Adnan Yaakob

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Yang Amat Berhormat
Dato' Sri Adnan bin Yaakob
Adnan Yaakob

Penjawat kini
Mula berkhidmat 
Mei 1999
Didahului oleh Mohd Khalil Yaakob

Tarikh lahir 18 April 1950
Tempat lahir Bentong, Pahang
Kerakyatan Warganegara Malaysia
Parti politik Bendera Malaysia Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)
Agama Islam

Dato' Sri Adnan bin Yaakob (lahir 18 April 1950) merupakan Menteri Besar Pahang.

Isi kandungan

[sunting] Kehidupan awal

Beliau dilahirkan di Bentong, Pahang. Beliau mendapat pendidkan awal di Sekolah Rendah Sulaiman dan Sekolah Menengah Sulaiman. Beliau mengambil peperiksaan STPM sebagai calon persendirian dan kemudian melanjutkan pengajian di Universiti Malaya pada tahun 1972-1975. Kemudian beliau menyambung mengambil Diploma Pendidikan di universiti yang sama sehingga tahun 1977. Beliau telah dianugerahkan doktor kehormat dari universiti Yarmouk, Jordan.[1]

[sunting] Kerjaya

Beliau memulakan kerjaya sebagai guru di Sekolah Menengah Agama Pelangai, Bentong pada tahun 1969 sebelum menyambung pengajian pada 1972. Kemudian beliau meneruskan perkhidmatan sebagai guru sehingga mengambil keputusan berhenti untuk menjadi ahli politik sepenuh masa pada tahun 1985. Pada tahun 1986, beliau bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1986 di DUN Pelangai mengalahkan calon DAP.

[sunting] Politik

Beliau yang menyertai UMNO pada tahun 1969, telah memegang pelbagai jawatan antaranya Ketua Pemuda Bahagian Bentong dan Ketua UMNO Bahgian Bentong pada 1987. Beliau dilantik sebagai Menteri Besar Pahang pada 25 Mei 1999, menggantikan Tan Sri Mohd Khalil Yaakob yang dilantik sebagai Menteri Penerangan ketika itu. Kemudian pada 27 Mac 2004, beliau dilantik semula sebagai Menteri Besar Pahang bagi penggal kedua.

[sunting] Keluarga

Beliau berkahwin dengan Datin Sri Junaini binti Kassim (19 September 1958) dan dikurniakan empat orang anak.

[sunting] Rujukan

[sunting] Lihat juga

Didahului oleh
Mohd Khalil Yaakob
Menteri Besar Pahang
1999-kini
Diikuti oleh:
masih menjawat
Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain