Laporan 1800

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Laporan 1800 (Bahasa Inggeris: [Report of 1800] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)) adalah satu resolusi yang digubal oleh James Madison yang membahas mengenai kedaulatan negeri masing-masing dibawah Perlembagaan Amerika Syarikat dan menentang Akta Orang Asing dan Hasutan.[nota 1] Diterima pakai oleh Perhimpunan Agung Virginia pada Januari 1800, laporan itu meminda hujah daripada Resolusi Virginia 1798 dan cuba untuk menyelesaikan kritikan kontemporari terhadap Resolusi. Laporan itu merupakan pengutaraan penting terakhir Perlembagaan yag dihasilkan sebelum pesanan veto Rang Undang-undang Bonus 1817 oleh Madison, yang telah dianggap sebagai "Bapa Perlembagaan".[nota 2]

Hujah-hujah dibuat dalam Resolusi dan Laporan kemudiannya digunakan secara kerap ketika krisis pembubaran 1832, apabila Carolina Selatan mengisytiharkan tarif persekutuan tidak berperlembagaan dan tidak sah di dalam negeri. Madison menolak konsep pembubaran dan tanggapan bahawa hujah-hujahnya menyokong amalan sedemikian. Adakah teori Republikanisme Madison benar-benar menyokong pergerakan pembubaran dan lebih luas lagi adakah gagasan yang beliau nyatakan di antara tahun 1798 dan 1800 adalah konsisten dengan kerjanya sebelum dan selepas tempoh ini, merupakan persoalan utama yang mengelilingi Laporan itu dalam kesusasteraan moden.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

James Madison, penulis Laporan dan Presiden ke-4 Amerika Syarikat

James Madison, seorang ahli Parti Demokratik–Republikan telah dipilih ke Perhimpunan Agung Virgina yang dikuasai oleh Demokratik–Republikan dari kaunti Orange pada 1799. Perkara utama dalam agendanya ialah mempertahankan Resolusi Virginia 1798 Perhimpunan Agung, di mana Madison telah menjadi penggubal undang-undang.[nota 3] Resolusi itu biasanya dibincangkan bersama dengan resolusi sezaman oleh Thomas Jefferson iaitu Resolusi Kentucky, di mana ia merupakan respons kepada pelbagai tindakan yang dilakukan oleh pemerintah kebangsaan yang didominasi oleh golongan Federalis. Tindakan yang paling ketara adalah Akta Orang Asing dan Hasutan, empat undang-undang yang membenarkan Presiden mengusir orang asing mengikut kehendaknya, memerlukan tempoh yang lebih lama sebelum orang asing boleh menjadi warganegara serta menjadikan bahan terbitan yang berniat jahat dan fitnah terhadap pemerintah dan pegawainya sebagai satu jenayah. Pihak Demokratik–Republikan berasa marah akan undang-undang tersebut; Madison dan Jefferson mendraf Resolusi yang sangat penting untuk diguna pakai sebagai respons dari badan-badan perundangan negeri Virginia dan Kentucky.

Resolusi Virginia dan Kentucky menerima jawapan yang sangat kritis dari badan-badan perundangan sejak tahun ia dikeluarkan. Tujuh negeri secara rasmi memberi response menolak resolusi itu,[nota 4] tiga negeri meluluskannya sebagai tanda penolakan,[nota 5] empat negeri lain tidak mengambil sebarang tindakan dan tiada negeri-negeri lain yang menyokong resolusi itu. Sebab kritikan tersebut adalah Perhimpunan Agung, yang diketuai oleh penyokong kedaulatan negeri, John Taylor yang meletakkan kedaulatan negeri berputar pada Resolusi Virginia 1798 walaupun harapan Madison. Jawapan-jawapan ini menegaskan bahawa Mahkamah Agung Amerika Syarikat mempunyai tanggungjawab utama untuk memutuskan sam ada undang-undang persekutuan adalah mengikut perlembagaan dan perlu.[2][nota 6] Pihak Federalis menuduh Demokratik–Republikan mencari perpecahan, malah berfikir untuk membuat keganasan.[5] Pada masa itu, beberapa tokoh Demokratik–Republikan Virginia yang utama seperti Rep. William Branch Giles (di khalayak ramai) dan Taylor (secara peribadi) sebenarnya menimbang untuk membuat perpecahan dan Perhimpunan Agung Virginia memilih waktu itu untuk membangunkan gedung senjata negeri yang baru di Richmond, jadi terdapat beberapa kebenaran bagi tuduhan tersebut.

