Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan atau MAIK ditubukan pada 17 Safar 1334 H bersamaan 24 Disember 1915. Penubuhannya bertujuan menasihati Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan selaku Ketua Agama Negeri berhubung dengan hal ehwal agama dan adat istiadat Melayu Kelantan.

Penubuhannya dirasmikan oleh Almarhum Sultan Muhammad ke IV yang memerintah Kelantan pada masa itu. Pentadbiran Majlis pada awalnya terletak di Bangunan Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu di hadapan istana Balai Besar.

Kemudiannya pada 19 Ogos 1917, bangunan itu berpindah ke bangunan sendiri iaitu di sebuah bangunan kayu disebelahan Masjid Muhammadi. Majlis akhirnya berpindah ke Bangunan Baru pada 16 Februari 1990

Mufti Kelantan[sunting | sunting sumber]

  1. Haji Nik Wan Daud
  2. Haji Wan Ishak
  3. Hj Wan Musa Bin Abdul Samad
  4. Hj Wan Muhammad Bin Hj Abdul Samad
  5. Dato' Hj Ibrahim Bin Yusoff
  6. Dato' Hj Ahmad Maher Bin Ismail
  7. Dato' Hj Mohd Noor Bin Ibrahim
  8. Dato' Hj Ismail Bin Yusoff

Pautan luar[sunting | sunting sumber]