Lesen Awam Am GNU

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Logo GNU

Lesen Awam Am GNU (b. Inggeris: GNU General Public License, disingkatkan kepada GPL) ialah sejenis lesen perisian bebas yang digunakan secara meluas, ditulis oleh Richard Stallman untuk projek GNU. Versi terkini untuk lesen tersebut ialah versi 3, diterbitkan pada 29 Jun 2007. GNU Lesser General Public License (LPGL) adalah versi yang diubah suai daripada GPL untuk pustaka perisian.

Pengunaan[sunting | sunting sumber]

GPL memberikan penerima sesebuah program komputer hak-hak berikut:

  • hak bagi menggunakan perisian tersebut, untuk sebarang tujuan yang diingini.
  • hak bagi mengkaji bagaimana perisian itu ditulis, dan mengubahnya. (Capaian kepada kod sumber adalah pra-syarat baginya)
  • hak bagi menyebarkan salinannya.
  • hak bagi memperelok perisian, dan mengedarkannya kepada umum. (Capaian kepada kod sumber adalah pra-syarat baginya)

Sebaliknya, lesen pengguna akhir (end-user licenses - EULA) yang digunakan oleh perisian hak milik (proprietary) biasanya hanya memberikan pengguna-akhir hak bagi menyalin perisian tersebut kepada jumlah komputer yang terhad. Peraturan dan syarat perjanjian sebegitu mungkin cuba menghadkan aktiviti yang biasanya dibenarkan oleh undang-undang hakcipta normal, seperti kejuruteraan undur.

Perbezaan utama antara GPL dan lesen perisian bebas lebih "permisif" seperti lesen BSD adalah GPL cuba memastikan bahawa syarat di atas dikekalkan dalam salinan dan dalam kerja terbitan (derivative work). Ia melakukannya melalui mekanisma perundangan yang dikenali sebagai copyleft, dicipta oleh Stallman, yang memerlukan kerja terbitan perisian lesen GPL untuk turut juga dilesenkan di bawah GPL. Sebaliknya, lesen jenis BSD membenarkan kerja terbitan disebarkan sebagai perisian hak milik (proprietari).

Mengikut ukuran tertentu, GPL merupakan lesen paling popular bagi perisian bebas dan sumber terbuka. Sehingga 2004, GPL merupakan 75% daripada 23,479 projek perisian bebas yang disenaraikan di Freshmeat, dan sekitar 68% dari projek yang disenaraikan di SourceForge. (Tapak ini dimiliki oleh OSTG, syarikat yang menyokong Linux dan GPL.) Begitu juga, kajiselidik oleh Red Hat Linux 7.1 pada 2001 mendapati 50% kod sumber dilesenkan di bawah GPL, dan kaji selidik 1997 oleh MetaLab, arkib perisian bebas terbesar, menunjukkan bahawa GPL menguasai sekitar separuh dari keseluruhan lesen yang digunakan. Perisian bebas terkenal dyang dilesenkan di bawah GPL termasuk Linux kernel dam Himpunan Penkompil GNU (GNU Compiler Collection - GCC). Sesetengah perisian bebas lain adalah lesen berkembar di bawah pelbagai lesen, sering kali salah satu lesen merupakan GPL.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

GPLv1[sunting | sunting sumber]

GPL ditulis oleh Richard Stallman untuk kegunaan program dibina untuk sebahagian daripadaProjek GNU. Ia berasaskan penyatuan lesen sepertinya yang digunakan bagi versi awal GNU Emacs, GNU Debugger dan Himpunan Penkompil GNU (GNU Compiler Collection - GCC). Lesen tersebut mengandungi syarat yang sama seperti GPL moden, tetapi khusus bagi setiap perisian menjadikannya tidak serasi, sungguhpun mempunyai lesen yang sama.[1] Matlamat Stallman adalah menghasilkan satu lesen yang boleh digunakan bagi sebarang projek, dengan itu menjadikannya boleh pelbagai projek berkongsi kod. Ini membentuk GPL versi 1, dibebaskan pada January 1989.

GPL/LGPLv2[sunting | sunting sumber]

Menjelang 1990, ia kelihatan jelas bahawa lesen yang lebih bebas berguna secara strategik bagi pustaka perisian; apabila versi 2 GPL dibebaskan pada Jun 1991, dengan itu lesen kedua - Library General Public License, atau LGPL - diperkenalkan sejajar dengannya, dan ia juga dinamakan versi 2 untuk menunjukkan bahawa keduanya saling seiring. Nombor versi berpisah pada 1999 apabila versi LGPL 2.1 dibebaskan, yang dinamakan semula sebagai Lesser General Public License bagi menunjukkan kedudukannya dalam falsafah GNU.

