Mahmud bin Mat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Dato' Setia Wangsa Sir Mahmud bin Mat adalah Menteri Besar Pahang pertama (1948 - 1951). Persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang ketika itu terletak di Kuala Lipis, Pahang.[1]

Beliau juga merupakan orang Melayu pertama yang dilantik sebagai Pegawai Daerah Bentong. Pada zaman penjajahan British, beliau pernah menjadi pegawai Kelas IV, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaya (Malayan Civil Service).[2][3] Mahmud bin Mat juga bekas Speaker Majlis Persekutuan.

Pada 1951 beliau menjadi Menteri Tanah, Lombong dan Komunikasi. Turut dilantik ialah Dato Onn Jaafar - Menteri Dalam Negeri ; Tengku Yaakob ibni Sultan Abdul Hamid - Menteri Pertanian dan Perhutanan; Dr Lee Tiang Keng - Menteri Kesihatan ; Mr J.D Mead - Menteri Kerjaraya dan Perumahan dll.[4]

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Pada 27 Februari 1956, menantunya penolong jurutera PWD Tahir bin Awang meninggal dunia di Johor Bahru.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ The Straits Times, 7 Disember 1949, hlm 3[pautan mati kekal]
  2. ^ The Straits Times, 11 Februari 1936, Halaman 10; 'Social and personal'
  3. ^ Social and personal[pautan mati kekal]
  4. ^ Minister[pautan mati kekal]
  5. ^ The Straits Times, 27 Februari 1956, hlm 7 ;'Johore Bahru engineer dies'[pautan mati kekal]


Penyandang Terdahulu Menteri Besar Pahang
19481951
Penyandang Kemudian
'Yang Pertama' Tengku Muhamad Sultan Ahmad