Litar elektronik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Litar bersepadu Intel 8742, mikropengawal 8 bit yang merangkumi CPU, 128 bait RAM, 2048 bait EPROM, dan I/O dalam cip yang sama.
Litar yang dibina pada papan litar tercetak (PCB).

Litar elektronik ialah laluan tertutup yang dibentuk oleh saling sambung komponen-komponen elektronik yang boleh dilalui arus elektrik.

Sesebuah litar elektronik boleh bersaiz sekecil hujung jarum atau sepanjang berbatu-batu. Litar elektronik dihasilkan dengan menyambungkan komponen-komponen elektrik dengan pengalir yang membolehkan arus elektrik mengalir antara komponen-komponen tersebut. Litar bersepadu adalah litar kecil yang dibina dari sekeping semikonduktor yang ditempatkan dalam bungkusan pelindung.

Litar-litar yang lebih besar boleh dihasilkan dengan memasang komponen-komponen elektronik pada papan litar tercetak (printed circuit board, PCB) yang digunakan untuk menyokong secara mekanik dan menyambungkan komponen-komponen secara elektrik. Litar bersepadu biasanya digunakan sebagai komponen dalam litar-litar lebih besar yang dipasang pada PCB. Apabila komponen-komponen disambungkan dengan wayar sebagai pengalir, maka litar boleh diluaskan untuk meliputi atau menyambungkan kawasan yang lebih luas.

Papan reka (breadboard), perfboard atau papan jalur (stripboard) biasanya digunakan untuk menguji rekaan litar baru. Papan-papan tersebut membolehkan pereka membuat perubahan segera pada litar ketika membangunkannya.

Litar elektronik mampu memperlihatkan kelakuan yang amat kompleks, walaupun dikawal oleh hukum-hakam fizik yang sama dengan litar ringkas.

Litar elektronik boleh digolongkan sebagai litar analog, litar digital, atau litar isyarat campuran (gabungan litar analog dan litar digital).

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]