Menurut Richard Stallman, pertukaran paling utama bagi GPLv2 merupakan klaus "Bebas atau Maut", sebagaimana gelarannya - Section 7.[2] Seksyen ini menyatakan bahawa sekiranya seseorang meletakkan kekangan yang "menghalang" mereka daripada mengedar perisian dilindung GPL dalam sebarang cara yang menghad kebebasan pengguna lain (sebagai contoh keputusan perhakiman yang menyatakan mereka hanya boleh mengedar perisian dalam bentuk binari sahaja), mereka tidak boleh mengedarnya langsung.

GPLv3[sunting | sunting sumber]

Current event marker.png Rencana atau bahagian ini mempunyai maklumat mengenai peristiwa-peristiwa yang berjadual atau yang dijangka di masa hadapan.
Ia mungkin mengandungi maklumat yang berbentuk tentatif dan mungbin bertukar secara mendadak apabila peristiwa mendekati dan lebih banyak maklumat dapat diperolehi.

Sehingga 2006, versi 3 bagi GPL sedang ditulis oleh Richard Stallman, dengan nasihat perundangan oleh Eben Moglen dan Software Freedom Law Center[3].

Ringkasan Stallman berkenaan cadangan pertukaran penting dalam lakaran pertama termasuk pengendalian isu paten perisian, keserasian lesen perisian bebas, pengtarifan kod sumber, dan "Digital Restrictions Management".[3] Pertukaran penting lain termasuk perlindungan dari "tivoization" dan membenarkan pengarang menambah kekangan tambahan dan syarat bagi sumbangan mereka.

Pada Januari 2006, Free Software Foundation memulakan khidmat nasihat awam selama 12-bulan mengenai kemungkinan pertukaran kepada GPL. Proses ini diselaras oleh Free Software Foundation, Software Freedom Law Center, dan Free Software Foundation Europe. Ulasan dikumpul dari umum melalui portal web gplv3.fsf.org.

Richard Stallman menjangkakan GPLv3 selesai pada akhir 2006 atau awal 2007.[4]

Terma lesen[sunting | sunting sumber]

Salah faham biasa[sunting | sunting sumber]

Terdapat banyak salah faham mengenai GPL dan apa yang ia perlu atau benarkan. Yang biasa termasuk:

Menukar kod sumber GPL memerlukan edaran semula 
GPL tidak semestinya memerlukan seseorang membebaskan kod sumber mereka apabila mengubah atau menggunakan kod yang dirangkum oleh GPL dalam kerja baru. Keperluan ini hanya timbul apabila projek itu "diedarkan" kepada pihak ketiga. Sekiranya perisian terhasil kekal untuk kegunaan sendiri oleh penyuntingnya, pendedahan kod sumber tidak diperlukan.
Pembayaran wang tidak dibenarkan
GPL jelas membenarkan seseorang bagi menjual salinan hasil kerja bawah GPL dan mengenakan bayaran beban terima baginya. Pembelian dan bukannya beban terima mungkin memberi lebih makna bagi sudut kemudahan, tetapi ia tidak menukar hak atau tanggung jawab pembeli atau vendor di bawah lesen GPL. Malah, lesen yang hanya membenarkan pengedaran bukan-perdagangan secara automatik tidak serasi dengan GPL.

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. Presentation oleh Richard Stallman, dilakukan pada 2 April 2006, di persidangan antara bangsa kedua GPLv3, diadakan di Porto Alegre. Pautan langsung kepada seksyen berkenaan prasejarah GPL.
  2. Presentation oleh Richard Stallman, pada 21 April 2006, di persidangan antarabangsa GPLv3 kedua, diadakan di Porto Alegre. Pautan langsung kepada seksyen itu berkenaan klaus "Bebas atau Merdeka".
  3. 3.0 3.1 Presentation oleh Richard Stallman pada 25 Februari, 2006 di Brussel, Belgium - hari pertama persidangan FOSDEM tahun itu.
  4. Overview of GPL v3 Changes, pembentangan yang dibuat pada 22 Jun 2006 di persidangan antarabangsa GPLv3 ketiga, diselaraskan oleh FSFE di Barcelona

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Laman rasmi[sunting | sunting sumber]