Larry Sanger

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Larry Sanger

Lawrence Mark "Larry" Sanger (lahir 16 Julai 1968) ialah pengelola untuk pelbagai projek ensiklopedia dalam talian, terutamanya Wikipedia yang merupakan sebuah ensiklopedia kerjasama yang bebas dan terbuka dalam talian. Beliau juga memperkembangkan banyak daripada polisi-polisi Wikipedia.

Dilahirkan di Bellevue, Washington, dan dibesarkan di Anchorage, Alaska, Sanger menerima ijazah Sarjana Muda Sasteranya dalam bidang falsafah daripada Kolej Reed pada tahun 1991 dan ijazah kedoktorannya dalam bidang yang sama daripada Universiti Ohio State pada tahun 2000. Tesis kedoktorannya adalah berkenaan dengan Kebulatan Epistemik: Esei mengenai Masalah Justifikasi Meta.


Nupedia dan Wikipedia[sunting | sunting sumber]

Sanger digajikan oleh syarikat Bomis yang dimilik oleh Jimmy Wales sebagai Ketua Penyunting Nupedia. Sebagai gerak balas terhadap kekecewaan yang disebabkan oleh kemajuan Nupedia yang terlalu perlahan, Sange mencadangkan penciptaan wiki pada Januari 2001 untuk mendorong perkembangan rencana-rencana. Hasil cadangannya itu ialah Wikipedia. Disebabkan kedudukannya dalam Nupedia, Sanger menganjur, memberikan nama, serta merumuskan kebanyakan polisi yang asal untuk Wikipedia. Beliau merupakan penyunting berbayar yang tunggal di Wikipedia dari 15 Januari 2001 sehingga peletakan jawatannya pada 1 Mac 2002.

Sanger mengusahakan dan mempromosikan kedua-dua projek Nupedia dan Wikipedia sehingga Bomis menamatkan bayarannya pada Februari 2002. Sanger meletakkan jawatannya sebagai Ketua Penyunting untuk Nupedia dan "ketua pengelola" untuk Wikipedia (beliau tidak pernah menuntut gelaran rasmi dalam Wikipedia) pada 1 Mac 2002. Alasan rasminya untuk meletakkan jawatan adalah bahawa beliau tidak dapat memberikan sumbangan yang wajar sebagai sukarelawan sambilan. Kemudian, pada Disember 2004, Sanger menulis sebuah rencana kritis untuk laman web Kuro5hin yang mengakui bahawa "suasana sosial atau politik dalam projek itu yang merosakkan nama baiknya" adalah alasannya untuk meletakkan jawatan. Nupedia tidak dapat maju tanpa pimpinan Sanger pada tahun yang berikut, ia ditutup. Sebaliknya, Wikipedia terus bertumbuh dan semakin bertambah kuat.

Sanger sering dianggap sebagai pengasas Wikipedia bersama-sama dengan Wales; bagaimanapun, sejak tahun 2004, Wales mula menolak penghargaan kepada Sanger, dan menganggap dirinya sebagai pengasas tunggal. Walaupun Wales mengakui bahawa Sanger memainkan peranan yang mustahak dalam perkembangan Wikipedia, beliau menegaskan bahawa Sanger merupakan pekerja di bawah arahannya.

Sewaktu mendakwa bahawa beliau "menyedari kebaikan Wikipedia dengan sepenuhnya" dan benar-benar mengetahui serta menyokong "misi dan garis-garis kasar polisi Wikipedia", Sanger mengatakan bahawa terdapatnya masalah-masalah yang serius dalam projek itu. Beliau menulis tentang ketiadaannya persepsi awam terhadap kebolehpercayaan, dan projek itu terlalu menonjolkan "pengguna-pengguna yang cerewet, trol-trol dan subahat-subahat mereka". Sanger mengatakan bahawa masalah-masalah ini tertimbul disebabkan oleh "sikap anti elitisme, iaitu sikap tidak hormat terhadap kepakaran". Rencana Sanger itu menimbulkan banyak perbalahan di dalam komuniti blog serta mengakibatkan tindak balas daripada media berita.

