GNOME

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
GNOME
Logo GNOME
Gnome 3.2 shell.png
Meja GNOME 3.2
Pembangun The GNOME Project
Keluaran pertama 3 Mac 1999
Keluaran stabil 3.8  (Mac 27, 2013; 16 bulan yang lalu (2013-03-27))[1] [±]
Status pembangunan Aktif
Ditulis dalam C (GTK+)
Sistem pengendalian Ala Unix dengan X11
Terdapat dalam Berbilang bahasa (166 bahasa)
Jenis Persekitaran atas meja
Lesen GNU Lesser General Public License
Lesen Awam Am GNU
Tapak web gnome.org

GNOME ialah sebuah perisian persekitaran atas meja bebas. GNOME merupakan sebahagian daripada Projek GNU, iaitu sebuah projek yang mempunyai wawasan membangunkan sebuah sistem pengendalian yang terdiri daripada 100% perisian bebas. GNOME menyediakan antara muka pengguna grafik dan biasanya dipasang pada Linux atau sistem-sistem pengendalian ala UNIX yang lain.

Nama GNOME merupakan akronim bagi GNU Network Object Model Environment (terjemahan: persekitaran model objek rangkaian GNU).

GIMP ialah satu contoh perisian penggunaan popular yang dicipta khusus untuk GNOME. Namun begitu, dengan bantuan pustaka GTK+ yang silang pelantar, GIMP boleh juga dipasang pada sistem-sistem pengendalian yang lain seperti Windows dan Mac OS X.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1996, projek KDE telah dimulakan. KDE sendiri sedari mula adalah bebas dan bersumber terbuka, namun ahli-ahli projek GNU bimbang akan kebergantungan KDE dengan—pada masa itu—perkakas widget bukan GPL, Qt, yang ketika itu dimiliki oleh Trolltech. Pada bulan Ogos 1997, dua projek telah dimulakan sebagai maklum balas bagi isu ini: set alat Harmony, pengganti bebas bagi pustaka Qt, dan GNOME, meja berbeza yang tidak menggunakan Qt[2] tetapi GTK+, yang dipayungi Lesen Awam Am Lemah GNU (LGPL), sebuah lesen perisian bebas yang membenarkan perisian yang tak serasi GPL dikaitkan kepadanya. Meja GNOME sendiri dilesenkan di bawah LGPL untuk pustaka-pustakanya, manakala GPL bagi aplikasi yang merupakan sebahagian daripada projek GNOME. Melesenkan set alat dan pustaka di bawah LGPL membolehkan aplikasi yang ditulis untuk GNOME menggunakan set lesen yang lebih meluas (termasuk lesen perisian hak milik).[3] Ketua dan pengasas terawal bagi GNOME ialah dua orang pengaturcara Mexico yakni Miguel de Icaza dan Federico Mena.

Nama[sunting | sunting sumber]

Nama "GNOME" ialah singkatan bagi GNU Network Object Model Environment, maksudnya "Persekitaran Model Objek Rangkaian GNU". Ia merujuk kepada tujuan utama GNOME yakni mencipta rangka kerja objek teragih serupa dengan OLE Microsoft.[4] Namun ini bukan lagi visi teras projek GNOME, dan kepanjangan namanya kini dianggap basi. Daripada hal ini, sesetengah ahli menyokong singkatannya dibuang dan nama "GNOME" diganti dengan "Gnome".[5]

Persaingan dengan KDE[sunting | sunting sumber]

KDE—juga sebuah persekitaran atas meja bebas—ialah pesaing ketat GNOME dan sering digunakan sebagai alternatif kepada GNOME. Terdapat berbilang edaran Linux yang menawarkan GNOME sebagai persekitaran atas meja lalai, dan terdapat banyak juga yang menawarkan KDE, dan terdapat edaran yang menawarkan kedua-duanya sekali. Sebagai contoh, Ubuntu yang menggunakan GNOME sebagai persekitaran atas meja lalai mempunyai terbitan lain, iaitu Kubuntu yang menawarkan KDE. Masing-masing mempunyai pro dan kontra, dan kesesuaian penggunaannya adalah bergantung kepada cita rasa pengguna sendiri.

