Layvin Kurzawa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Layvin Kurzawa
Kurzawa beraksi untuk PSG pada 2019
Maklumat peribadi
Nama penuh Layvin Marc Kurzawa[1]
Tarikh lahir (1992-09-04) 4 September 1992 (umur 31)[2]
Tempat lahir Fréjus, Perancis
Ketinggian 1.82 m (6 ka 0 in)[3]
Posisi permainan Bek kiri
Maklumat kelab
Kelab terkini
Paris Saint-Germain
Nombor 97
Kerjaya remaja
1996–2005 Stade Raphaëlois
2005–2007 Aix-en-Provence
2007–2010 Monaco
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2010–2015 Monaco 75 (6)
2015– Paris Saint-Germain 106 (10)
2022–2023Fulham (pinjam) 3 (0)
Pasukan kebangsaan
2010–2011 Perancis B19 8 (0)
2013 Perancis B20 2 (0)
2013–2014 Perancis B21 5 (3)
2014–2019 Perancis 13 (1)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 23:16, 3 Februari 2023 (UTC)

Layvin Marc Kurzawa (lahir 4 September 1992) merupakan seorang pemain bola sepak profesional Perancis yang beraksi di posisi bek kiri untuk kelab Ligue 1, Paris Saint-Germain.

Kurzawa memulakan kariernya bersama Monaco pada tahun 2010 dan seterusnya melakukan 96 penampilan dan menjaringkan lapan gol ketika bersama pasukan itu. Pada tahun 2015, beliau berpindah ke Paris Saint-Germain dengan nilai perpindahan sebanyak 23 juta euro.

Kurzawa melakukan penampilan sulungnya untuk pasukan senior Perancis pada tahun 2014.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Monaco[sunting | sunting sumber]

Kurzawa beraksi untuk Monaco pada 2014.

Kurzawa telah dilahirkan di Fréjus, Var.[4] Beliau melakukan penampilan sulungnya pada 22 September 2010 pada pusingan ketiga kejohanan Coupe de la Ligue menentang Lens di Stade Louis II. Beliau beraksi sebagai barisan kesebelasan utama sebelum dikeluarkan pada minit ke-65 dalam keputusan perlawanan yang berkesudahan dengan kemenangan 1–0.[5] Tiga hari kemudian, beliau melakukan penampilan pertamanya di Ligue 1 dalam aksi kekalahan 1-2 kepada Lorient. Kurzawa telah beraksi dalam empat perlawanan liga seterusnya dan musim itu menyaksikan pasukannya tersingkir ke Ligue 2. Pada 1 Mei 2011, beliau telah dibuang padang pada aksi terikat seri 1-1 menentang Saint-Étienne.[6] Beliau melakukan empat kemunculan ketika pasukannya bersaing di divisyen kedua sebelum pasukannya bergelar juara lalu melayakkan diri semula ke Ligue 1.

Kurzawa menjadi tonggak pasukan utama Monaco untuk menghadapi musim 2013–14 dengan melakukan 28 kemunculan liga di samping membantu pasukannya menduduki tangga kedua liga di belakang Paris Saint-Germain. Beliau juga menjaringkan lima gol. Jaringan golnya yang pertama dihasilkan ketika menewaskan Guingamp 2-0 pada 14 December 2013.[7]

Beliau telah menjaringkan gol dalam kedua-dua aksi Monaco menentang Young Boys pada pusingan ketiga kelayakan Liga Juara-Juara UEFA 2015-16 lalu meraih kemenangan 7-1 secara agregat.[8]

Paris Saint-Germain[sunting | sunting sumber]

Pada 27 Ogos 2015, Kurzawa menyertai juara Ligue 1, Paris Saint-Germain dengan nilai perpindahan sebanyak 23 juta euro dan menandatangani kontrak selama lima tahun.[9][10] Beliau melakukan penampilan sulungnya pada 11 September selepas menggantikan Maxwell pada minit ke-67 dalam aksi terikat seri 2-2 bertemu Bordeaux di Parc des Princes.[11] Beliau menjaringkan gol pertamanya untuk PSG pada 25 Oktober dengan menjaringkan gol pembukaan permainan yang berkesudahan kemenangan 4-1 diraih PSG ke atas Saint-Étienne.[12]

Kurzawa menjaringkan gol dan membantu jaringan Javier Pastore pada 6 Ogos 2016 semasa PSG merangkul kejohanan Trophée des Champions semasa menentang Lyon dengan kedudukan 4-1 di Klagenfurt, Austria.[13] Pada enam hari kemudian, beliau menjaringkan gol pertama PSG untuk kempen musim yang baru dalam aksi menewaskan Bastia melalui jaringan tunggal permainan oleh Kurzawa.[14] Pada 8 Mac 2017, beliau telah menjaringkan gol sendiri ketika pasukannya tersungkur 6–1 kepada Barcelona dalam pusingan 16 Liga Juara-Juara.[15]

Pada 31 Oktober 2017, Kurzawa menjaringkan hatrik pertama dalam kariernya ketika menentang Anderlecht dalam perlawanan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara.[16] Kurzawa menjadi pemain pertahanan pertama dalam sejarah Liga Juara-Juara Eropah untuk meraih pencapaian sedemikian.

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Kurzawa telah dilahirkan dalam keluarga yang mana bapanya merupakan orang Guadeloupe[17] manakala ibunya ialah orang Poland. Beliau telah dijemput untuk beraksi mewakili pasukan kebangsaan Poland.[18][19]

Beliau merupakan pemain belia antarabangsa Perancis dan pernah melakukan penampilan bersama pasukan bawah-19.[20] Pada 14 Oktober 2014, ketika perlawanan timbal balik play-off kelayakan Kejohanan Eropah Bawah-21 2015 menentang Sweden, Kurzawa meraikan jaringan gol Perancis dengan menyindir pemain-pemain Sweden melalui tabik hormat. Tidak lama kemudian, Sweden menjaringkan gol lalu memenangi perlawanan itu dengan kedudukan 4-1 sekali gus menyingkirkan Perancis untuk layak ke kejohanan akhir.[21][22] Sweden akhirnya menjuarai kejohanan itu dan seluruh pasukan meraikan kejayaan mereka dengan menggunakan cara sindiran Kurzawa.[23]

Pada 14 November 2014, beliau melakukan penampilan sulungnya bersama skuad senior selepas menggantikan Lucas Digne pada 20 minit terakhir ketika pasukannya terikat seri 1-1 menentang Albania.[24] Pada empat hari kemudian, beliau beraksi sebagai barisan kesebelasan utama Perancis ketika pasukannya meraih kemenangan tipis 1-0 ke atas Sweden sebelum beliau digantikan oleh Digne.[25]

Kurzawa menjaringkan gol antarabangsanya yang pertama pada 1 September 2016 untuk menundukkan Itali dengan kedudukan 3-1 pada perlawanan persahabatan yang berlangsung di Stadio San Nicola di Bari.[26]

Statistik kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Sehingga 11 Mac 2020.[27]
Kelab Musim Liga Piala Piala Liga Eropah Lain Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Perancis Monaco 2010–11 5 0 0 0 1 0 6 0
2011–12 4 0 0 0 0 0 4 0
2012–13 8 0 1 0 3 0 12 0
2013–14 28 5 1 0 0 0 29 5
2014–15 27 0 2 0 2 0 8[a] 0 39 7
2015–16 3 1 0 0 0 0 3[a] 2 6 3
Jumlah 75 6 4 0 6 0 11 2 96 8
Perancis Paris Saint-Germain 2015–16 16 3 4 0 4 0 1[a] 0 25 3
2016–17 18 2 1 0 1 0 5[a] 0 1[b] 1 26 3
2017–18 20 2 1 0 0 0 6[a] 3 1[b] 0 28 5
2018–19 19 1 2 0 0 0 0 0 0 0 21 1
2019–20 14 1 5 0 1 0 3[a] 0 0 0 23 1
Jumlah 87 9 13 0 6 0 15 3 2 1 123 13
Jumlah kerjaya 192 20 17 0 12 0 26 5 2 1 249 26
  1. ^ a b c d e f Penampilan di Liga Juara-Juara UEFA
  2. ^ a b Penampilan di Trophée des Champions

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Sehingga 25 Mac 2019.[28]
Pasukan kebangsaan Perancis
Tahun Kmncln Gol
2014 2 0
2016 4 1
2017 5 0
2019 2 0
Jumlah 13 1

Gol antarabangsa[sunting | sunting sumber]

