Majlis perbandaran (Palestin)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Majlis perbandaran (Arab: هيئة محلية, lit.'lembaga tempatan') di Palestin ialah sebuah unit pentadbiran kerajaan tempatan yang lebih kurang sama dengan majlis bandar raya. Ia ditubuhkan dan diputuskan selepas pembentukan Kementerian Kerajaan Tempatan Palestin pada 1994. Semua majlis perbandaran diluluskan pelantikan oleh Kementerian Kerajaan Tempatan. Anggota majlis perbandaran dan datuk bandar dipilih oleh penduduk bagi sesuatu tempat. Majlis perbandaran dibahagikan kepada empat jenis bergantung kepada kependudukan mereka dan kepentingan terhadap sesebuah kegabenoran.

Jenis perbandaran[sunting | sunting sumber]

Jenis Bilangan Huraian Pentadbiran
Perbandaran A

Bandar

14 Perbandaran utama atau ibu daerah bagi sesebuah kegabenoran. Penempatan di sini boleh dikira sebagai bandar. Majlis perbandaran terdiri daripada 13 orang anggota dan tambahan seorang pengerusi yang merupakan datuk bandar yang dipilih.
Perbandaran B

Bandar atau pekan

41 Perbandaran yang mempunyai penduduk melebihi 8,000 orang atau yang telah wujud sebagai majlis tempatan di bawah pentadbiran Israel. Majlis perbandaran ini mengandungi 13 orang anggota dan seorang pengerusi.
Perbandaran C

Pekan

47 Perbandaran yang mempunyai penduduk 4,000-8,000 orang. Kebanyakannya diluluskan oleh pihak berkuasa Ditadbir oleh sebuah majlis dengan 11 orang anggota
Perbandaran D

Kampung

220 Perbandaran yang mempunyai penduduk melebihi 1,000 orang. Ditadbir oleh sebuah majlis dengan 9 orang anggota
322

Lihat juga[sunting | sunting sumber]


Pautan luar[sunting | sunting sumber]