Lapangan Terbang Sheremetyevo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Lapangan Terbang Sheremetyevo
Международный аэропорт Шереметьево
IATA: SVOICAO: UUEE
Rumusan
Destinasi Moscow
Lokasi Chashnikovo, Moscow, Russia
Ketinggian AMSL 192.02 m / 629.99 ft
Koordinat Latitud N55* 58.3000', Longitud E37* 24.9000'
Laman sesawang http://www.svo.aero


Lapangan Terbang Sheremetyevo (IATA: SVOICAO: UUEE) adalah sebuah lapangan terbang yang terletak di bandar Moscow, Russia. Lapangan terbang ini menjadi lapangan terbang terbesar Russia dari segi pengendalian penumpang. [1] Lapangan Terbang Sheremetyevo terletak pada kedudukan Latitud N55* 58.3000', Longitud E37* 24.9000' pada ketinggian 192.02 meter dari aras laut. Asalnya lapangan terbang ini hanya digunakan untuk kegunaan ketenteraan Soviet Union pada 1957.

Asal Nama[sunting | sunting sumber]

Nama Sheremetyevo berasal dari dua tempat berhampiran lapangan terbang tersebut iaitu Kampung Sheremetyevsky dan Stesen Kereta Api Savelov. [2].

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada 1 September 1953, dekri dari Jemaah Menteri Soviet Union mengarahkan pembinaan sebuah lapangan terbang tentera di kawasan Chashnikovo. Kerajaan menghantar pasukan khas tentera pada 25 Oktober 1953, menandakan permulaan pembinaan. [2]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. profil SVO, profil korporat
  2. 2.0 2.1 sejarah SVO, sejarah

Pautan luar[sunting | sunting sumber]