Majlis Daerah Sabak Bernam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Majlis Daerah Sabak Bernam (Singkatan: MDSB) merupakan sebuah Kerajaan Tempatan ataupun dikenali sebagai Pihak Berkuasa Tempatan (Singkatan: PBT) yang mentadbir Daerah Sabak Bernam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Majlis Daerah Sabak Bernam
Kuala Selangor District Council
沙白安南县议会
Keluasan
 • Jumlah101,700 ha (251,300 ekar)

Latar Belakang[1][sunting | sunting sumber]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Majlis Daerah Sabak Bernam adalah salah sebuah daripada 12 Pihak Bekuasa Tempatan yang terdapat di seluruh Negeri Selangor Darul Ehsan. Pihak Berkuasa Tempatan bagi Daerah Sabak Bernam ini mula dikenali sebagai Majlis Daerah Sabak Bernam sejak tahun 1977. Sebelum MDSB diisytiharkan sebagai sebuah Majlis Daerah, PBT bagi Daerah Sabak Bernam ini dikenali sebagai penguasa tempatan iaitu Majlis Tempatan dan Lembaga Bandaran. Bidang kuasa meliputi kawasan:

  • Majlis Tempatan Sekinchan
  • Majlis Tempatan Sungai Besar
  • Majlis Tempatan Sungai Air Tawar, dan
  • Lembaga Bandaran Sabak Bernam

Pengishtiharan MDSB pada tahun 1977 telah memansuhkan pentadbiran 3 buah majlis tempatan dan sebuah lembaga bandaran, yang mana seterusnya meliputi kawasan:

Fungsi[sunting | sunting sumber]

  1. Memberi dan meningkatkan perkhidmatan perbandaran yang terbaik kepada orang ramai.
  2. Mewujudkan kawasan dan persekitaran perbandaran yang indah, bersih dan menarik.
  3. Mempastikan perancangan bandar dan kawalan pembangunan supaya teratur dan tersusun.
  4. Menyelia dan menyelenggara kemudahan awam dan rekreasi.
  5. Memupuk perpaduan di antara rakyat yang berbilang bangsa disamping mewujudkan masyarakat yang bertanggungjawab dan mempunyai kesedaran sivik.

Dasar Kualiti[sunting | sunting sumber]

Membangunkan potensi Daerah Sabak Bernam ke arah kecemerlangan di dalam bidang perkhidmatan perbandaran melalui penambahbaikan yang menyeluruh secara berterusan. Majlis Daerah Sabak Bernam komited untuk memastikan kehendak pihak berkepentingan dipenuhi melalui pencapaian objektif-objektif kualiti dan pematuhan terhadap keperluan undang-undang yang disemak secara berkala bagi memastikan keberkesanan sistem dengan:

  1. Memastikan setiap arahan dan dasar Kerajaan Negeri dilaksanakan dengan segera bagi mencapai matlamat yang ditetapkan;
  2. Bersedia melayani dan membaiki kelemahan daripada aduan awam berhubung perkara yang berkaitan dengan perkhidmatan dan pentadbiran Majlis; dan
  3. Bersedia untuk menerima setiap teguran dan pandangan yang membina daripada semua pihak untuk kebaikan bersama   masyarakat setempat dan pentadbiran Majlis.

Sistem Pentadbiran dan Pengurusan[1][sunting | sunting sumber]

Yang Dipertua: Encik Azman bin Dahlan

Setiausaha: Encik Mohd Muktafi bin Sarpan

Terdapat 11 jabatan dan 7 unit utama bagi membantu sistem pengurusan dan pentadbiran MDSB:

No. Jabatan / Unit
1 Jabatan Khidmatan Pengurusan
2 Jabatan Perbendaharaan
3 Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta
4 Jabatan Perancangan Pembangunan
5 Jabatan Kejuruteraan
6 Jabatan Kawalan Bangunan
7 Jabatan Perkhidmatan Kesihatan dan Persekitaran
8 Jabatan Landskap
9 Jabatan Pembangunan Masyarakat
10 Jabatan Penguatkuasaan
11 Jabatan Pelesenan
12 Unit Pusat Setempat
13 Unit Audit Dalam
14 Unit Korporat dan Perhubungan Awam
15 Unit Pesuruhjaya Bangunan
16 Unit Integriti
17 Unit Perundangan
18 Unit Perolehan

Ahli Majlis dan Persempadan Zon[sunting | sunting sumber]

