Lembaga Wali Nanggroe

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Wali Nanggroe
Penyandang
Tgk Malik Mahmud Al-Haythar
sejak 2 November 2012
Bidang kuasaIndonesia Edit the value on Wikidata
Tapak webwww.katibulwali.acehprov.go.id
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Lembaga Wali Nanggroe ("Lembaga/Pertubuhan Wali Negeri") ialah sebuah badan yang bertanggungjawab ke atas pentadbiran Aceh secara autonomi dengan persetujuan khas bersama pemerintah Republik Indonesia. Ia dalam "qanun Aceh" bertindak sebagai suatu penguasa yang antara tugasnya mengukuhkan Parlemen Aceh dan kepala Pemerintahan Aceh secara adat, memberikan pandangan, arahan, dan nasihat kepada eksekutif dan legislatif.[1][2]

Lembaga ini diketuai kini oleh Malik Mahmud Al Haythar sejak tahun 2012.

Peristilahan[sunting | sunting sumber]

Istilah Wali Negara dalam konteks sejarah Aceh lebih jelas jika dipahamkan kedalam bahasa inggris iaitu Head of state untuk 'Wali Negara' dan Guardian untuk 'Wali Negeri'. Contoh lainnya, kata “Wali Negara” dan “Wali Nanggroe” hampir sama kata namun berbeza maknanya, seperti kata Country dan County dalam bahasa inggris.

Kata "Wali Negeri" atau “Wali Nanggroe” dengan kata “Wali Negara” ialah berbeza maknanya. Sebutan “Wali Nanggroe” terlepas dari konteks sejarah Aceh, sehingga kata “Nanggroe” dalam bahasa Aceh bukan terjemahan yang tepat untuk “Negara”, kerana kata “Negara” bahasa Acehnya ialah “Neugara”, manakala kata “Negeri” dalam bahasa Aceh ialah “Nanggroe”[3]

Latar Belakang[sunting | sunting sumber]

Sejarah Awal Lembaga Wali Negeri[sunting | sunting sumber]

Kehidupan sosiologis masyarakat Aceh, amat berkait dengan perkembangan politik, ekonomi, pendidikan dan sosial budaya, serta hubungan dalaman dan luaran masyarakat pada persekitarannya. Masuknya agama Islam ke Aceh pada abad 13, dimana Sultan Aceh Ali Mughayat Syah, merupakan sultan pertama yang memberi contoh untuk memeluk agama Islam (1507-1522), kemudian digantikan oleh anaknya Sultan Salahuddin (1522-1530), telah membina dan menanam aspek–aspek kepemimpinan dalam sistem pemerintahan yang bersifat monarkis sebagai simbol persatuan dan kesatuan monarkis kekhalifahan.[4]

Sistem kepemimpinan monarkis ini yang berterusan, dapat dimaknai sebagai kesinambungan perwalian sistem pemerintahan (turun temurun), walaupun pada masa Sultan Iskandar Muda (1607-1636), terdapat perubahan dengan mengangkat Iskandar Tsani (bukan anaknya) untuk meneruskan tugas-tugas kesultanan dan perkembangan selanjutnya pada era pemerintahan ke Sultanan Aceh berakhir, perkembangan sosiologis dari akhir kepemimpinan masyarakat Aceh, beralih kedalam suasana Negara Kesatuan Republik Indonesia, dimana wilayah Aceh menjadi salah satu Provinsi di dalamnya.[5]

Sejarah Aceh menjelaskan bahawa perang Aceh berlaku pada tanggal 26 Mac 1873. Pasukan Aceh dipimpin oleh Tgk. Tjik Di Tiro Muhammad Saman bin Abdullah dan pasukan belanda dipimpin oleh Jeneral Johan Harmen Rudolf Köhler. Pasukan belanda dapat dikalahkan oleh pasukan Aceh, dan Jeneral Kohler dihukum mati oleh Mahkamah Kerajaan Aceh.[5]

Selepas belanda mengalami kekalahan pada masa itu, maka pihak belanda membuat ekspedisi yang kedua pada tanggal 25 Disember 1873 yang dipimpin oleh Jeneral Jan van Swieten, manakala pihak Aceh dipimpin oleh Sultan Mahmud Syah. Semasa itu, pasukan Aceh di kubu Kuta Radja dikalahkan oleh pasukan belanda.[5]

Pada tanggal 28 Januari 1874, ketua Majlis tuha Peut Kerajaan Aceh Tuwanku Muhammad Raja Keumala mengambil keputusan bahawa: “dalam keadaan huru hara/perang kafir, maka untuk mempersatukan kita semua mengambil keputusan bahawa kekuasaan adat, hukum, reusam di bawah pimpinan tertinggi maka diangkatlah: Al-Mutabbir, Al-Malik, Al-Mukarram (Wali Nanggroe) Tengku Tjik Di tiro Muhammad Saman bin Abdullah”.