Sejarah keluaran[sunting | sunting sumber]

Versi sekarang[sunting | sunting sumber]

Versi 3.2 telah dilepaskan pada 28 September 2011 dan merupakan versi terkini bagi meja GNOME. Versi ini menumpukan keutuhan antara muka, pasukan GNOME menambah opsyen kepada layar rosak (crash-screen), supaya pengguna tidak lagi perlu gunakan baris perintah untuk selesaikannya. Beberapa ciri baru juga telah disertakan, ini termasuklah akaun atas talian (dengan penyepaduan bagi perkhidmatan seperti Google Documents, Gooogle Calendar dan Google Contacts), di samping sokongan bagi aplikasi web.

Keluaran terkini[sunting | sunting sumber]

GNOME Shell, ciri utama bagi GNOME 3.0

Versi 3.0 persekitaran meja ini dikeluarkan pada tanggal 6 April 2011.[6] Pengumuman tentangnya telah dibuat di persidangan GUADEC Julai 2008 di Istanbul. nama kod ToPaZ (singkatan bagi Three Point Zero) telah diperkenalkan sekitar 2005[7] dan buat satu jangka masa yang lama hanyalah sekadar tempat mencurahkan idea kasar. Beberapa mock-up telah dicipta sebagai sebahagian daripada proses perah otak ToPaZ.[8]

Walaupun falsafah sekitar GNOME memandatkan perubahan dengan menambah baik, namun persekitaran meja ini menerima pembaikpulihan besar dengan GNOME Shell.[9]

Keluaran 2.X terakhir[sunting | sunting sumber]

Versi 2.32 merupakan keluaran besar terakhir yang dirancang sebelum versi 3.0[10] yang dikeluarkan pada bulan September 2010. Keluaran ini menaiktaraf pelanggan IM Empathy, Evince, dan pengurus fail Nautilus.

Apabila diuji, GNOME 2 (versi 2.29) menunjukkan penggunaan ingatan yang lebih rendah berbanding KDE 4.4, tetapi lebih tinggi berbanding Xfce 4.6 dan LXDE 0.5 (yang juga berasaskan GTK+ seperti mana GNOME).[11]

Keluaran yang lepas[sunting | sunting sumber]