Jefferson, pemimpin parti Demokratik–Republikan dan kemudiannya Naib Presiden, menulis kepada Madison pada Ogos 1799 yang menggariskan kempen untuk memperkuat sokongan awam terhadap prinsip-prinsip yang diungkapkan dalam Resolusi Virginia dan Kentucky 1798 (biasanya dirujuk sebagai "prinsip-prinsip '98"):

“Bahawa prinsip-prinsip itu telah dimajukan oleh Virginia & Kentucky, yang tidak akan tunduk dengan diamnya, saya anggap kita semua bersetuju. Saya harus mencadangkan satu pengisytiharan Resolusi oleh perundangan mereka dalam rancangan ini. Pertama. Menjawab pendirian-pendirian dari negeri-negeri yang terlibat dalam sebab itu, & dari Jawatankuasa Kongres. ... 2. Membuat bantahan tegas terhadap prinsip & duluan; dan usul hak yang memberi akibat kepada kita daripada pelanggaran-pelanggaran ketara perjanjian perlembagaan ini oleh pemerintah Persekutuan, ... 3. Meluahkan dengan bahasa yang berkasih sayang dan damai untuk pengikatan hangat kita kepada kesatuan dengan negeri-negeri saudara kita, dan dengan sebab & prinsip yang membuatkan kita bersatu; … dengan sepenuhnya yakin bahawa sikap wajar rakyat Amerika dan pengikatan mereka untuk berhimpun bersama kita mengenai prinsip sebenar perjanjian persekutuan kita. Tetapi tentunya, adalah kita kecewa akan perkara ini, untuk memutuskan diri kita daripada kesatuan yang kita hargai, daripada melepaskan hak-hak memerintah sendiri dimana kita pelihara, & dalam mana kita melihat kebebasan, keselamatan & kebahagiaan.[nota 7]

Sebagai jawapan kepada surat ini, Madison melawat Jefferson di Monticello ketika minggu pertama bulan September.[7]Perbincangan mereka adalah penting kerana ia meyakinkan Jefferson untuk meinggalkan pendirian radikalnya mengenai pemisahan daripada Kesatuan, yang dinyatakan pada akhir petikan di atas. Sekurang-kurangnya, Virginia atau Kentucky mengambil pendirian sedemikian secara terbuka yang mewajarkan serangan Federalis terhadap kecenderungan penyokong pemisahan Demokratik–Republikan. Madison berjaya memenangi hati Jefferson yang tidak lama kemudian menulis kepada Wilson Cary Nicholas: “Dari [kedudukan ini] saya bersedia untuk berundur, bukan sahaja sebagai menghormati pendapat [Madison] tetapi atas sebab kita tidak seharusnya berfikir akan pemisahan tetapi untuk pelanggaran yang berulang dan besar, jadi ini, apabila berlaku, akan memberi kesan kepada diri mereka.”[nota 8] Adrienne Koch dan Harry Amon, menilai penulisan surat Jefferson dan menyimpulkan bahawa Madison mempunyai peranan yang penting "dalam melembutkan pandangan Jefferson yang lebih melampau".[9]

Jefferson berharap untuk terus terlibat dengan pengeluaran Laporan dan merancang untuk melawat Madison di Montpelier ketika beliau dalam perjalanan ke Philadelphia untuk sesi musim sejuk persidangan Kongres Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun, James Monroe yang akan menjadi Gabenor Virginia sebelum akhir tahun, melawat Jefferson di Monticello dan m, emberi amaran kepadanya ketika bertemu dengan Madison kerana satu lagi pertemuan antara dua pemimpin Demokratik–Republikan yang paling penting akan menimbulkan komen umum yang signifikan.[10] Tugas menulis Laporan Virginia hanya ditugaskan kepada Madison. Jefferson menggariskan kepentingan kerja ini dalam satu surat bertarikh 26 November kepada Madion di mana beliau mengenal pasti "pengakuan terhadap pelanggaran prinsip sebenar perlembagaan kita" sebagai satu daripada empat unsur utama rancangan Parti Demokratik–Republikan.[nota 9]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Laporan ini juga dikenali sebagai Laporan Virginia 1800, Laporan 1799, Laporan Madison atau Laporan mengenai Akta Orang Asing dan Hasutan.
  2. ^ Lihat, contoh subjudul Brant "Father of the Constitution".[1]
  3. ^ Madison pada asalnya memutuskan untuk menjawat jawatan itu terutamanya untuk mengatasi toko Federalis terkemuka Patrick Henry, yang telah terpilih untuk ke Dewan. Walau bagaimanapun, Henry meninggal dunia ketika musim panas, membiarkan pihak Demokratik–Republikan secara bebas untuk meneruskan rancangan mereka tanpa pembangkang yang yang penting.[2]
  4. ^ Tujuh negeri yang membuat penolakan secara rasmi adalah Delaware, Massachusetts, New York, Connecticut, Rhode Island, New Hampshire dan Vermont.[3]
  5. ^ Maryland, Pennsylvania dan New Jersey meluluskan resolusi yang tidak menyetujui resolusi Kentucky dan Virginia, tetapi negeri-negeri ini tidak menghantar jawapan rasmi kepada Kentucky dan Virginia.[4]
  6. ^ Sekurang-kurangnya enam negeri memberi respons kepada resolusi Virginia dan Kentucky dengan menyatakan bahawa kuasa untuk mengisytiharkan suatu undang-undang itu tidak berperlembagaan terletak pada badan kehakiman persekutuan, bukannya negeri-negeri. Contohnya, resolusi Vermont menyatakan: "Ia bukannya milik badan perundangan negeri untuk menentukan keperlembagaan undang-undang yang dibuat oleh pemerintah umum; kuasa ini secara eksklusif terletak pada mahkamah kehakiman Kesatuan."[3] Negeri-negeri yang lain mengambil kedudukan bahawa keperlembagaan undang-undang persekutuan adalah persoalan untuk mahkamah persekutuan, bukan negeri-negeri adalah New York, Massachusetts, Rhode Island, New Hampshire, dan Pennsylvania. Gabenor Delaware juga mengambil kedudukan ini.[4]
  7. ^ Surat daripada Jefferson kepada Madison pada 23 Ogos 1799.”[6]
  8. ^ Surat daripada Jefferson kepada W.C. Nicholas pada 5 September 1799.[8]
  9. ^ Surat daripada Jefferson kepada Madison pada 26 November 1799.[11]

