Ousmane Dembélé

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ousmane Dembélé
Dembélé bersama Perancis ketika Piala Dunia 2018
Maklumat peribadi
Nama penuh Masour Ousmane Dembélé[1]
Tarikh lahir (1997-05-15) 15 Mei 1997 (umur 26)[2]
Tempat lahir Vernon, Perancis
Ketinggian 1.78 m (5 ka 10 in)
Posisi permainan Penyerang
Maklumat kelab
Kelab terkini
Paris Saint-Germain
Nombor 10
Kerjaya remaja
2004–2009 Madeleine Évreux
2009–2010 Évreux
2010–2015 Rennes
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2015–2016 Rennes 26 (12)
2016–2017 Borussia Dortmund 32 (6)
2017–2023 Barcelona 127 (24)
2023– Paris Saint-Germain 4 (0)
Pasukan kebangsaan
2013–2014 Perancis B17 8 (4)
2014–2015 Perancis B18 5 (0)
2015 Perancis B19 3 (1)
2016 Perancis B21 4 (0)
2016– Perancis 39 (4)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 01:08, 27 Ogos 2023 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 12 September 2023

Masour Ousmane Dembélé (lahir 15 Mei 1997) merupakan seorang pemain bola sepak profesional Perancis yang beraksi di posisi penyerang untuk kelab Paris Saint-Germain dan pasukan kebangsaan Perancis.

Dembélé memulakan kerjayanya di kelab Rennes sebelum berpindah ke Dortmund pada tahun 2016. Beliau meraih gelaran DFB-Pokal bersama pasukan die Borussen pada musim 2016–17 dan turut menjaringkan gol pada perlawanan akhir. Pada setahun kemudian, beliau melakukan perpindahan ke Barcelona dengan bayaran awal bernilai 105 juta euro sekali gus menjadi pemain kedua termahal dalam sejarah selepas rakan senegaranya, Paul Pogba. Dembélé seterusnya meraih pencapaian "double" dengan menjuarai La Liga dan Copa del Rey pada musim pertamanya yang dihantui dengan kecederaan di Sepanyol.

Selepas tampil dalam 20 perlawanan dan menjaringkan lima gol pada peringkat belia, Dembélé telah melakukan kemunculan sulungnya bersama skuad senior Perancis pada tahun 2016. Beliau telah dipilih ke dalam skuad Piala Dunia 2018 yang menyaksikan pasukannya bergelar juara.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Dembélé telah dilahirkan di Vernon, Eure, di Normandy. Ibu Dembélé merupakan orang Perancis yang berasal daripada keturunan Mauritania dan Senegal manakala bapanya pula berasal dari Mauritania.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Dembélé memulakan langkah awalnya dalam dunia bola sepak di Évreux dengan bersama kelab ALM Évreux sebelum menyertai Évreux FC 27 semasa beliau antara usia 12 dan 13 tahun.

Rennes[sunting | sunting sumber]

Dembélé pada tahun 2015.

Dembélé melakukan penampilan sulungnya untuk pasukan simpanan Rennes dalam perlawanan Championnat de France Amateur pada 6 September 2014 dengan menjadi pemain gantian pada minit ke-78 permainan menggantikan Zana Allée. Beliau beraksi cemerlang dengan membantu jaringan gol Alseny Kourouma untuk menjarakkan kedudukan 2-0 ke atas musuh seteru, Guingamp. Pada 9 November, beliau telah menjaringkan gol sulung dalam kariernya dengan sekali lagi sebagai pemain gantian menentang pasukan simpanan Laval. Secara keseluruhannya, beliau menghasilkan 13 gol dalam 18 perlawanan pada musim pertamanya termasuk jaringan hatriknya ketika menewaskan Hérouville 6-1 pada 16 Mei 2015.