Tengku Tjik Di Tiro Muhammad Saman memimpin perang selama 17 tahun, sehingga pada tanggal 29 Disember 1891 beliau diracun di Kuta Aneuk Galong yang merupakan Kubu Aceh pada masa itu. Pada tanggal 31 Disember 1891, pada pukul 5 petang di kubu Aneuk Galong, pasukan laki-laki duduk beriringan di sebelah kiri Tgk Tjik Di Tiro dan sebelah kanannya pasukan wanita juga duduk beriringan.

Wasiat paduka Yang Mulia Wali Nanggroe Tengku Tjik Di Tiro Muhammad Saman bin Abdullah, iaitu:

1. Untuk pasukan laki-laki:

Tgk Tjik Di Tiro Muhammad Saman bin Abdullah berpesan: “jangan kamu hidup kalau tidak perangi kafir dan jangan kamu mati kalau bukan mati syahid, adakah kamu semua mendengarkannya ?” ; “samiek na wa ath'ak na (kami dengar dan kami taat)” jawab pasukan laki-laki.

2. Untuk pasukan perempuan:

Tengku Tjik Di Tiro Muhammad Saman bin Abdullah berpesan, hai anak perempuan, jangan kamu hidup kalau tidak mengerjakan solat dan jangan kamu mati kalau tidak dalam iman, adakah kamu semua mendengarkannya ?; samiek na wa ath'ak na (kami dengan dan kami taat)” jawab pasukan perempuan. Selepas itu, tengku Tjik Di Tiro mengucapkan dua kalimah syahadah; “laa Ilaaha illallah tujuh kali berulang-ulang”, beliaupun mangkat[5]

Pada 1 Januari 1892, Tengku Tjik Di Tiro Muhammad Amin bin Muhammad Saman diangkat menjadi Wali Nanggroe (Wali Negeri) ke-2 dan beliau syahid pada tahun 1896 di Kuta Aneuk Galong atas pengkhianatan oleh Teuku Umar Johan Pahlawan. Selanjutnya, Tgk Tjik Di Tiro Abdussalam bin Muhammad Saman diangkat menjadi Wali Nanggroe (Wali Negeri) yang ke-3 dan beliau syahid pada tahun 1898, yang digantikan oleh Tgk Tjik Di Tiro Sulaiman bin Muhammad Saman yang diangkat menjadi Wali Nanggroe ke-4, beliau syahid pada tahun 1902.

Pada tahun 1902, Tgk Tjik Di Tiro Ubaidillah bin Muhammad Saman diangkat menjadi Wali Nanggroe ke-5. Tidak lama berkuasa, beliau pun syahid pada tahun 1905. Pada tahun 1905, Tgk Tjik Di Tiro Mahyiddin bin Muhammad Saman diangkat menjadi Wali Nanggroe ke-6 dan beliau syahid pada tanggal 11 Disember 1910. Pemangku sementara Wali Nanggroe ialah Tgk Tjik Ulhee Tutue alias Tjik Di Tiro Di Garot Muhammad Hasan, yang syahid pada tannggal 3 jun 1911.

Wali Nanggroe Tgk Tjik Di Tiro Muaz bin Muhammad Amin, pada tanggal 4 jun 1911 berlaku perang Alue Bout. Pasukan belanda dipimpin oleh Kapten Smith dan pasukan Aceh dipimpin oleh Tgk Tjik Di Tiro Muaz bin Muhammad Amin. Kapten Smith menyerang 44 pasukan Tentera/Ketenteraan Negara Aceh dimana Tgk Tjik Di Tiro Muaz terdapat di dalam pasukan tersebut. Putera mahkota pantang menyerah dan akhirnya syahid bersama pasukannya. Kapten Smith menyatakan ; “saya bangga sekali dapat membunuh putera mahkota Aceh, akan tetapi saya sangat malu sebab beliau pantang menyerah dan masih berusia muda belia”. Pada 3 Disember 1911, Wali Nanggroe Tgk Tjik Di Tiro Muaz bin Muhammad Amin Syahid, pihak belanda mengambil Surat Wali Nanggroe di dalam kupiah (tengkulok). Lalu, surat tersebut dibawa ke belanda dan disimpan di Muzium Bronbeek belanda.[6]

