Maahad Darul Anuar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Maahad Darul Anuar
Moto "Berilmu - Beriman - Bertaqwa"
ﺍﻠﻌﻠﻢ - ﺍﻹﻴﻤﺎﻦ - ﺍﻠﻌﻤﻞ
Dirasmikan 1963
Jenis Pondok, Sekolah Agama Rakyat
Lokasi Kampung Pulau MelakaKota Bharu, Kelantan Darul Naim,  Malaysia
Telefon 09 765 4848

Koordinat: 6°6′58″U 102°18′4″T / 6.11611°U 102.30111°T / 6.11611; 102.30111 Maahad Darul Anuar atau lebih ringkasnya MADA, merupakan salah sebuah sekolah agama yang terletak di Kota Bharu.

Sejarah sekolah[sunting | sunting sumber]

Fail:Maahaddarulanuar (1).JPG

Dahulunya sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Ugama Darul Anuar (SMUDA). Sekolah ini asalnya merupakan sebuah sekolah pondok dan diasaskan oleh Allahyarham Tok Guru Nik Mat.[1][2]

Pada awalnya, hanya beberapa orang pelajar yang menuntut ilmu bawah kendalian beliau. Setelah Nik Abdul Aziz menamatkan pengajian dari luar negara selama sepuluh tahun, beliau diberi kepercayaan oleh ayahnya untuk mengambil alih pentadbiran pondok. Beliau juga menukarkan sistem pembelajaran kepada sekolah agama. Sewaktu itu, terdapat tujuh orang guru dan juga 100 orang pelajar. Sesi pembelajaran juga dibahagikan kepada dua: sesi pagi dikhaskan kepada pelajar lelaki manakala sesi petang dikhaskan kepada pelajar perempuan.[1]

Apabila Nik Abdul Aziz mula menceburi dalam bidang politik negara sejak tahun 1970-an, pentadbiran sekolah ini sedikit sebanyak dipertanggungjawabkan kepada Yayasan Islam Kelantan (YIK).[2]

Pada bulan Januari 2009, sekolah ini diswastakan atas sebab pentadbirannya diserahkan sepenuhnya kepada pentadbiran keluarga Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Pelajar sedia ada dipindahkan ke dua buah sekolah kelolaan YIK yang lain.[3]:

Pada waktu kini, sekolah ini dalam proses membangun seiring dengan misi dan visinya.

Pengetua sekolah dan mantan-mantannya === Berikut ialah senarai pengetua sekolah sejak 1963[4]:

  • Allahyarham Abdul Rahman bin Ismail (1963-1979)
  • Haji Yusuf bin Haji Ismail (1979-1983)
  • Allahyarham Mawardi Bin Haji Ahmad (1983-1986)
  • Syafe'i Bin Awang Senik (1986-1991)
  • Mohamed Zain Bin Abdul Rahman (1991-2000)
  • Nik Abduh Bin Hj Nik Abdul Aziz (2000-2001)
  • Al-Fadhil Ustaz Nik Omar bin Nik Abdul Aziz (2001-2008)
  • Haji Mohd Baharuddin bin Hj Moh Noor (2008)
  • Al-Fadhil Ustaz Nik Omar bin Nik Abdul Aziz (2009-kini)

Lencana Sekolah[sunting | sunting sumber]

MERAH : Melambangkan Keberanian pelajar-pelajar agama menghadapi cabaran semasa.

HIJAU : Melambangkan akur disiplin dan penampilan syakhsiah menjadi teras kecemerlangan.

KUNING : Biah Islamiah mewarnai Darul Anuar.

AL-QURAN : Al-Quran yang menjadi panduan hidup.

Misi dan visi[sunting | sunting sumber]

Misi dan visi sekolah ialah seperti berikut:

{{Quotation|Menjana budaya kerja cemerlang di kalangan guru & kakitangan berteraskan ubudiah, masu'liah & itqan dengan hasrat membentuk pelajar MADA yang unggul di sudut akademik, akhlak & penampilannya.|[1]

Visi

  • Kecemerlangan Akademik
  • Keunggulan Akhlak
  • Kecapaian Martabat


Visi

Kurikulum[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini menyediakan pendidikan rendah dan menengah. Sekolah Rendah Islam Al-Anuar diwujudkan khas untuk pendidikan rendah, merangkumi pembelajaran selama lima tahun. Terdapat lima modul yang disediakan.[5]

Pendidikan menengah pula terbahagi kepada menengah rendah dan menengah atas.[6]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]