Versi Tarikh Maklumat
Ogos 1997 Pembangunan GNOME diumumkan[12]
1.0 Mac 1999 Keluaran besar GNOME pertama[13]
1.0.53 Oktober 1999 "October"[14]
1.2 Mei 2000 "Bongo"[15]
1.4 April 2001 "Tranquility"[16]
2.0 Jun 2002 Penaiktarafan besar berasaskan GTK2. Pengenalan Panduan Antara Muka Manusia.[17]
2.2 Februari 2003 Penambahbaikan pengurus fail dan multimedia.[18]
2.4 September 2003 "Temujin": Epiphany, sokongan kebolehcapaian.[19]
2.6 Mac 2004 Nautilus berubah kepada pengurus fail ruang, dan dialog fail GTK+ baru diperkenalkan. Cecabang GNOME yang berhayat pendek, GoneME, dicipta sebagai tindak balas kepada perubahan yang diperkenalkan bagi versi.[20]
2.8 September 2004 Menambah baik sokongan peranti boleh alih, menyertakan Evolution.[21]
2.10 Mac 2005 Keperluan ingatan lebih rendah dan peningkatan prestasi. Menambah: aplet panel baru (kawalan modem, pendakap pacu dan trashcan); dan aplikasi Totem serta Sound Juicer.[22]
2.12 September 2005 Penambahbaikan Nautilus; penambahbaikan dari segi potong/tampal antara aplikasi dan penyepaduan freedesktop.org. Menambah: Pemidang PDF Evince; Tema lalai baru: Clearlooks; penyunting menu; pengurus keyring dan radas admin. Berasaskan GTK+ 2.8 dengan sokongan cairo.[23]
2.14 Mac 2006 Peningkatan prestasi (melebihi 100% dalam kes-kes tertentu); penambahbaikan kebolehguaan dalam keutamaan pengguna; rangka kerja multimedia GStreamer 0.10. Menambah: aplikasi sidang video Ekiga; radas carian Deskbar; penyunting kurungan Pessulus; penukaran pengguna pantas; radas sistem pentadbiran Sabayon.[24]
2.16 September 2006 Peningkatan prestasi. Adds: Tomboy notetaking application; Baobab disk usage analyser; Orca screen reader; GNOME Power Manager (improving laptop battery life); improvements to Totem, Nautilus; compositing support for Metacity; new icon theme. Based on GTK+ 2.10 with new print dialog.[25]
2.18 Mac 2007 Peningkatan prestasi. Menambah: perisian keselamatan GPG Seahorse, membolehkan penyulitan emel dan fail-fail setempat; penganalisis penggunaan cakera Baobab ditambah baik supaya menyokong paparan carta cincin; pembaca layar Orca; penambahbaikan ke atas Evince, Epiphany dan GNOME Power Manager, Volume control; dua permainan baru, GNOME Sudoku dan glchess. Pengekodan audio MP3 dan AAC.[26]
2.20 September 2007 Keluaran ulang tahun ke-10. Kefungsian sandaran Evolution; penambahbaikan Epiphany, EOG, GNOME Power Manager; pengurusan keyring kata laluan dalam Seahorse. Menambah: Penyuntigan borang PDF bagi Evince; carian bersepadu dalam dialog-dialog pengurus fail; pemasang kodek multimedia automatik.[27]
2.22 Mac 2008 Penyertaan Cheese, radas untuk menangkap gambar menggunakan webcam dan Remote Desktop Viewer; sokongan penggubahan tetingkap asas bagi Metacity; pengenalan GVFS; sokongan playback yang ditambah baik untuk DVD dan YouTube, sokongan MythTV bagi Totem; aplet jam yang diantarabangsakan; sokongan Google Calendar dan mengtag pesanan dalam Evolution; penambahbaikan bagi Evince, Tomboy, Sound Juicer dan Calculator.[28]
2.24 September 2008 Penyertaan pengutus segera Empathy, Ekiga 3.0, penyemaklewakan bertab Nautilus, sokongan berbilang layar yang lebih baik dan sokongan TV digital yang dipertingkatkan.[29]
2.26 Mac 2009 Aplikasi peleburan cakera baru Brasero, perkongsian fail yang lebih mudah, peningkatan pemain media, sokongan monitor berganda dan sokongan pembaca cap jari.[30]
2.28 September 2009 Modul GNOME Bluetooth ditambah. Pelayar web Epiphany, pengutus segera Empathy, Time Tracker, serta kebolehtercapaian dipertingkatkan. Naik taraf kepada GTK+ versi 2.18.[31]
2.30 Mac 2010 Pengurus fail Nautilus, pelanggan IM Empathy, Tomboy, Evince, Time Tracker, Epiphany, dan Vinagre dipertingkatkan. Peranti-peranti iPod dan iPod Touch kini disokong secara separa menerus gvfs dengan bantuan libimobiledevice. GTK+ 2.20 digunakan.[32]
2.32 September 2010 Rygel dan GNOME Color Manager ditambah. pelanggan IM Empathy, Evince, pengurus fail Nautilus dan lain-lain dipertingkatkan. 3.0 dirancang untuk dikeluarkan pada bulan September 2010, maka sebahagian besar usaha pembangunan sejak 2.30 menuju kepada 3.0.[10]
3.0 April 2011 GNOME Shell diperkenalkan. Rangka kerja penetapan yang direka semula dengan pilihan yang lebih sedikit tetapi lebih fokus. Bantuan berorientasikan topik berasaskan bahasa penanda Mallard. Penggentingan tetinggkap secara bersebelahan. Tema visual serta fon lalai yang baru. Pemakaian GTK+ 3.0 yang pengikatan bahasanya, pentemaannya, sokongan sesentuhnya, dan sokongan berbilang pelantarnya dipertingkatkan. API yang sudah lama basi dibuang.[33]
3.2 September 2011 Sokongan Akaun Atas Talian. Sokongan Aplikasi Web. Pengurus Kenalan. Pengurus Dokumen dan Fail. Pratonton Pantas Fail dalam Pengurus Fail. Penyepatudan yang lebih bagus. Pendokumenan yang lebih baik. Rupa yang diperbaiki dan pelbagai penambahbaikan prestasi.[34]