Pada 6 November 2015, Dembélé melakukan penampilan sulungnya untuk skuad utama Rennes pada aksi Ligue 1 menentang Angers selepas menggantikan Kamil Grosicki pada baki lima minit terakhir permainan. Pada 22 November, beliau menjaringkan gol pertamanya dalam saingan Ligue 1 semasa menentang Bordeaux yang tamat dengan keputusan seri 2-2. Pada 9 Januari 2016, Dembélé merobek gawang pasukan lawan ssekai lagi ketika mereka bangkit ketinggalan 0-2 kepada 2–2 menentang musuh daerah, Lorient di gelanggang sendiri. Pada 6 Mac, beliau mencetak jaringan hatrik pertamanya di Ligue 1 pada aksi menewaskan Nantes 4-1 di Derby Breton.

Pengarah sukan Rennes, Mikaël Silvestre membandingkan Dembélé dengan Cristiano Ronaldo semasa beliau tiba di kelab Manchester United ketika Cristiano masih muda.

Borussia Dortmund[sunting | sunting sumber]

Pada 12 Mei 2016, Dembélé telah menandatangani kontrak selama lima tahun bersama kelab Jerman Borussia Dortmund yang berkuatkuasa pada 1 Julai.[3] Pada 14 Ogos 2016, beliau melakukan penampilan sulungnya dalam perlawanan DFL-Supercup menentang Bayern Munich yang menyaksikan pasukannya tewas 0-2. Beliau menjaringkan gol pertamanya untuk die Borussen pada 20 September 2016 dalam pertembungan Bundesliga menentang VfL Wolfsburg yang berkesudahan Dortmund menang 5–1 pada perlawanan yang berlangsung di Volkswagen Arena. Pada 22 November 2016, beliau menjaringkan gol pertamanya di kejohanan Liga Juara-Juara Eropah semasa membelasah Legia Warsaw 8–4 pada pertemuan peringkat kumpulan.

Pada 26 April 2017, Dembélé membantu jaringan gol Aubameyang sebelum menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-74 sekali gus membantu Dortmund menundukkan Bayern pada perlawanan separuh akhir DFB-Pokal lalu melangkah mara ke final. Pada perlawanan akhir iaitu pada 27 Mei, beliau menjaringkan gol pertama Dortmund sebelum pasukannya meraih kemenagnan 2-1 ke atas Eintracht Frankfurt. Kejayaan ini merupakan gelaran sulung Dortmund dalam tempoh lima tahun. Dembélé seterusnya dinobatkan sebagai "Pemain Terbaik Perlawanan". Pada penghujung musim, Dembélé telah disenaraikan ke dalam "Pasukan Pilihan Bundesliga" dan dianugerahkan Pendatang Baru Terbaik Liga.

Barcelona[sunting | sunting sumber]

Pada 25 Ogos 2017, kelab La Liga iaitu Barcelona telah mengumumkan bahawa pihak kelab telah mencapai persetujuan untuk menandatangani Dembélé dengan nilai 105 juta euro bersama bonus yang dilaporkan sebanyak 40 juta euro. Pada 28 Ogos, beliau menjalani ujian kesihatan sebelum menandatangani kontrak selama lima tahun bersama klausa pelepasannya yang ditetapkan sebanyak 400 juta euro. Barcelona pada kala itu baru menjual Neymar ke Paris Saint-Germain yang bernilai 222 juta euro. Jadi, perpindahan Dembélé menjadi perpindahan pemain kedua termahal (dalam mata wang euro) bersama dengan Paul Pogba. Rennes dilaporkan memperoleh 20 juta euro dari Borussia Dortmund hasil penjualan Dembélé dan Évreux 27 juga termasuk sebahagian daripada bayaran itu. Beliau diberi jersi bernombor 11 yang sebelum ini dipakai oleh Neymar.

Dembélé melakukan penampilan sulungnya pada 9 September sebagai pemain gantian kepada Gerard Deulofeu pada minit ke-69 permainan dalam aksi Derbi barceloní menewaskan Espanyol 5-0 di Camp Nou selain beliau turut menyumbang kepada jaringan gol Luis Suárez. Dalam aksi sulungnya di La Liga pada lapan hari kemudian, beliau mengalami kecederaan hamstring sewaktu menentang Getafe sekali gus terpaksa berehat selama empat bulan. Beliau disahkan oleh perubatan bahawa telah berjaya pulih pada 2 Januari 2018[4] tetapi beberapa minggu kemudian, beliau sekali lagi mengalami kecederaan dalam perlawanan menentang Real Sociedad. Kecederaan itu telah memaksanya untuk berehat selama empat minggu.

Pada 14 Mac 2018, Dembélé menjaringkan gol pertamanya untuk Barcelona dengan menjaringkan gol kedua pasukannya pada perlawanan kedua pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara menentang Chelsea yang berakhir dengan keputusan 3-0. Pada 17 April, beliau menjaringkan gol pertamanya di La Liga dengan menyumbat gol pembukaan pada aksi yang berkesudahan terikat seri 2-2 menentang Celta Vigo. Pada 9 Mei, Dembélé menghasilkan dua gol bagi membantu Barcelona meraih kemenangan 5-1 ke atas Villarreal. Dembélé merangkul kejuaraan Copa del Rey dan La Liga pada musim pertamanya di Sepanyol selain pemain yang berusia 20 tahun itu telah mencatatkan empat jaringan dalam 24 penampilannya pada semua kejohanan.

Pada 12 Ogos 2018, Dembélé menjaringkan gol kemenangan ketika menentang Sevilla pada kejohanan Piala Super Sepanyol sekali gus membantu Barcelona untuk merangkul gelaran Supercopa de España buat kali ke-13. Beliau membuka rekod jaringannya di La Liga dengan menjaringkan gol tunggal permainan semasa menentang Real Valladolid pada 25 Ogos di gelanggang lawan. Pada seminggu kemudian iaitu pada 2 September, Dembélé menjaringkan gol pertamanya di Camp Nou pada musim ini dalam perlawanan membelasah pendatang baru liga, Huesca 8–2. Dembélé sekali lagi berada di senarai penjaring pada perlawanan berikutnya iaitu pada 15 September dengan menjaringkan gol kemenangan ke atas Real Sociedad. Pada 18 September, Dembélé menjaringkan gol pertamanya dalam kejohanan Liga Juara-Juara musim ini bagi membantu Barcelona menumbangkan PSV Eindhoven 4–0 di Camp Nou. Sebagai pemain gantian pada pertembungan menentang Real Madrid pada 28 Oktober, Dembélé membantu jaringan terakhir permainan oleh Arturo Vidal untuk meraih kemenangan 5–1 pada aksi El Clásico di laman sendiri. Pada seminggu kemudian, beliau sekali lagi muncul sebagai pemain gantian dan menginspirasikan kemenangan Barcelona daripada ketinggalan ke atas Rayo Vallecano selepas beliau menjaringkan gol penyamaan 2-2 melalui sepakan separuh voli pada minit ke-87.

Pada 11 Oktober, beliau menjaringkan jaringan gol secara solo yang memukau ketika menentang Tottenham. Beliau berjaya melepasi ramai pertahanan lawan sebelum menyudahkan jaringan dengan menggunakan kaki kiri melepasi Hugo Lloris. Beliau memenangi anugerah "Jaringan Terbaik Mingguan Liga Juara-Juara". Selepas perlawanan itu, pengurus Barça Ernesto Valverde memuji pemain muda itu.

Beliau menjaringkan dua gol untuk Barcelona pada 17 Januari dalam aksi menentang Levante. Dembélé menjaringkan gol pada minit ke-31 dan ke-32 sebelum Barcelona meraih kemenangan 3-0 hasil jaringan Lionel Messi pada perlawanan Copa del Rey itu. Dembélé menjaringkan gol ketiganya di Liga Juara-Juara pada 13 Mac semasa menewaskan Lyon 5-1 di Camp Nou.

