Lehman Brothers

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Lehman Brothers Holdings Inc.
Nasib Dibubarkan
Ditubuhkan Montgomery, Alabama, Amerika Syarikat (1850)
Pengasas Henry Lehman
Emanuel Lehman
Mayer Lehman
Tidak wujud New York City, New York, Amerika Syarikat (2008)
Ibu pejabat New York City, New York, Amerika Syarikat
Kawasan Seluruh dunia
Orang utama Richard S. Fuld, Jr.
Bekas (Pengerusi) & (CEO)[1]
Industri Perkhidmatan pelaburan
Produk Perkhidmatan kewangan
Pelaburan perbankan
Pengurusan pelaburan
Modal AS$29.9 juta(setakat 2 Februari 2009)
Hasil AS$59.003 bilion (2007)
Pendapatan operasi AS$6.013 bilion (2007)
Pendapatan bersih AS$6.7 bilion (2008)
Jumlah aset AS$691.063 bilion (2007)
Jumlah ekuiti AS$22.490 bilion (2007)
Pekerja 26,200 (2008)
Laman sesawang Lehman.com

Lehman Brothers Holdings Inc (LEHMQ, NYSE -LEH) merupakan firma perkhidmatan kewangan yang diisytiharkan muflis pada 2008. Aktiviti firma ini ialah perbankan, pelaburan, ekuiti, penyelidikan dan dagangan, pengurusan pelaburan, ekuiti persendirian, dan perbankan persendirian. Ia beroperasi di Amerika Syarikat. Firma ini melibatkan Neuberger Berman Inc., Tejal Loan Services, Inc, SIB Morttgage Corporation, Lehman Brothers Bank, FSB, Eagle Energy Partners. Ibu pejabat terdapat di seluruh dunia seperti di New York, London dan Tokyo.

Ibu pejabat di New York City
Ibu pejabat di New York City pada 15 September 2008

Pada 15 September 2008, firma ini memfaikan tuntutan muflis di bawah Bab 11 dan Bab 7 Perlindungan Kemuflisan. Pada 20 September 2008, versi semakan semula perjanjian diluluskan oleh Hakim James Peck. Pada 22 September 2008, firma Nomura mengumumkan persetujuan francais Lehman Brothers di Asia Pasifik termasuk di Jepun, Hong Kong dan Australia. Eropah dan Timur Tengah.

[sunting] Sejarah

Pada 1844, ketika berumur 23 tahun Henry Lehman anak lelaki peladang lembu, berhijrah ke Amerika Syarikat dari Rimpar, Bavaria,Jerman. Dia menetap di [[Montgomery], Alabama dan mengusahakan kedai "H. Lehman". Pada 1847 abangnya Emanuel Lehman sampai ke Amerika Syarikat.Firma itu bertukar kepada "H. Lehman Dan Bro" Seterusnya tiba adik bongsu mereka, Mayer Lehman, pada 1850.Firma itu berubah namanya lagi kepada "Lehman Brothers" .

Dalam 1850-an selatan Amerika Syarikat merupakan pengeluar kapas yang penting.Mereka memulakan perladangan dan perusahaan berasaskan kapas. Henry mati akibat demam kuning pada 1855.

[sunting] Emanuel dan Mayer Lehman

Sejak 1858, pusat dagangan kapas dipindahkan daripada selatan ke New York.Lehman membuka pejabat cawangannya yang pertama di Manhattan di 119 Jalan Liberty. Emanuel yang berumur 32 tahun pindah pada 1862 tetapi menghadapi kesukaran ekoran Perang Saudara Amerika.Membentuk kerjasama dengan saudagar kapas John Durr untuk membentuk Lehman, Durr & Co.Operasi dipindahkan ke New York City. Emanuel menduduki Lembaga Gobenor sehingga 1884.

Philip Lehman bersara pada 1925.Anak lelakinya Robert "Bobbie" Lehman mengambil alih jawatan pengerusi.Ketika inilah , syarikat itu menempuh krisis modal semasa Zaman Meleset 1929-1930.

[sunting] Rujukan

  1. Executive compensation at Lehman Brothers
Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain