Lubuk Terua

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Lubok Terua terletak di Lanchang, Temerloh, Pahang, Malaysia.

Lubok Terua dahulunya merupakan tempat pertemuan perniagaan antara Karak dan Lanchang. Pahlawan Dato' Bahaman telah melakarkan Lubuk Terua sebagai satu kawasan pertempuran yang penting semasa menentang penjajah British ketika peperangan menentang kemerdekaan.

Lubuk Terua terkenal dengan sejarah pertempuran Dato' Bahaman. Sekolah yang dinamakan sebagai Sek Keb Lubuk Terua sehingga kini telah banyak melahirkan kepimpinan samada dalam kakitangan awam, tentera, polis dan swasta. Malangnya sejarah Lubuk Terua terbantut begitu saja dan pembangunannya hanya tinggal kenangan. Kini Lubuk Terua tinggal kenangan dan kawasannya di kenali sebagai salah satu perkampungan di Mukim Semantan berdekatan kampong Mempateh, Lanchang.

Lubuk Terua juga telah meninggalkan sejarah perjuangan menentang penjajah ketika penaklukan Inggeris di tanah melayu.

Kini Lubuk Terua hanya tinggal tapak asal sekolah yang terletak di tebing kampong sengarat, Sungai Semantan, dahulunya kegiatan sukan di sekolah ini amat popular, di mana semua perlawanan liga bola sepak 7 sebelah diadakan disini, sebarang aktiviti sukan tahunan didakan di padang bola kampong pulau. Pelajar yang bersekolah di sk Lubuk terua terdiri daripada anak-anak yang datang dari kampong sekitar seperti kampong mempateh, kampong chempaka, kampong Lanar, kampong Pulau, kampong sengarat, kampong Tedong Ulu, kampong Tedung Hilir (kini kampong Lubuk Kawah), kampong Paya Laman, kampong Teris, kampong kampong Jergoh. Kini sekolah Kebangsaan Lubuk Terua telah di pindahkan ke tapak baru pada tahun 1977, di atas sebuah bukit, berdekatan simpang tiga dipusat kegiatan pertemuan penduduk kampong mempateh.

Sekolah tersebut dipindahkan kerana tapak lamanya sering di landa banjir dan kawasan sekitarnya agak merbahaya kerana terlalu hampir dengan sungai. Pada ketika itu hampir setiap tahun kanak-kanak mati lemas kerana bermain dan mandi di 'Jamban' balak di sungai tersebut. Sekolah itu kini hanya menjadi kenangan yang tak dapat dilupakan oleh setiap pelajar yang melaluinya. Lubuk Terua kini telah berubah wajah daripada sebuah kampong kecil menjadi pusat ECER Pertanian yang terletak di kawasan Jergoh/Teris.

Terdapat laluan keluar masuk Highway Pantai Timur yang menjadikan kawasan lubuk terua lebih membangun. Kawasan sekitar lubuk terua juga terkenal dengan penternakan ikan air tawar seperti ikan Patin, Rohu, Jelawat, Tongsan selain daripada ikan paya seperti ikan Haruan, ikan 'Potok' (Selat), ikan Keli, ikan Sepat Ronggeng, ikan Puyu, ikan Seluang, ikan Kepar (Patung), ikan Tebakang dan ikan terubon. Ikan-ikan ini boleh didapati di empangan kampong lanar, kampong Lubuk Kawah dan kampong Chempaka.

Pada setiap tahun empangan tersebut akan dilepaskan atau dikeringkan airnya untuk acara pesta menangkap ikan secara tradisional. Kebiasaan pesta ini akan di rasmikan oleh orang-orang kenamaan dan tetamu Di Raja. Pelbagai acara lain juga di adakan seperti pertandingan memasak, pameran kraftangan, sukaneka dan kemuncaknya pertandingan menangkap ikan terbanyak atau ikan yang paling besar atau spesis yang jarang ditemui.