Singkatan kata

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Singkatan kata merupakan penyingkatan sesuatu perkataan atau frasa.

Contoh singkatan[sunting | sunting sumber]

Berikut merupakan singkatan kata atau ungkapan yang sudah diterima umum, sama seperti e.g., dan etc. dalam Bahasa Inggeris. Pada singkatan yang terdiri daripada tiga huruf atau lebih dipakai hanya satu tanda titik.

Kata Singkatan Maksud
b.p. bagi pihak
d.a. dengan alamat/di alamat
dst. dan seterusnya
dll. dan lain lain
hlm. halaman
tsb. tersebut
spt. seperti
s.k. salinan kepada
u.p. untuk perhatian
cth. contohnya

Pangkat, gelaran , jawatan dan sapaan juga boleh disingkatkan. Contoh contoh perkataan ditunjukkan di bawah.

Kata Singkatan Maksud
Dr. Doktor
En. Encik
Pn. Puan
Prof. Profesor
Sdr. Saudara/Saudari
S.E. Sarjana Ekonomi
S.S. Sarjana Sastera
Tn. Tuan
Hj. Haji
YAB. Yang Amat Berhormat
Y.M. Yang Mulia
Tth. Yang Terhormat
Kol. Kolonel

Lihat juga[sunting | sunting sumber]