Ludwig II dari Bayern

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Ludwig II dari Bavaria

Ludwig Friedrich Wilhelm, atau Ludwig (Louis) II dari Bayern dilahirkan pada (25 Ogos 184513 Jun 1886) adalah seorang Raja Bavaria (Bayern, Jerman) (tempoh pemerintahan dari tahun 1864 sehingga saat kematiannya). Beliau adalah anak kepada Maximilian II dari Bayern dan Marie dari Prussia. Beliau telah menaiki takhta seawal usia 18 tahun, setelah kematian ayahnya.

Ludwig II telah dikenang sebagai salah seorang penguasa Jerman yang tidak biasa dalam pemerintahan dan kurang mendapat nilai populariti di kalangan rakyatnya. Kehausan nilai populariti yang diterima olehnya ini adalah disebabkan oleh tiga faktor: Pertama, beliau telah cuba menghindari peperangan selama tampuk pemerintahannya, sehinggakan beliau telah berjaya mencipta suasana kedamaian di Bavaria. Kedua, beliau sendiri membiayai pembangunan istananya sehinggakan beliau sendiri berniat untuk tidak mahu membebani kas negara serta beliau juga telah mampu menciptakan pelbagai lapangan pekerjaan bagi rakyatnya. Ketiga, beliau sering menyamar sebagai rakyat biasa bertujuan untuk mengunjungi rakyatnya serta menghadiahi rakyatnya yang ramah terhadapnya dengan pelbagai jenis hadiah.

Pada tanggal 10 Jun 1886, Ludwig II dinyatakan tidak waras oleh barisan kabinet pemerintah sehinggakan beliau dikatakan tidak lagi mampu memerintah sebagai seorang Raja. Pada 13 Jun 1886 yakni pada waktu malam, beliau ditemui mati lemas di Tasik Starnberg. Pengumuman rasmi pemerintah telah membuat penyataan bahawa Ludwig II sengaja bunuh diri dengan menenggelamkan dirinya. Tetapi, menurut hasil siasat otopsi (autopsy), para penyelidik tidak menemukan air dalam paru-parunya, sehingga timbul teori-teori lain mengenai penyebab kematiannya antara lain, beliau dikatakan telah dibunuh oleh barisan pembangkang yang cuba melawan aliran politiknya atau meninggal kerana serangan jantung.

Pranala luar[sunting | sunting sumber]