Galeri[sunting | sunting sumber]

Tangkap layar keluaran batu penanda GNOME
GNOME 1, Mac 1999  
GNOME 2.6, Mac 2004  
GNOME 2.20, September 2007  
GNOME 2.30, Mac 2010  
GNOME 3.0, April 2011  

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Clasen, Matthias (2013-03-27), "GNOME 3.8 released", gnome-announce mailing list, https://mail.gnome.org/archives/gnome-announce-list/2013-March/msg00081.html, capaian 27 Mac 2013 
  2. Richard Stallman (2000-09-05). "Stallman on Qt, the GPL, KDE, and GNOME". http://linuxtoday.com/news_story.php3?ltsn=2000-09-05-001-21-OP-LF-KE. Capaian 2005-09-09. 
  3. "GNU Lesser General Public License - Free Software Foundation". http://www.fsf.org/licensing/licenses/lgpl.html. Capaian 2008-01-20. 
  4. Pennington, Havoc (1999), "What is Gnome?", GTK+ / Gnome Application Development, diarkibkan daripada yang asal pada 02010-08-24 Ogos 24, 2010, http://web.archive.org/web/20100514071800/http://developer.gnome.org/doc/GGAD/z2.html 
  5. "Desktop Development mailing list". http://mail.gnome.org/archives/desktop-devel-list/2006-April/msg00436.html. Capaian 2006-05-07. 
  6. "GNOME: The Free Software Desktop Project". http://www.gnome.org/. Capaian March 19, 2011. 
  7. figuiere.net
  8. "Eyecandy for your GNOME-Desktop". http://www.gnome-look.org/index.php?xcontentmode=185. Capaian October 31, 2010. 
  9. "GNOME 3.0 officially announced... and explained". http://arstechnica.com/news.ars/post/20080714-gnome-3-0-officially-announced-and-explained.html. Capaian 2008-08-02. 
  10. 10.0 10.1 "GNOME 2.32 Release Notes". http://library.gnome.org/misc/release-notes/2.32/. Capaian 31 Oktober 2010. 
  11. Larabel, Michael. "Phoronix: Power & Memory Usage Of GNOME, KDE, LXDE & Xfce". Phoronix. http://www.phoronix.com/scan.php?page=article&item=linux_desktop_vitals&num=1. Capaian 30 July 2011. 
  12. de Icaza, Miguel. "The story of the GNOME project". http://primates.ximian.com/~miguel/gnome-history.html. 
  13. "GNOME press release for version 1.0". http://www.gnome.org/press/releases/gnome10.html. Capaian 31 Oktober 2010. 
  14. Lee, Elliot (1999-10-12). ""October GNOME" release now available". Senarail mel gnome-announce. http://mail.gnome.org/archives/gnome-announce-list/1999-October/msg00020.html. Capaian 2007-09-20. 
  15. "GNOME press release for version 1.2". http://www.gnome.org/press/releases/gnome12.html. Capaian October 31, 2010. 
  16. "GNOME press release for version 1.4". http://www.gnome.org/press/releases/gnome14.html. Capaian 31 Oktober 2010. 
  17. Waugh, Jeff (2002-06-27). "GNOME 2.0 Desktop and Developer Platform Released!". Senarail mel desktop-devel. http://mail.gnome.org/archives/desktop-devel-list/2002-June/msg00592.html. Capaian 2007-09-20. 
