Lembaga Peperiksaan dan Penilaian Singapura

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lembaga Peperiksaan dan Penilaian Singapura
لمباݢ ڤڤريقسأن دان ڤنيلاين سيڠاڤورا
Intisari agensi
Dibentuk1 April 2004; 20 tahun yang lalu (2004-04-01)[1]
Bidang kuasa
Pemerintah Singapura
Ibu pejabat1 North Buona Vista Drive, Singapore 138675
Eksekutif Agensi
  • Yue Lip Sin, Ketua Eksekutif
Agensi induk
Kementerian Pendidikan
Laman sesawang
www.seab.gov.sg

Lembaga Peperiksaan dan Penilaian Singapura (Bahasa Inggeris: Singapore Examinations and Assessment Board; Bahasa Cina: 新加坡考试与评鉴局; singkatan: SEAB) adalah sebuah lembaga berkanun Pemerintah Singapura di bawah Kementerian Pendidikan.

SEAB mula dibentuk pada 1 April 2004 bagi mengembangkan dan menjalankan peperiksaan-peperiksaan awam di Singapura serta menyediakan perkhidmatan peperiksaan dan penilaian yang lain. Lembaga ini juga menerbitkan keputusan-keputusan untuk peperiksaan utama seperti Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE), Sijil Am Pelajaran Singapura-Cambridge Peringkat Biasa (GCE Peringkat 'O') dan Sijil Am Pelajaran Singapura-Cambridge Peringkat Lanjutan (GCE Peringkat 'A').[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Formation of Singapore Examinations & Assessment Board" (dalam bahasa Inggeris). Kementerian Pendidikan. 31 Mac 2004. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Oktober 2012.
  2. ^ "INTRODUCTION". Lembaga Peperiksaan dan Penilaian Singapura (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 9 Disember 2017.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]