# Tarikh Lokasi Pasukan lawan Skor Keputusan Kejohanan
1
1 September 2016 Bari, Itali  Itali
1–3
1–3
Persahabatan

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Monaco
Paris Saint-Germain

Individu[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Entreprise Ytk-Lk à Fréjus (83600)" [Company Ytk-Lk in Fréjus (83600)]. Figaro Entreprises (dalam bahasa French). 14 December 2018. Dicapai pada 12 June 2019.CS1 maint: unrecognized language (link)
    "Layvin Kurzawa". BFM Business (dalam bahasa French). Dicapai pada 12 June 2019.CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ "Layvin Kurzawa: Overview". ESPN. Dicapai pada 20 May 2020.
  3. ^ "Layvin Kurzawa 20". Paris Saint-Germain F.C. Dicapai pada 20 May 2020.
  4. ^ "Layvin Kurzawa: Profile". worldfootball.net. HEIM:SPIEL. Dicapai pada 20 May 2020.
  5. ^ "Monaco v. Lens Match Report" (dalam bahasa French). Ligue de Football Professionnel. 22 September 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 September 2010. Dicapai pada 22 September 2010.CS1 maint: unrecognized language (link)
  6. ^ "Layvin Kurzawa suspendu face au PSG" [Layvin Kurzawa suspended against PSG] (dalam bahasa French). PLANETE ASM. 1 May 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-14. Dicapai pada 13 March 2016.CS1 maint: unrecognized language (link)
  7. ^ "Martial magic for Monaco". Sky Sports. 14 December 2013. Dicapai pada 4 December 2014.
  8. ^ Creek, Stephen (4 August 2015). "Champions League round-up: Ajax crash out and Monaco cruise through". Goal.com. Dicapai pada 5 August 2015.
  9. ^ "KURZAWA SIGNS WITH PARIS SAINT-GERMAIN UNTIL 2020". Paris Saint-Germain F.C. 27 August 2015. Dicapai pada 27 August 2015.
  10. ^ Johnson, Jonathan (28 August 2015). "Layvin Kurzawa from Monaco to PSG a shrewd move by Ligue 1 champions". ESPN FC. Dicapai pada 28 November 2015.
  11. ^ "Paris Saint-Germain 2–2 Bordeaux: Trapp howler sees hosts slip against 10-man visitors". Goal.com. 11 September 2015. Dicapai pada 28 November 2015.
  12. ^ "PSG 4–1 St Etienne: Leaders stay unbeaten". Sky Sports. 25 October 2015. Dicapai pada 28 November 2015.
  13. ^ "New-look Paris Saint-Germain rout Lyon to win Trophee des Champions". ESPN FC. 6 August 2016. Dicapai pada 8 March 2017.
  14. ^ "Bastia 0–1 PSG". Sky Sports. 12 August 2016.
  15. ^ "Barcelona shatter PSG as Roberto caps absurd 6–1 comeback win". The Guardian. 8 March 2017. Dicapai pada 9 March 2017.
  16. ^ "KURZAWA HAT-TRICK SEES PSG THROUGH". BeinSports. 1 November 2017.
  17. ^ "Le Guadeloupéen Layvin Kurzawa appelé en équipe de France par Didier Deschamps" [Guadeloupean Layvin Kurzawa called up for the French team by Didier Deschamps]. France Info (dalam bahasa Perancis). France TV. 10 November 2014. Dicapai pada 30 March 2020.
  18. ^ "La fédération polonaise recrute sur Facebook" [The Polish FA is recruiting on Facebook]. 20 Minutes (dalam bahasa French). 18 January 2011. Dicapai pada 18 January 2011.CS1 maint: unrecognized language (link)
  19. ^ www.20min.ch, www.20minutes.ch, 20 Minutes, 20 Min,. "La fédération polonaise recrute sur Facebook".CS1 maint: extra punctuation (link)
  20. ^ "Kurzawa: "Un rêve éveillé"" (dalam bahasa French). French Football Federation. 2 September 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-10-07. Dicapai pada 22 September 2010.CS1 maint: unrecognized language (link)
  21. ^ "Sweden stun France with late goal in Euro U21 qualifier".
  22. ^ "France U-21 defender learns why you should never mock your opponents before the final whistle". Yahoo Sports. 15 October 2014. Dicapai pada 30 March 2020.
  23. ^ "Entire Sweden U21 Squad Make Complete Fool Out Of French Player Who Taunted Them...Again".
  24. ^ "Griezmann earns France draw with Albania". UEFA. 14 November 2014. Dicapai pada 15 November 2014.
  25. ^ "France 1–0 Sweden: Varane secures win for dominant Bleus". Goal.com. 18 November 2014. Dicapai pada 19 November 2014.
  26. ^ "Italy 1–3 France: Anthony Martial and Olivier Giroud score in French away win". Sky Sports. 1 September 2016. Dicapai pada 11 March 2017.
  27. ^ "L. Kurzawa: Summary". Soccerway. Perform Group. Dicapai pada 20 May 2020.
  28. ^ (Inggeris) Profil Kurzawa, Layvin di National-Football-Teams.com
  29. ^ "PSG champions as season ended". Ligue 1. 30 April 2020. Dicapai pada 30 April 2020.
  30. ^ "Paris Saint-Germain set record with fourth straight Coupe De France crown". Goal. Dicapai pada 8 May 2018.
  31. ^ "PSG thrash Monaco to win French Super Cup as Neymar plays 15 minutes". ESPN. Dicapai pada 4 August 2018.
  32. ^ "Mbappé and Di Maria Earn PSG First 2019–20 Trophy". ligue1.com. 3 August 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 August 2019. Dicapai pada 3 August 2019.
  33. ^ "Ibrahimovic named Player of Year". 12 May 2014. Dicapai pada 21 June 2014.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]