Dembélé mengalami kecederaan hamstring pada kaki kirinya semasa perlawanan pembukaan La Liga musim 2019-20 menentang Athletic Bilbao. Beliau dijangka akan berehat selama lima minggu. Pada Februari 2020, hamstring beliau telah koyak dengan teruk. Selepas menjalani pembedahan, beliau akan kembali selepas enam bulan sekali gus terlepas aksi kejohanan UEFA Euro 2020.

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Dembélé telah dipanggil oleh skuad senior Perancis buat pertama kali untuk menghadapi perlawanan menentang Itali dan Belarus pada Ogos 2016 selepas Alexandre Lacazette dan Nabil Fekir terpaksa digugurkan akibat dibelenggu kecederaan. Beliau melakukan penampilan sulungnya pada 1 September dengan menentang Itali selepas menggantikan Antoine Griezmann pada 27 minit terakhir permainan. Perlawanan itu menyaksikan Perancis menewaskan Itali 3-1 dalam aksi persahabatan di Stadio San Nicola. Pada 13 Jun 2017, Dembélé menjaringkan gol pertamanya untuk Perancis semasa menentang England dalam perlawanan persahabatan yang berakhir dengan kemenangan Perancis 3-2.

Pada 17 Mei 2018, beliau telah disenaraikan ke dalam skuad Piala Dunia FIFA 2018 di Rusia. Pada 15 Julai, beliau kekal berada di bangku simpanan pada perlawanan akhir kejohanan apabila Perancis mengalahkan Croatia dengan kedudukan 4–2.

Statistik kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Sehingga 27 November 2019.
Kelab Musim Liga Piala[a] Piala Liga Eropah Lain Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Perancis Rennes 2015–16 26 12 2 0 1 0 29 12
Jerman Borussia Dortmund 2016–17 32 6 6 2 10[b] 2 1[c] 0 49 10
2017–18 0 0 0 0 0 0 1[c] 0 1 0
Jumlah 32 6 6 2 10 2 2 0 50 10
Sepanyol Barcelona 2017–18 17 3 3 0 3[b] 1 23 4
2018–19 29 8 4 2 8[b] 3 1[d] 1 42 14
2019–20 5 1 0 0 4[b] 0 0 0 9 1
Jumlah 51 12 7 2 15 4 1 1 74 19
Jumlah kerjaya 131 43 15 4 1 0 25 6 4 1 175 54
  1. ^ Termasuk Coupe de France, DFB-Pokal dan Copa del Rey.
  2. ^ a b c d Penampilan di Liga Juara-Juara UEFA
  3. ^ a b Penampilan di Piala Super Jerman
  4. ^ Penampilan di Piala Super Sepanyol.

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Sehingga 20 November 2018.
Pasukan kebangsaan Perancis
Tahun Kmncln Gol
2016 3 0
2017 4 1
2018 14 1
Jumlah 21 2

Gol antarabangsa[sunting | sunting sumber]

# Tarikh Lokasi Pasukan lawan Skor Keputusan Kejohanan
1
31 Jun 2017 Saint-Denis, Perancis  England
3–2
3–2
Persahabatan
2
1 Jun 2018 Nice, Perancis  Itali
3–1
3–1

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Dembélé sedang memegang trofi Piala Dunia FIFA.

Kelab[sunting | sunting sumber]

Borussia Dortmund
Barcelona

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Perancis

Individu[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Décret du 31 décembre 2018 portant promotion et nomination" [Decree of 31 December 2018 on promotion and appointment]. Journal Officiel de la République Française (dalam bahasa French). 2019 (0001). 1 January 2019. PRER1835394D. Dicapai pada 24 August 2019.CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ "FIFA World Cup Russia 2018: List of players: France" (PDF). FIFA. 15 July 2018. m/s. 11. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 19 June 2018. Dicapai pada 11 January 2019.
  3. ^ "Borussia Dortmund signs top talent Ousmane Dembélé". Borussia Dortmund. Dicapai pada 12 May 2016.
  4. ^ "Ousmane Dembélé receives medical discharge" (dalam bahasa Inggeris). FC Barcelona. Dicapai pada 15 January 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]