Panjang aliran4.25 km (2.64 bt)
Tolok landasan1,435 milimeter (4 ka 8.5 in) (tolok piawai)
PengelektrikanRel ketiga, 750 V DC pada bar panduan di kedua-dua sisi landasan
Kelajuan operasi40 km/j (25 mph)

Laluan Kuning (Perancis: Ligne jaune) atau juga dikenali sebagai Laluan 4 merupakan satu laluan kereta api bagi Metro Montreal, yang terletak di Montreal, Quebec, Kanada. Ia menjadi popular apabila ia dibuka kerana ia menghubungkan pusat bandaraya Montreal dengan Ekspo 67 dan La Ronde di Pulau Saint Helen (Île-Sainte-Hélène).

Laluan Kuning mempunyai tiga buah stesen dan melalui di bawah Sungai St. Lawrence di antara pulau Montreal dan Longueueil. Laluan ini adalah sebahagian daripada rangkaian asal metro dan dinomborkan bersempena dengan Laluan 3, laluan yang kemudiannya telah dibatalkan. Ia juga merupakan laluan kereta api pertama yang berkhidmat di luar pulau. Kesemua tiga stesen pada laluan Kuning ini telah dinamakan semula sejak pembukaannya.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada November 1961, Majlis Bandaraya Montreal bercadang untuk membina rangkaian metro. Laluan Kuning (Laluan 4) bukanlah sebahagian daripada rancangan asal. Setahun kemudian, Montreal membida untuk menjadi tuan rumah Pesta Sedunia 1967 (Ekspo 67) telah diterima. Pembinaan Laluan Merah (Laluan 3) telah dibatalkan dan sebagai ganti Laluan Kuning telah dibina untuk membangunkan tapak pameran di dua pulau di Sungai St. Lawrence dan untuk menghubungkan pinggir bandar Longueuil yang kian pesat.[1]

Pembukaan laluan ini ditetapkan pada 1 April 1967. Pada empat minggu pertama, stesen di pulau Saint Helen digunakan hanya untuk pekerja binaan di tapak Ekspo. Ia akhirnya dibuka kepada orang awam pada 28 April 1967, sehari selepas pembukaan rasmi Ekspo 67.

Stesen[sunting | sunting sumber]

Stesen Tarikh dibuka Nama jalan Asal-usul nama
Berri-UQAM
dahulunya Berri-de Montigny

Pertukaran ke laluan Hijau Laluan 1 – Hijau
Pertukaran ke laluan Jingga Laluan 2 – Jingga

14 Oktober 1966
(Laluan Hijau dan Jingga)

28 April 1967
(Laluan Kuning)

Jalan Berri Nama diberikan oleh Migeon de Branssat pada 1669
Universiti Quebec di Montreal
Jalan De Montigny Keluarga Testard de Montigny
Jean-Drapeau
dahulunya Île Sainte-Hélène
28 April 1967 Taman Jean Drapeau Jean Drapeau, datuk bandar Montreal
Île Sainte-Hélène (Pulau Saint Helen) Dinamakan oleh Samuel de Champlain untuk isterinya, Hélène Boullé
Longueuil–Université-de-Sherbrooke
dahulunya Longueuil
Bandar Longueuil Mungkin nama sebuah pekan di Normandie
Universiti Sherbrooke, kampus Longueuil John Coape Sherbrooke, bekas Gabenor Jeneral Amerika Utara British

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Le 14 octobre 1966, le public a enfin accès au métro!" (dalam bahasa Perancis). Perbadanan Pengangkutan Montreal. Dicapai pada 7 September 2012.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]