Umum[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Brant (1950)
  2. ^ a b Madison (1797–1801), hlmn. 303
  3. ^ a b Elliot, Jonathan (1907) [1836]. Debates in the Several State Conventions on the Adoption of the Federal Constitution. 4 (ed. kedua yang dikembangkan). Philadelphia: Lippincott. m/s. 538–539. ISBN 0-8337-1038-9.
  4. ^ a b Anderson, Frank Maloy (1899). "Contemporary Opinion of the Virginia and Kentucky Resolutions" . American Historical Review. 5: 45–63, 225–244.
  5. ^ Koch dan Ammon (1948), hlmn. 163
  6. ^ Koch dan Ammon (1948), hlmn. 165–166
  7. ^ Madison (1797–1801), hlmn. 304
  8. ^ Brant (1950), hlmn. 467
  9. ^ Koch dan Ammon, hlmn. 167
  10. ^ Koch dan Ammon, hlmn. 169–170
  11. ^ Koch dan Ammon, hlmn. 170

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Brant, Irving (1950). James Madison: Father of the Constitution, 1787–1800. Indianapolis: Bobbs-Merrill Company, Inc. ASIN B0007FE8EW. — Lihat di halaman 466–471 terutamanya yang meliputi tempoh yang diperiksa di sini; buku ini adalah jilid ketiga daripada enam biografi Madison karya oleh Brant, yang merupakan biografi ilmiah yang paling terperinci sehingga kini diterbitkan.
  • Gibson, Alan (2002). "The Madisonian Madison and the Question of Consistency: The Significance and Challenge of Recent Research". Review of Politics. Cambridge University Press (untuk Universiti Notre Dame du lac bagi pihak Review of Politics. 64: 311–338. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  • Gutzman, Kevin R. (1995). "A Troublesome Legacy: James Madison and 'The Principles of '98'". Journal of the Early Republic. University of Pennsylvania Press (bagi pihak Persatuan Sejarawan Republik Amerika Awal). 15: 569–589. doi:10.2307/3124014.
  • Gutzman, Kevin R. Constantine (2000). "The Virginia and Kentucky Resolutions Reconsidered: 'An Appeal to the Real Laws of Our Country'". Journal of Southern History. Persatuan Sejarah Selatan. 66: 473–496. doi:10.2307/2587865.
  • Gutzman, Kevin R. C. (2007). Virginia's American Revolution: From Dominion to Republic, 1776–1840. Lanham, Maryland: Lexington Books. ISBN 978-0739121313.
  • Koch, Adrienne; Amon, Harry (1948). "The Virginia and Kentucky Resolutions: An Episode in Jefferson's and Madison's Defense of Civil Liberties". William and Mary Quarterly. 5 (ke-2): 145–176. doi:10.2307/1917453. JSTOR 1917453.
  • Lash, Kurt T. (2006). "James Madison's Celebrated Report of 1800: The Transformation of the Tenth Amendment". George Washington Law Review. 74: 165–200.
  • Madison, James (Mac 1797–Mac 1801). David B. Mattern (penyunting). The Papers of James Madison. 17. Charlottesville: University Press of Virginia. Check date values in: |date= dan |year= / |date= tidak padan (bantuan) — Laporan itu muncul di halaman 303–351. Catatan editorial di halaman 303–306 digunakan dengan banyak dalam rencana ini.
  • McCoy, Drew (1989). The Last of the Fathers: James Madison & the Republican Legacy. Cambridge: Cambridge University Press. ASIN B004HP26EW.
  • Nixon v. Shrink Missouri Government PAC, 2000, 528 AS 377
  • Powell, H. Jefferson (1994). "The Principles of '98: An Essay in Historical Retrieval". Virginia Law Review. 80: 689–743. doi:10.2307/1073630.
  • Roth v. United States, 1957, 354 AS 476 no-break space character in |title= at position 5 (bantuan)
  • Thornhill v. State of Alabama, 1940, 310 AS 88
  • Yarbrough, Jean (1985). "Rethinking 'The Federalist's View of Federalism'". Publius. 1. 15: 31–53.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]