Pihak Berkuasa Palestin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pihak Berkuasa Palestin
السلطة الوطنية الفلسطينية
Al-Sulṭa Al-Waṭaniyyah Al-Filasṭīniyyah
Bendera
Lagu: Biladi
Peta menunjukkan kawasan kawalan rasmi Pihak Berkuasa Palestin (Kawasan A dan B)
Peta menunjukkan kawasan kawalan rasmi Pihak Berkuasa Palestin (Kawasan A dan B)
Ibu negara Pusat pentadbiran: Ramallah (Tebing Barat), Gaza (Genting Gaza); Baitulmuqaddis ialah ibu negara Palestin[1]
Bandar terbesar Ramallah, Gaza, Hebron, Nablus dan Jenin
Bahasa rasmi Bahasa Arab, Inggeris, Ibrani
Kerajaan Republik berpesiden dan
berparlimen
 -  Presiden Mahmoud Abbasa
 -  Perdana Menteri Ismail Haniyehb
Rami Hamdallah
Ditubuhkan
 -  Penubuhan 4 Mei 1994 
Populasi
 -  2009 (Julai) (anggaran) 3,935,249[2] (ke-126)
KDNK (PPP) 2009 anggaran
 -  Jumlah $$12.95 bilion (-)
 -  Per kapita $2,900 (-)
HDI (2007) 0.731 (sederhana / ke-106)
Mata wang Paun Palestin (PSP)
Zon waktu   (UTC+2)
 -  Musim panas (DST)   (UTC+3)
Kod panggilan +970f
Internet TLD .ps, فلسطين.

Pihak Berkuasa Palestin (PBP atau PA; Bahasa Arab: السلطة الوطنية الفلسطينيةAl-Sulṭa Al-Waṭaniyyah Al-Filasṭīniyyah) adalah sebuah badan sementara yang ditubuhkan untuk mentadbir Tebing Barat dan Genting Gaza yang didiami penduduk Palestin. PNA berkongsi kuasa dengan kerajaan Israel yang telah menawan Tebing Barat dan Genting Gaza semasa Perang Enam Hari 1967. Pada 2005, Israel telah berundur dari Genting Gaza dan memberi penguasaan penuh kepada Pihak Berkuasa Palestin.

Pihak Berkuasa Palestin dibentuk pada 1994, menurut Perjanjian Oslo antara Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) dan kerajaan Israel, sebagai satu badan sementara lima tahun, bagi menanti status akhir rundingan antara kedua pihak tersebut. Namun sehingga kini (2011), lebih 16 tahun selepas penubuhannya, status akhir masih berlum tercapai. Menurut Perjanjian Oslo, PBP diberikan kuasa terhadap isu berkaitan keselamatan dan orang awam di kawasan bandar (dirujuk sebagai "Kawasan A"), dan cuma kawalan orang awam di kawasan luar bandar ("Kawasan B"). Kawasan selebihnya di Palestin, termasuk petempatan Israel, kawasan lembah Jordan, dan jalan pirau di antara masyarakat Palestin, kekal berada dalam kawasan mutlak Israel ("Kawasan C"). Baitulmuqaddis Timur tidak termasuk dalam perjanjian ini.

Kerajaan[sunting | sunting sumber]

Jawatan Nama Parti Berkhidmat sejak
Presiden Mahmoud Abbas Fatah 15 Januari 2005
Perdana Menteri
Rami Hamdallah
Fatah
2 Jun 2013
Menteri Luar Negeri
kosong

Bekas Perdana Menteri:

Bekas Presiden:

Bekas Menteri Luar Negeri:

Jalur Gaza dan Tebing Barat

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pihak Berkuasa Palestin ditubuhkan hasil daripada Perjanjian Oslo pada 13 September 1993 antara Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) dan Israel. Badan ini sebenarnya ditubuhkan sebagai badan pentadbiran sementara (5 tahun) untuk menyediakan penduduk Palestin ke arah berkerajaan sendiri sementara rundingan status akhir wilayah-wilayah Palestin dijalankan.[3][4][5] Namun hingga kini (2011), selepas 16 tahun, Pihak Berkuasa Palestin masih belum dibubarkan kerana rundingan status akhir belum selesai.

Sejak Intifadah Kedua, kuasa PBP dilemahkan di dalam dan luar Palestin kerana pihak Israel dan Amerika Syarikat enggan berunding dengan mereka. Khususnya, Ariel Sharon dan George W. Bush enggan berunding dengan Yasser Arafat walaupun Arafat sendiri yang menandatangani Perjanjian Oslo.

Israel menuduh PBP sebagai badan menyokong keganasan terhadap penduduk Israel. Angkatan bersenjata Fatah dituduh melancarkan serangan bom berani mati bagi mencederakan rakyat Israel. Angkatan tentera Israel kini melancarkan serangan terhadap infrastruktur PBP, menuduh PBP menggunakan prasarana ini untuk membawa masuk senjata dan barangan keganasan.

Dengan bantuan Rusia, pada 2005, PBP mula bertanggungjawab terhadap pentadbiran awam di beberapa kawasan luar bandar, selain hal keselamatan di bandar utama di Tebing Barat dan Genting Gaza. Pada bulan Ogos, Ariel Sharon memulakan pelan pengunduran sepihaknya dari Genting Gaza, menyerahkan kawalan dalam penuh genting tersebut kepada PBP tetapi tetap mengawal kawasan sempadan termasuk udara dan laut (kecuali sempadan dengan Mesir).

