Lesen Awam Am Lemah GNU

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Lesen Awam Am Lemah GNU (Bahasa Inggeris: GNU Lesser General Public License), dahulunya Lesen Awam Am Pustaka GNU (GNU Library General Public License), atau singkatannya LGPL ialah lesen perisian bebas terbitan Yayasan Perisian Bebas (Free Software Foundation, FSF) yang direka sebagai langkah kompromi antara Lesen Awam Am GNU (GPL) yang kuat copyleft-nya dan lesen-lesen permisif seperti lesen BSD dan lesen MIT. Lesen Awam Am Pustaka GNU (nama asal LGPL) dterbitkan pada tahun 1991, sebagai versi 2 sebagai kesamaan GPL versi 2. LGPL diberi sedikit penyemakan dalam keluaran 2.1 yang diterbitkan pada tahun 1999, apabila dinamakan semula sebagai Lesen Awam Am Lemah GNU. Versi 3 LGPL diterbitkan pada tahun 2007 dengan penambahan kebenaran yang selaras dengan GPL versi 3.

LGPL mengenakan had copyleft dalam perisiannya sendiri tetapi mengecualikan had-had tersebut kepada perisian lain yang sekadar bersambung dengan perisian tersebut. Apapun, terdapat juga sekatan-sekatan lain dalam perisian tersebut.

LGPL digunakan terutamanya untuk perpustakaan perisian, bahkan juga digunakan oleh sebilangan aplikasi mandiri, khususnya Mozilla dan OpenOffice.org dan juga media.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]