Métis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bendera-bendera wakil bangsa Métis

Métis (disebut [meɪˈtiː, méi.ti]) ialah masyarakat peribumi yang wujud di benua Amerika Utara – terutamanya kawasan sekitar Tasik-Tasik Besar dan Banjaran Rocky – hasil perkahwinan campur antara orang-orang bangsa Eropah dan orang-orang asal menduduki benua tersebut (misalnya suku-suku dalam Bangsa-Bangsa Pertama di kawasan rangkuman Kanada moden) Perkahwinan campur ini berlaku hasil pertembungan kedua-dua orang ini hasil kegiatan perdagangan bulu yang wujud sesama mereka mahupun ketika orang Eropah mula-mula menduduki benua Amerika ini. Namun, pertembungan budaya yang melahirkan bangsa ini turut mewujudkan budaya tersendiri diamalkan masyarakat tersebut.

Masyarakat ini banyak menduduki negara Kanada dengan populasi sebanyak 587,545 orang (setakat 2016),[1] namun terdapat juga sebilangan puak sama yang wujud di Amerika Syarikat.[2]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Bangsa ini dinamakan sempena perkataan bahasa Perancis métis, yang bermaksud "berdarah campur" (someone of mixed ancestry)[3][4]:1080 - ia sendirinya daripada akar bahasa Latin misceō "campur". Ungkapan ini dahulunya khusus dirujuk kepada orang kacukan Eropah dan peribumi Amerika yang wujud di Perancis Baru (kini Quebec) pada abad ke-16, lag-lagi yang dalam kalangan penutur bahasa Perancis.[3][5]

Gaya hidup[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "The Daily — 2011 National Household Survey: Aboriginal Peoples in Canada: First Nations People, Métis and Inuit". www.statcan.gc.ca. Government of Canada, Statistics. 2013-05-08. Dicapai pada 19 April 2018.
  2. ^ Peterson, Jacqueline; Brown, Jennifer S. H. (2001) "Introduction". In The New Peoples: Being and Becoming Métis in North America, pp. 3–18. Minnesota Historical Society Press. ISBN 0873514084.
  3. ^ a b "Metis". Oxford English Dictionary (ed. 3rd). Oxford University Press. September 2005. (Langganan atau keahlian perpustakaan awam UK diperlukan.)
  4. ^ Robert, Paul (1973). Dictionnaire alphabétique et analogique de la langue française. Paris: Dictionnaire LE ROBERT. ISBN 978-2-321-00858-3.
  5. ^ "MÉTIS : Etymologie de MÉTIS" [Etymology of MÉTIS]. Ortolang (dalam bahasa French). Centre National de Ressources Textuelles et Lexicales. Dicapai pada 17 Julai 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)