Kemudian dalam pilihan raya perundangan pada 25 Januari 2006, Hamas menjadi parti majoriti parlimen dan merebut kuasa dari Fatah. Ismail Haniyeh dicalonkan sebagai Perdana Menteri pada 16 Februari dan mengangkat sumpah pada 29 Mac.

Bagaimanapun, selepas kemenangan sah Hamas ini, Amerika Syarikat dan negara-negara Barat telah menyekat bantuan kewangan kepada PBP kerana melabelkan Hamas sebagai pertubuhan pengganas. Pada Disember 2006, Perdana Menteri Ismail Haniyeh mengumumkan bahawa kerajaan Hamas tidak akan mengikitiraf kesahan negara Israel. "Kita tidak akan mengikitiraf kerajaan Zionis dan akan meneruskan gerakan jihad sehingga pembebasan Baitulmuqaddis.[6] Sebagai balasan, Israel mengetatkan lagi sekatan terhadap Genting Gaza.

Pada 14 Jun 2007, akibat pertempuran antara Hamas dan Fatah di Genting Gaza, Presiden Mahmoud Abbas telah membubarkan parlimen, memecat kerajaan Haniya dan mengisytiharkan darurat. Beliau melantik Salam Fayad sebagai Perdana Menteri kerajaan baharu. Walaupun mendakwa memerintah keseluruhan wilayah Palestin, realitinya ia cuma memerintah di Tebing Barat manakala Haniyeh masih memerintah di Genting Gaza. Majlis Perundangan Palestin juga tidak mengakui 'rampasan kuasa' ini walaupun disokong kuasa luar.

Selepas kedamaian sementara 6 bulan antara Hamas dan Israel tamat pada 19 Disember 2008,[7][8][9] Israel melancarkan serangan pada 27 Disember, yang bertukar menjadi pertempuran berlangsung sehingga tiga minggu.

Satu perjanjian perdamaian antara Fatah dan Hamas dicapai antara dua pihak tersebut di Kaherah pada 27 April 2011. Mereka bersetuju membentuk kerajaan perpaduan,[10] dan mengadakan pilihan raya di kedua-dua wilayah Palestin dalam masa 12 bulan pembentukan kerajaan tersebut.[11] Pemeteraian persetujuan ini menandakan perapatan jurang empat tahun antara dua seteru ini.[12]

Pada 4 Mei 2011 dalam satu upacara di Kaherah, persetujuan ini ditandatangani secara rasmi oleh Presiden Pihak Berkuasa Palestin dan pemimpin Fatah Mahmoud Abbas dengan pemimpin Hamas Khaled Meshal.[13][14] Persetiaan ini memberikan rangka untuk membentuk kerajaan "peralihan" teknokrat untuk persediaan pilihan raya perundangan dan presiden dalam jangka masa setahun. Sementara itu PBP akan terus menjaga kawalan keselamatan di Tebing Barat, begitu juga kerajaan Hamas di Gaza.[15]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. Hukum Asas Palestin, yang diluluskan oleh MPP pada bulan Mei 2002, menyatakan dalam artikel 3 "Baitulmuqaddis ialah ibu negara Palestin" (sumber: Palestinianbasiclaw.org). Ramallah ialah pusat pentadbiran dan lokasi kebanyakan institusi pemerintahan selain perwakilan asing seperti Afrika Selatan, Australia, Belanda, Brazil, Colombia, Republik Czech, Denmark, Finland, Jerman, Kanada, Malta dan Switzerland. Taraf akhir Baitulmaqdis masih menunggu rundingan akan datang di antara Israel dan Pihak Berkuasa Palestin (lihat Negotiating Jerusalem, University of Maryland). PBB dan banyak negara tidak menerima tuntutan Israel ke atas Baitulmuqaddis (lihat Kellerman 1993, halaman 140) dan membuka kedutaan ke Israel di bandar lain (lihat CIA Factbook).
  2. http://www.pcbs.gov.ps/Portals/_pcbs/child/demog.htm
  3. Perjanjian Oslo, Artikel I
  4. Perjanjian Oslo, Artikel V
  5. Persetujuan Gaza–Jericho, Artikel XXIII, Seksyen 3
  6. "Palestinian prime minister vows not to recognize Israel", USA Today, Associated Press, 2006-12-08, diperolehi pada 21 Mei 2010 
  7. Phil Jacobs (2008-12-30), Tipping Point After years of rocket attacks, Israel finally says, ‘Enough!’, Baltimore Jewish Times, diperolehi pada 2009-01-07 
  8. "Israel Agrees to Truce with Hamas on Gaza", New York Times, 18 Jun 2008, diarkibkan daripada asal pada 30 Disember 2008, diperolehi pada 28 Disember 2008 
  9. TIMELINE - Israeli-Hamas violence since truce ended, Reuters, 5 Januari 2009 
  10. "Rival Fatah, Hamas movements reach unity deal". CNN.com (Cable News Network). 27 April 2011. Diperolehi pada 2011-04-28. 
  11. "Fatah, Hamas agree general elections". The Voice of Russia. 27 April 2011. Diperolehi pada 2011-04-28. 
  12. Elior Levy; Attila Somfalvi (27 April 2011). "Fatah, Hamas sign reconciliation agreement". Ynetnews (Israel News; Yedioth Internet). Diperolehi pada 2011-04-28. 
  13. Fatah and Hamas Sign Reconciliation Pact, New York Times, 4 Mei 2011.
  14. Hamas, Fatah Tandatangan Perjanjian Perpaduan, Palestinkini, 5 Mei 2011.
  15. Palestinian factions, in Cairo, sign unity accord, Washington Post, 4 Mei 2011.