Pencipta konsep Wikipedia[sunting | sunting sumber]

Terdapatnya perdebatan tentang peranan Sanger dalam penciptaan Wikipedia serta setakat mana beliau telah diberikan penghargaan yang tepat untuk sumbangannya. Sanger telah mendakwa bahawa beliau adalah yang "memikirkan gagasan" untuk Wikipedia dan yang mengasaskannya bersama-sama dengan Wales, tetapi Wales mempertikaikan kenyataan itu.

Sebahagian daripada perbezaan dari segi pandangan mungkin terdiri daripada perbezaan antara istilah "sumber terbuka" dan "wiki" serta Nupedia lawan Wikipedia. Sanger mengaku bahawa Wales seorang sahaja yang memikirkan gagasan ensiklopedia untuk disumbang oleh orang-orang bukan pakar sewaktu mengasaskan Nupedia. Beliau berkata: "Supaya dapat gambaran yang jelas, gagasan untuk ensiklopedia kerjasama sumber terbuka yang dibukakan untuk sumbangan orang biasa merupakan gagasan Jimmy pada seluruhnya, bukan gagasan saya (tekanan daripada teks asal).

Bagaimanapun, Sanger mempertahankan bahawa beliau adalah orang yang mengemukakan konsep wiki kepada Wales, serta yang mencadangkan bahawa penggunaan untuk Nupedia. Menurut Sanger, Wales pada mulanya ragu-ragu tetapi bersetuju mencuba. (Wales telah mendakwa bahawa Jeremy Rosenfeld ialah orang yang pertama untuk mencadangkan gagasan wiki kepadanya). Sanger juga mempertahankan bahawa beliau adalah orang yang "mencipta nama "Wikipedia" yang merupakan nama yang mengarut untuk projek yang pada mulanya kelihatan mengarut."[1]

(NOTA: Menurut undang-undang Malaysia, semua sumbangan yang dibuat oleh seseorang semasa menjalani tugasnya sebagai pekerja merupakan hak milik majikannya. Oleh sebab Sanger dibayar gaji untuk mengerjakan Wikipedia, beliau tidak boleh menuntut diri sebagai pengasas Wikipedia di sisi undang-undang Malaysia.)

Selepas Wikipedia[sunting | sunting sumber]

Selepas Wikipedia, Sanger menyertai semula bidang akademik sebagai pensyarah di Universiti Ohio State, dan mengajar falsafah sehingga Jun 2005. Minat profesionalnya ialah epistemologi dengan tumpuan kepada falsafah moden awal dan etika. Pada masa lapangnya, Sanger bermain biola dan mengajar muzik tradisional Ireland di Columbus dan Dayton, Ohio.

Sanger merupakan pengasas dan penyunting eksekutif bagi laman web "Ulasan Sanger untuk laporan-laporan Berita Y2K" ("Sanger's Review of Y2K News Reports") (dahulu di sangersreview.com), sebuah sumber untuk pemerhati-pemerhati Y2K. Beliau juga menguruskan sebuah tapak web mengenai tradisi biola Donegal.

Pada Disember 2005, Yayasan Digital Universe mengumumkan bahawa Sanger telah digajikan sebagai Pengarah Program-Program Kandungan Tersebar [2] dan beliau akan mengetuai sumber kandungan Ensiklopedia Digital Universe untuk projek web yang lebih besar yang akan dilancarkan pada awal 2006 Digital Universe Seeks to Become Free 'PBS of the Web'

Berbeza dengan Wikipedia, Ensiklopedia Digital Universe akan membawa masuk pakar-pakar untuk mengesahkan ketepatan rencana-rencana yang diserahkan oleh pengguna-pengguna, serta untuk menulis rencana-rencana mereka sendiri.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]