  18. "GNOME press release for version 2.2". http://www.gnome.org/press/releases/gnome22.html. Capaian 31 Oktober 2010. 
  19. Waugh, Jeff (2003-09-11). "Announcing the GNOME 2.4.0 Desktop & Developer Platform". Senarail mel gnome-announce. http://mail.gnome.org/archives/gnome-announce-list/2003-September/msg00062.html. Capaian 2007-09-20. 
  20. Sobala, Andrew (2004-03-31). "Announcing the GNOME 2.6.0 Desktop & Developer Platform". Senarail mel gnome-announce. http://mail.gnome.org/archives/gnome-announce-list/2004-March/msg00131.html. Capaian 2007-09-20. 
  21. "GNOME press release for version 2.8". http://www.gnome.org/press/releases/gnome28.html. Capaian 31 Oktober 2010. 
  22. "GNOME press release for version 2.10". http://www.gnome.org/press/releases/gnome210_press_release.html. Capaian 31 Oktober 2010. 
  23. "GNOME 2.12 Release Notes". http://library.gnome.org/misc/release-notes/2.12/. Capaian 31 Oktober 2010. 
  24. "GNOME 2.14 Release Notes". http://library.gnome.org/misc/release-notes/2.14/. Capaian October 31, 2010. 
  25. Newren, Elijah (2006-09-06). "Celebrating the release of GNOME 2.16!". Senarail mel gnome-announce. http://mail.gnome.org/archives/gnome-announce-list/2006-September/msg00042.html. Capaian 2007-09-20. 
  26. Newren, Elijah (2007-03-14). "Celebrating the release of GNOME 2.18!". Senarail mel gnome-announce. http://mail.gnome.org/archives/gnome-announce-list/2007-March/msg00056.html. Capaian 2007-09-20. 
  27. "GNOME 2.20 officially released". Ars Technica. 2007-09-19. http://arstechnica.com/news.ars/post/20070919-gnome-2-20-officially-released.html. Capaian 2007-09-20. 
  28. Untz, Vincent (2008-03-12). "Celebrating the release of GNOME 2.22!". Senarail mel gnome-announce-list. http://mail.gnome.org/archives/gnome-announce-list/2008-March/msg00060.html. Capaian 2008-03-12. 
  29. Untz, Vincent (2008-09-24). "Celebrating the release of GNOME 2.24!". Senarail mel gnome-announce-list. http://mail.gnome.org/archives/gnome-announce-list/2008-September/msg00132.html. Capaian 2008-09-27. 
  30. Untz, Vincent (2009-03-18). "Celebrating the release of GNOME 2.26!". Senarail mel gnome-announce-list. http://mail.gnome.org/archives/gnome-announce-list/2009-March/msg00091.html. Capaian 2009-03-18. 
  31. Holwerda, Thom (2009-09-24). "GNOME 2.28 Released". OS News. http://www.osnews.com/story/22224/GNOME_2_28_Released. Capaian 2009-04-05. 
  32. Holwerda, Thom (2010-03-31). "GNOME 2.30 Released". OS News. http://www.osnews.com/story/23092/GNOME_2_30_Released. Capaian 2010-04-04. 
  33. "GNOME 3.0 Release Notes". http://library.gnome.org/misc/release-notes/3.0/. Capaian April 7, 2011. 
  34. "GNOME 3.2 Release Notes". http://library.gnome.org/misc/release-notes/3.2/. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]