Ahli Majlis Daerah Sabak Bernam (Penggal 2021–2022)[2]
No. Ahli Majlis Jawatan / Zon Kawasan
1 Dato' Haji Baharin @ Abdullah Sungai Besar 1
  • Taman Melati
  • Taman Pengggawa
  • Taman Ehsan
  • Taman Ehsan Ria 2
  • Taman Desa Indah
  • Taman Raya
  • Taman Raya 2
  • Taman Raya 3
  • Pusat Perniagaan Sungai Lias
2 Azhar bin Achil Sungai Besar 2
  • Taman Desa
  • Taman Bakti
  • Taman Gemilang
  • Taman Purnama
  • Taman Purnama 2
  • Taman Purnama 3
  • Taman Gembira
  • Taman Perwira
  • Pekan Sungai Besar
3 Alan bin Samdin Sungai Besar 3
  • Taman Seri Bedena
  • Taman Sebarau
  • Taman Yu
  • Taman Budiman
  • Taman Salmon
  • Taman Salmon 2
4 Ng Swee Lee Sungai Besar 4
  • Taman Suria
  • Taman Oscar
  • Taman Toman
  • Taman Bedena Jaya
  • Taman Bedena Jaya 3
  • Taman Kelisa
  • Taman Marlin
  • Taman Rau
  • Taman Koi
5 Jeegisthiswaran A/L Kuppan Sungai Besar 5
  • Taman Cahaya
  • Taman Seri
  • Taman Seri 2
  • Taman Seri Indah
  • Taman Seri Indah 2
  • Taman Makmur
  • Taman Makmur 2
  • Taman Arapaima
  • Taman Ria
  • Taman Ria 2
6 Cheah Lee Hun Sungai Besar 6
  • Kampung Nelayan
  • Bagan Sungai Besar
  • Pusat Niaga Panchang Bedena
  • Mutiara Niaga Sungai Besar
7 Noorraliqah binti Muliyani Sungai Besar 7
  • Taman Berkat
  • Taman Perdana
  • Pusat Perniagaan Perdana
  • Taman Nirwana Indah
  • Taman Padu Permai
  • Taman Mutiara Court
  • Taman Belida
8 Nur Syuhadah bin Ya'acob Sungai Besar 8
  • Taman Bedena
  • Taman Bedena 2
  • Taman Setia Jaya
  • Taman Bayu
  • Taman Kompit
9 Haji Rasimin bin Mat Nayan Sungai Besar 9
  • Taman Gapi
  • Taman Patin
  • Taman Parit 16, Sungai Panjang
10 Akhbar Ali bin Bathurdeen Sungai Besar 10
  • Taman Doraini Perdana
  • Pekan Sungai Haji Doraini
  • Pekan Simpang Lima
11 Muhamad Jashir Khan bin Mohd Johari Muniyandy Sungai Besar 11
  • Pekan Sungai Nibong
  • Pekan Sungai Panjang
12 Hashim bin Ramli Sungai Besar 12
  • Taman Air Manis
  • Taman Emas
  • Taman Arowana Perdana
  • Taman Kelah
  • Taman Arowana Mas
  • Taman Industri Air Manis
  • Taman Industri Putra
13 Tan Saw Moi Sabak Bernam 1
  • Taman Mutiara
  • Taman Mutiara 2
  • Taman Alamanda
  • Taman Kenangan
  • Taman Sabak
  • Taman Sentosa
  • Taman Indah
  • Taman Berjaya
  • Pekan Sabak
  • Pusat Perniagaan Sabak Jaya
  • Pusat Perniagaan Batu 40
14 Shim Kim Huang Sabak Bernam 2
  • Taman Raya
  • Taman Raya 2
  • Taman Perpaduan
  • Taman Bunga Angsana
  • Taman Budi
  • Taman Perpaduan 2
15 Mahendran A/L Magesferan Sabak Bernam 3
  • Taman Platinum
  • Taman Baiduri
  • Taman Orkid
  • Taman Kenanga
  • Taman Cempaka
16 Mohd Nasir bin Sulong @ Kamaruddin Sabak Bernam 4
  • Taman Muhibbah
  • Taman Pertama
  • Taman Pertama Fasa 2
  • Taman Pertama Fasa 3
  • Taman Pertama Fasa 4
  • Taman Serendah
  • Taman Berlian
  • Taman Feri
  • Taman Bernam Jaya
  • Taman Wawasan
17 Nor Faiza binti Samsi Sabak Bernam 5
  • Taman Aman
  • Taman Damai
  • Taman Damai 2
  • Taman Intan Jaya
  • Taman Sungai Terap
18 Tan Zhe Wei Sekinchan 1
  • Taman Aman
  • Taman Aman Utama
  • Taman Aman Jaya
  • Site C
19 Wong Ah Chia Sekinchan 2
  • Site A
  • Site B
  • Site B Tambahan
  • Pekan Sekinchan
20 Noor Sulisiah Ampira Wani binti Miswan Alwi Sekinchan 3
  • Taman Indah
  • Taman Indah 2
  • Taman Sekinchan Jaya
  • Taman Industri Pertama
21 Mohamad Masudi bin Jubri Sekinchan 4
  • Taman Ria
  • Taman Ria Jaya
  • Taman Ria Tambahan
  • Taman Seri Sekinchan
  • Taman Seri Sekinchan 2
  • Taman Harmoni
22 Gan Kian Yong Sekinchan 5
  • Taman Aman
  • Taman Damai
  • Taman Damai 2
  • Taman Intan Jaya
  • Taman Sungai Terap
23 Haji Azlan bin Haji Ghazali Bagan Nakhoda Omar & Sungai Air Tawar
  • Taman Seri Nakhoda
  • Pantai BNO
  • Pekan BNO
  • Pekan Sungai Air Tawar
24 Nor Faiza binti Samsi Parit Baharu
  • Pekan Parit Baharu
  • Sungai Lang
  • Dataran Tanah Lesen
25 Azman bin Dahlan Yang Dipertua

Sumber Lain[sunting | sunting sumber]

Penerbitan Majlis Daerah Sabak Bernam:

http://www.mdsb.gov.my/ms/mdsb/sumber/penerbitan

Muat Turun Borang:

http://www.mdsb.gov.my/ms/mdsb/sumber/muat-turun-borang

Facebook Majlis Daerah Sabak Bernam:

https://www.facebook.com/MajlisDaerahSabakBernam

Instagram Majlis Daerah Sabak Bernam:

https://www.instagram.com/majlis_daerah_sabak_bernam/

Twitter Majlis Daerah Sabak Bernam:

https://twitter.com/MDSabakBernam

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Latar Belakang". Portal Rasmi Majlis Daerah Sabak Bernam. 2023-08-23. Dicapai pada 2023-08-27.
  2. ^ "Ahli Majlis & Pegawai Zon". Portal Rasmi Majlis Daerah Sabak Bernam. 2023-08-23. Dicapai pada 2023-08-27.