Pada tahun 1968, surat tersebut diambil kembali oleh Tgk Hasan Muhammad Di Tiro yang diserahkan oleh Ratu belanda (bernama Ratu Beatrix) kepada beliau. Pada tahun 1971, Tgk Hasan Muhammad Di Tiro pulang ke Aceh selepas 25 tahun merantau ke beberapa negara. Kemudian, Tgk Hasan Muhammas Di Tiro menyerahkan surat tersebut kepada Tgk Tjik Di Tiro Umar bin Mahyiddin, dan pada semasa itulah Tgk Hasan Muhammad Di Tiro disahkan dan diangkat menjadi Wali Nanggroe.

Pada tahun 1974, Tgk Muhammad Di Tiro pulang untuk kedua kalinya ke Aceh dan bermusyawarah dengan pemuka agama dan bekas pejuang DI/TII. Dari hasil musyawarah tersebut, maka pada tanggal 4 Disember 1976, dinyatakan Pengisytiharan Kerajaan Sambungan, yang melahirkan perjuangan kemerdekaan Aceh.

Perubahan tatanan kepemimpinan dari sistem Sultan, kepada sistem negara kebangsaan, masyarakat Aceh dari aspek sosiologis politik berkesan penggiringan kepada sistem demokrasi dan pilihan rakyat, walaupun pada semasa itu penerapan sistem ini amat sarat dengan nilai-nilai politik sentralisasi. Hal itu terbukti dengan tidak pernah dilakukan pemilihan umum, untuk menghasilkan pemimpin yang dipilih oleh rakyat, baik peringkat kebangsaan mahupun Provinsi, Kabupaten dan Bandar. Keadaan ini telah membuat masyarakat Aceh, pada akhirnya kehilangan makna “kepemimpinan Wali Nanggroe”, baik dari aspek literatur mahupun aspek kelanjutan kepemimpinan kesultanan.

Lembaga Wali Negeri Pasca Keamanan[sunting | sunting sumber]

Pertubuhan Wali Negeri dibentuk sebagai perlaksanaan salah satu butir Memorandum Kesepahaman Antara Kerajaan Republik Indonesia dan GAM di Helsinki pada 5 Ogos 2005 (MoU Helsinki). Dalam angka 1.1.7. MoU Helsinki disebutkan bahawa di Aceh akan dibentuk Pertubuhan Wali Negeri dengan segala peranti upacara dan gelarnya. Menindak lanjuti butir kesepakatan tersebut maka melalui Undang-undang Nombor 11 tahun 2006 tentang Pemerintahan Aceh peruntukan tentang pembentukan Pertubuhan Wali Negeri kelak ditetapkan melalui sebuah Qanun.[7]

Pengesahan Qanun Wali Negeri juga dikuatkan oleh asas-asas hukum yang diterima secara universal iaitu:

  • asas lex specialis derogate legi generali (peruntukan undang-undang khas yang lebih penting dari ketentuan undang-undang awam).
  • asas pacta sunt servanda (prinsip bahawa hakim atau pihak ketiga harus menghormati substansi kontrak / perjanjian yang dibuat oleh pihak yang dengan niat baik atau good faith).[8]

LWN dipimpin oleh seorang pemimpin yang bersifat personal dan idependen sebagaimana disebutkan dalan Qanun tersebut. Pemimpin lembaga dikenal dengan nama Wali Nanggroe (Wali Negeri) dengan laqab atau gelar Al Mukarram Maulana Al Mudabbir Al Malik. Laqab tersebut berdasarkan peralihan peranti kerajaan Aceh. Pada 16 Disember 2013 Paduka Yang Mulia Teungku Malik Mahmud Al-Haytar dilantik sebagai Wali Nanggroe Aceh ke-9.

Struktur Institusi[sunting | sunting sumber]

Lembaga ini dipimpin oleh seorang pegawai Wali Nanggroe yang dipilih oleh sebuah Suruhanjaya Pemilihan Wali Nanggroe yang dibentuk secara khusus oleh Majlis Tuha Peuet Wali Nanggroe. Dalam melaksanakan tugasnya Wali Negeri dibantu oleh sebuah pertubuhan kerja yang disebut dengan Keurukon Katibul Wali atau Sekretariat Pertubuhan Wali Negeri Aceh.[9]

Sementara susunan kelembagaannya terdiri dari

  • Wali Negeri
  • Waliyul'ahdi
  • Majlis Tinggi
  • Majlis Fungsian
  • Majlis/Lembaga Struktural

Tanggapan masyarakat[sunting | sunting sumber]

Sejak pembentukannya melalui qanun-qanun yang dibuat oleh DPRA Lembaga Wali Negeri terus menuai banyak sokongan dan penolakan dari masyarakat luas di Aceh. Para penyokong terutamanya yang berasal dari pihak adat tempatan Aceh melihat Pertubuhan Wali Negeri ini telah sesuai dengan ekspektasi dan tujuan dari perlaksanaan butir-butir MoU Helsinki.

Sementara pihak yang menentang Lembaga Wali Negeri menganggap bahawa lembaga ini tidak sesuai dengan perlembagaan negara serta menentang sistem laksana pemilihan Wali Nanggroe yang terkesan memihak kepada salah satu lembaga politik di Aceh.

Senarai penguasa yang menjawat[sunting | sunting sumber]

Senarai Wali Nanggroe sebagai berikut:

  1. Tgk Chik di Tiro Muhammad Saman bin Teungku Syeikh Ubaidillah
  2. Tgk Chik di Tiro Muhammad Amin bin Muhammad Saman
  3. Tgk Chik di Tiro Abdussalam bin Muhammad Saman
  4. Tgk Chik di Tiro Sulaiman bin Muhammad Saman
  5. Tgk Chik di Tiro Ubaidillah bin Muhammad Saman
  6. Tgk Chik di Tiro Mahjuddin bin Muhammad Saman
  7. Tgk Chik di Tiro Muaz bin Muhammad Amin
  8. Tgk Hasan Muhammad di Tiro
  9. Tgk Malik Mahmud Al Haytar

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ http://news-deva.blogspot.co.id/2012/04/profil-malik-mahmud-pemangku-wali.html
  2. ^ MODUSACEH.CO. "Wakaf Sisa Perjuangan Tengku Malek Mahmud Untuk Masa Depan Damai Aceh". MODUSACEH.CO. Dicapai pada 4 Disember 2019.
  3. ^ "Kamus Indonesia-Aceh", oleh M Hasan Basri, hlm 626, Yayasan Cakra Daru 1994.
  4. ^ Puspita, Maya (2017-02-03). "KEARIFAN LOKAL DALAM PENGELOLAAN SUMBER DAYA PESISIR DAN LAUT Hukum Adat Laot dan Lembaga Panglima Laot di Nanggroe Aceh Darussalam". Sabda : Jurnal Kajian Kebudayaan. 3 (2). doi:10.14710/sabda.v3i2.13253. ISSN 2549-1628.
  5. ^ a b c d True False. OR Books. m/s. 101–111. ISBN 9781939293992.
  6. ^ Clark, Ghahame (1974-12). "Fyndrapporter 1969 (Rapporter över Göteborgs Arkeologiska musei Undersökningar 1968). 611 pages; ibid., 1970 (2 parts), 797 pages; ibid., 1971, 551 pages; ibid., 1972, 584 pages; ibid., 1973, 541 pages. Published by Lili Kaelasfor the Göteborgs Arkeologiska Museum". Proceedings of the Prehistoric Society. 40: 216–217. doi:10.1017/s0079497x00011476. ISSN 0079-497X. Check date values in: |date= dan |year= / |date= tidak padan (bantuan)
  7. ^ Qanun Aceh Nomor 9 Tahun 2013 Tentang Perubahan Atas Qanun Aceh Nomor 8 Tahun 2012 Tentang Lembaga Wali Nanggroe
  8. ^ Muhammad, Yani (16 Mac 2016). "Qanun WN adalah Turunan UUPA dan MoU Helsinki - Serambi Indonesia". Serambi Indonesia. Dicapai pada 12 Ogos 2018.
  9. ^ Qanun Aceh Nomor 10 Tahun 2013 tentang Pembentukan Susunan Organisasi dab Tata Kerja Keurukon Katibul Wali

Lihat pula[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]